Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, December 11, 2008

Melayu Rasis

Rasis bila kita membicarakan masalah orang Melayu. Rasis bila kita cuba membangkitkan persoalan mengenai Bahasa Melayu. Rasis bila kita menceritakan betapa ketinggalannya orang Melayu dari sudut ekonomi. Rasis bila kita berusaha untuk menyedarkan orang Melayu betapa mereka perlu bangkit menolak mereka yang memberikan dengan sewenangnya apa yang telah diperuntukkan kepada orang Melayu dan bangun menentukan kehebatan bangsa dan agama sendiri.

Kenapa itu semua dianggap rasis? Kenapa perjuangan mempertahankan bahasa ibunda kaum lain, mempertahankan sekolah dan sebagainya tidak dianggap rasis? Berulangkali menyatakan bahawa mereka berhak menuntut dan memperjuangkan. Kita juga berhak menuntut dan mempertahankan yang bukannya dari sudut yang bersifat rasis, tetapi dari sudut pembangunan bangsa itu sendiri.

Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum-kaum lain. Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri. Kita memberi, mereka merasa dan generasi kita merana.

4 comments:

  1. Assalamualaikum anakku Paneh,

    Mak Cik rasa Bangsa Melayu tidak rasis sama sekali.

    Bahkan Bangsa Melayu senang dan sedia terima Bangsa lain apa pun dalam masyarakat Melayu dan MeMelayukan Mereka. Inilah bukti hakikatnya.

    Bangsa Melayu banyak toleransi, kesian dan sabar dengan kerenah bangsa lain sekelilingnya.

    Hanya SATU tabiat orang Melayu yang lain patut ambil tahu. Mereka ini, jangan dicabar terlalu sangat. Kalau tahap kesabaran mereka sampai kekemuncak, nanti semua akan menyesal.

    Orang Cina berabuk di mulut sahaja. Mereka sebenarnyalah yang amat rasis. Buat baik dengan Melayu pun kerana terpaksa. Pada mereka duit adalah tuhan mereka. Buat baik asal dapat duit.

    Isu sekolah mereka dijadikan landasan Politik konon kononnya mereka ambil berat sangat pasal nasib bangsa mereka. Pada hal yang paling mereka ambil berat adalah WANG mereka.

    Kalau ada apa apa yang berlaku tak baik di tanah air kita (minta jauhkan oleh Allah) mereka lah yang mula mula sekali akan meninggalkan Negara ini.

    ReplyDelete
  2. salam paneh...

    dia orang ni dah habis modal tak tahu nak cari jalan mana lagi nak jatuhkan kekuatan orang melayu islam kat malaysia ni...so guna lah isu rasis....tapi given time, it will be proven yang sebenarnya rasis islah Cina India tu....dia orang yang mula bangkitkan isu2 perkauman...di sokong pulak oleh politik dangkal dan dungu anwar ibrahim dan penyokong2nya...lagi la bertambah besar isu tuh...

    yang penting orang2 melayu kena tahu apa hak yang mesti kita pertahankan.nndan sentiasa bersatu dan jgn dok jadi pak turut semata...

    ReplyDelete
  3. Warieh den Paneh miang, den ucapkan temo kasih atas ucapan yang sobonai di Negaro kito.
    Owang lain buwek, namonyo demokrac dan human rite, kito buwek namanya rasis.
    Jadi kalu cam tu Dong Zhong buwek namonyo apo ?
    salm den dari batu kikir jambatn bosi.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  4. kumpulan generasi baruDecember 12, 2008 at 7:14 PM

    Moga bangsa Melayu terus bersatu. Bukan bersatu untuk berperang dengan kaum lain, tetapi bersatu untuk mempertahankan hak dan mengukuhkan kedudukan.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive