Parti PKR, DAP dan PAS kini kelihatan masih dalam keadaan keliru, kalau tidak pun dalam kejutan budaya selepas kemenangan besar mereka dalam PRU-12 yang lalu. Pertama kali dalam sejarah apabila ketiga-tiga parti ini berjaya menafikan hak majoriti 2/3 BN dalam dewan rakyat sejak 1974. Kejayaan pembangkang bertambah 'manis' apabila berjaya menguasai lima negeri dan sekaligus membentuk kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan. Harus diingat bahawa negeri yang dikuasai mereka ini adalah antara negeri terkaya di Malaysia (rujuk s.i.n.i.).
Hakikatnya, pakatan 3 parti pembangkang ini kelihatan masih terperangkap dalam kepompong budaya yang telah dipupuk sejak sekian lama. Jiwa mereka terlalu kerdil untuk mendepani tekanan yang dihadapi. Tiada kematangan yang diperlihatkan mereka dalam menangani sesuatu isu atau perkara yang ingin diperjuangkan. Jiwa besar sebagai ketua atau pemimpin tiada dalam parti pembangkang ini. Mereka mempunyai 83 suara di dewan rakyat dan menguasai negeri-negeri yang hebat, tetapi 'dangkal' untuk menggunakan ruang tersebut bagi mencapai matlamat.
Rentetan itu, maka kita dapat melihat pelbagai siri demonstrasi yang masih dilakukan pihak pembangkang walaupun mereka telah membentuk kerajaan di lima negeri. Antaranya demonstrasi menurunkan harga minyak, sambut birthday di parlimen, demonstrasi depan kamunting, reformis bogel, demonstrasi i-dance, rakyat mengayuh basikal dan entah apa lagi demonstrasi yang akan dilakukan pada masa hadapan. Lebih menarik apabila mereka berdemonstrasi untuk menyuarakan bantahan kepada rakan pakatan sendiri. Kuasa yang mereka ada di dewan rakyat dan di dewan undangan negeri tidak digunakan sepenuhnya. Kematangan corak kepimpinan yang didambakan rakyat tidak diperlihatkan oleh parti pembangkang. Mentaliti sempit demonstrasi sebagai kaedah utama penyelesaian masalah seakan sudah sebati dalam jiwa mereka.
Inilah padahnya kalau Ketua Pembangkang sendiri adalah King of Demonstration sejak zaman mudanya. Maka tidak hairanlah sekiranya para penyokong pembangkang turut menggunakan pendekatan yang sama. Berikut dialog orang kampung pada 11 Disember 2008 di Rembau..
Atuk 1: Sapo naik basika ngamai bonar tu?
Atuk 2: Ontah eh. Ado lumbo basika agak eh. Sukan apo tak dongar cerito pun. Golap yor banyak yang ngayuh tu.
Gadis: Dorang tu dari parti pembangkang tok. Kempen rakyat mengayuh perubahan. Orang golar JERIT.
Atuk 2: Rakyat kayuh..apo bondo eh?
Gadis: Perubahan la tok.
Atuk 2: Nak ubah apo laie..apo tak cukup? Dah monang banyak ari tu pun masih nak ngayuh basika? Dah takdo kojo sangat ko? Yang janji dulu tu buek dulu..sok kok nak ngayuh kapa pun takdo pedulik doh.
Atuk 1: Den pobia kok nengok orang naik basika ngamai-ngamai ni. Raso cam Jopun datang balik plak.

Mereka memang belum bersedia dalam konteks MENGURUS-TADBIR NEGARA namun untuk MENANG pilihanraya mungkin boleh berlaku jika kita kurangkan tahap kebijaksanaan kita. Saya bagi satu senario yang membahayakan. Sebagai contoh, lokasinya WP LABUAN. Di Labuan pengundi lebih kurang 22,000 orang.
ReplyDelete6,000 orang drpnya pengundi Cina dan 2,000 orang lain-lain kaum. Maka tinggallah 14,000 lebih kurang Melayu. Biasanya kehadiran ketika mengundi hanya 14 ke 15 ribu orang sahaja. Jika PKR meletakkan calunnya, 6,000 cina + 2,000 lain-lain kaum + 2,000melayu bukannya susah untuk PKR memperolehinya. Lebih-lebih lagi dengan angin perubahan yang dibawah dari Semananjung. Sungguh membimbangkankankanakan.
tosodak atok dibuek eh.
ReplyDeletetulah kojo desperado namo eh. iut menunjukkan dio orang masih belum yakin dengan diri dio orang.