Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, December 9, 2008

Belajarlah daripada British

Apa yang hebat mengenai umat Islam di dunia ini adalah mereka akan bersatu sekiranya kepercayaan mereka dihina atau dipermainkan. Berbeza dengan penganut agama lain yang seolah tidak kisah sekiranya masyarakat mempertikai atau mempersoalkan anutan mereka, umat Islam pasti bersama atas nama Allah s.w.t. Tidak kiralah apa jua ideologi, parti, perbezaan pendapat, budaya, negara dan sebagainya, umat Islam telah diasuh sejak zaman berzaman untuk mempertahankan Islam sekiranya diserang. Amalan ini tidak wujud dalam agama lain.

Perjuangan kumpulan radikal daripada kalangan umat Islam (seperti yang sering dituduh oleh barat kononnya extreme) sebenarnya berpunca daripada desakan yang dibuat oleh barat dan Yahudi. Kesempatan diambil oleh barat dan Yahudi atas kelemahan umat Islam hari ini dalam menguasai ilmu dan teknologi serta menyukarkan mereka untuk mempertahankan diri. Rentetan serangan serta penghinaan berterusan pihak barat (seperti yang berlaku di Palestin, Iraq, Lubnan, Syria etc.) telah mewujudkan pelbagai kumpulan radikal untuk membalas kekejaman yang dilakukan tentera barat (Kristian) dan Yahudi ke atas umat Islam sedunia. Kesan tindakan kumpulan seperti ini sering dikutuk oleh masyarakat dunia tetapi tiada yang mahu ambil tahu punca sebenar sesuatu tindakan itu dibuat. Contohnya peristiwa yang berlaku di Mumbai adalah kesan daripada penindasan kaum Hindu ke atas umat Islam India dan telahpun saya huraikan dalam artikel Punca 26 Nov.

Dalam konteks Malaysia, orang bukan Islam sepatutnya belajar daripada pendekatan British. Sejak dahulu lagi British sedar bahawa hal ehwal Islam dan budaya Melayu adalah amat sensitif bagi orang-orang Melayu. British pernah mendapat tentangan apabila ada pegawainya yang cuba masuk campur hal ehwal Islam. Rentetan itulah maka pihak British telah membuat dasar tidak campur tangan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu semasa menjajah negara ini. British sedar bahawa mereka berhadapan kesukaran untuk mengekalkan keamanan sekiranya cuba mengganggu gugat kepercayaan orang Melayu ini. Amalan ini dikekalkan British walaupun selepas Perang Dunia Ke-2 dimana mereka masih memohon persetujuan Raja-Raja Melayu berkenaan Islam dan istiadat Melayu sehinggalah ke saat negara ini mencapai kemerdekaan.

Generasi muda Malaysia hari ini kebanyakannya tidak mahu belajar daripada sejarah. Ini termasuklah dikalangan blogger yang berbangga dengan Freedom of Speech atau Freedom of Expression kononnya tapi masih setting comment moderation. Setiap komen di artikel mereka ditapis sebelum dibenar siarkan. Adakah tafsiran kebebasan itu hanya mengikut perspektif mereka tetapi tidak tertakluk bagi orang lain? Adakah perjuangan Freedom of Speech and Expression itu hanya bersifat hipokrit dan retorik semata? Inilah contoh diskriminasi sebenar bagi sebahagian blogger yang kononnya memperjuangkan kebebasan yang hakikatnya mereka sendiri tidaklah percaya dengan FREEDOM yang diperjuangkan.

Seperti yang pernah saya nyatakan dalam artikel-artikel sebelum ini bahawa mereka yang tidak mahu belajar daripada sejarah pasti akan mengulanginya semula. Sejarah adalah sebuah kuliah yang besar dan perlu kita fahami kesan serta akibat daripada cuba mengabaikannya. Kita mengambil masa berpuluh tahun untuk mencipta ketamadunan tetapi hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk menghancurkannya. Pilihan atas kita.

4 comments:

  1. anti pemimpin penakutDecember 9, 2008 at 4:07 PM

    aku tak pasti sama ada orang melayu yang sering diperlekehkan kaum lain hari ini disebabkan kelemahan sebagai orang Islam atau sifat melayu itu sendiri yang mudah tunduk kepada tekanan? Yang pasti segelintir..diulang..segelintir orang bukan melayu di malaysia ni semakin kurang ajar tak sedar dek untung.

    ReplyDelete
  2. sistem 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh seorang mantan PM malaysia adalah hasil belajar dari British. Elokkah sistem tu? Masih boleh dipertikaikan. Mungkin hanya sesuai pada ketika tertentu sahaja. Namun yang pasti ada yang akan mengalami kerugian. "Win-win situation" langsung tidak ada dalam sistem tersebut.

    ReplyDelete
  3. ya ada yang baik dan buruk yg boleh kita belajar dari british. bab ni wa sokong.

    ReplyDelete
  4. adakah maksud bungaraya bahawa mahathir amalkan pecah dan perintah? selama 22 tahun dia terajui negara, adakah kita terutama org2 melayu menghadapi masalah. jika benar pun beliau amalkan dasar tersebut, adakah tercetusnya masalah perkauman yg serius pada zamannya seperti skrg? sekurang2nya kita hidup aman dan makmur. kesilapan mahathir hanyalah membawa anwar masuk umno dan melantik paklah menggantikannya.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive