Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, December 27, 2008

Live Update Mesyuarat Umno Bahagian Seremban

8.30 pm

Sehingga maghrib tadi dikhabarkan Ishak Ismail kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Seremban, manakala Zakaria Nordin telah berjaya dalam perebutan jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Seremban. Zakaria Nordin iaitu mantan ADUN Ampangan dan mantan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan telah menewaskan pencabarnya iaitu Yusof Hermain Shah yang juga mantan ADUN Sikamat. Seandainya Ishak Ismail disahkan muflis oleh mahkamah pada Jun 2009, maka berkemungkinan besar Zakaria Nordin akan memangku jawatan Ketua Bahagian Seremban. Dikhabarkan juga pengundian untuk jawatan Naib Ketua Bahagian terpaksa dilakukan semula kerana keputusan dilaporkan seri untuk semasa proses pengundian pertama. Setakat ini dilaporkan seramai 12 orang daripada team Ishak Ismail telah berjaya dalam perebutan jawatankuasa bahagian manakala hanya 8 orang sahaja daripada team Md Nor Awang yang mendapat tempat dalam jawatankuasa bahagian Seremban. Dilaporkan 9 orang keseluruhannya telah dihalang memasuki dewan dan dinafikan hak untuk mengundi termasuk beberapa orang ketua cawangan dalam mesyuarat bahagian kali ini.

12.11 pm

UMNO Bahagian Seremban telah mencalonkan Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO serta Rahim Tamby Chik, Isa Samad dan Rais Yatim sebagai calon Naib Presiden UMNO.

10.34 am

Md Nor Awang yang sebelum ini tidak dibenarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mencabar Ishak Ismail bagi jawatan Ketua Bahagian, kini telah dihalang sekali lagi untuk mengundi dalam mesyuarat UMNO Bahagian Seremban yang sedang berlangsung di Wisma Theatreatte, Bangunan SUK Seremban. Selain beliau, YB Mustafa Salim yang menggantikan Ishak Ismail sebagai ADUN Lenggeng dalam PRU12 turut dinafikan hak untuk mengundi. Berita berkenaan larangan mengundi ke atas dua individu itu telah disampaikan oleh Jeneral Bersara Hussaini, executive sect of UMNO.

2 comments:

  1. silap haribulan, next election mahunya PKR ambil alih N9 plak nih...ape bengap sengat MT UMNO ni? Najib punya orang la ni...orang macam ni pun dia nak bela lagi ker? Kang ader yang tak sampai satu penggal dah kena turun kang...ko baik2 skit najib!!! Jangan nak bengap dan bangang sangat!!! Belaja2 la dari kesilapan lalu...

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada pemenang :-)







    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete

Blog Archive