Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, December 28, 2008

Apabila Rockers Bersuara...

Aku tertarik dengan komentar salah seorang pengunjung blog yang aku lawati. Beliau telah berdebat dengan pemilik blog tersebut dan tidak dapat dipastikan apa kesudahannya nanti. Anda boleh tengok disini dan disinun. Tapi untuk memudahkan pembaca, aku paste saja ayat pengunjung tersebut dibawah ini. Saksikan apabila rockers bersuara:-
wa berkata...

wa kdg2 ada gak baca blog ni bro. pernah wa terbaca dulu dlm ruangan komen ka artikel wa tak igt lu kata lu ni ketua penerangan umno cwgn. tapi apahal lu beria2 sokong pas ni bro?

soli la bro. wa nak cakap kat lu. sbg ank jati kelantan wa dah lama dok dgn org2 pas ni. lu kata pas berdakwah atas platform politik yg tulus? lu biar betul bro. mungkin segelintir la mcm nik aziz. yg lain tu sama je teruk bro.

lu wa tgk slalu kutuk umno. tapi lu tau ka yang bila tarikh penubuhan pas? lu tau ka zaman mak bapak lu hidup org melayu ni byk berpesta ria. pegi club, pakai sexy. sejak pas ditubuhkan, berapa ramai org melayu pakai tudung bro? berapa byk pas buat masjid bro? wa cakap lu bro di kelantan cuba bgtau wa mana masjid yg pas buat? berapa lama pas perintah kelantan? lu tau sapa yg bina masjid tu suma? lu kaji bro jgn cakap ikut akal tulur lu je.

lu tau ka islam di malaysia ni mula berkembang bila? sejak 80an lu tau? berapa ramai masa tu org melayu belajar timur tengah kerajaan sponsor? lu kira ka? berapa ramai yg pas hantar? lepas tu bila balik kerajaan amik dorg keja? lu kira ka berapa ramai? berapa ramai org pas keja dgn kerajaan dan berapa ramai plak keja dgn pas? lu kira ka? kerajaan pecat ka mereka org pas tu suma? berapa ramai prof org pas tapi mkn gaji hasil kerajaan? mengajar di universiti dan menghasut anak2 muda membenci pemerintah? lu kira ka? nabi ajar mcm tu ka? sapa pentadbir negara masa islam mendapat tempat di hati masyarakat..orang umno ke pas?

ni la susah kalo anggap parti tu islam dan islam tu parti. lu kalo benci pemimpin pun bukan suma pemimpin tu suma jahat. lu bole baca ka hati olang? lu tau ka kenapa muawiyah bunuh ali? lu tau ka islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia pada zaman bani umaiyah? kenapa itu berlaku? kenapa Allah izinkan kerajaan yg bunuh sahabat nabi berkembang? lu tau ka apa yg Allah tau yg lebih baik bg Islam?

bro lu jgn jadi org yg menentang takdir. mungkin ada sbb Allah beri umno perintah negara ni dan tak beri pada pas. mungkin ada sesuatu yg Allah nak tunjuk pada kita. kita menegur pemimpin yg silap bro. tapi kita stakat cakap je takkan jadi apa2 bro. org bwh mcm kita ni kena bertindak bkn setakat brckp. kalo lu sbg org umno lu bertindak bro. bukan pegi agongkan org lain. nampak sgt lu ni tarak prinsip dan paling sedih lu bkn adil bro. apasal wa ckp mcm tu? lu hemtam umno je keja lu tapi tak pernah pun artikel lu pertikaikan kesalahan pemimpin pembangkang. lu adil ka mcm tu? lu letak sesuatu pd tmptnya ka?

tapi kalo lu tak buat apa2 pun ok bro. wa talak hal punya. lu bole tulis apa lu suka dlm ini blog bukan ramai yg baca pun. lgpun ni blog lu suka lu la nak tulis apa. artikel2 lu tulis pun bkn ilmiah pun. balik2 wa nengok kutuk je lebih. kasi cdgn penambah baikan langsung tarak. hasut org benci pemerintah je lu tau. tak membina langsung.

wa cakap lu kluar la umno. olang mcm lu bkn bole membaikkan umno tp kasi hancur lagi ada. sementara org islam pegang negara ni bole la lu ckp banyak. lu igt anuar bleh control ka harbi tu suma? cuba kapir pkr dan dap pegang negara, silap2 org mcm lu dah ilang tanpa berita. bukan stakat takleh menaip dlm blog, nak tido dlm rmh sendili pun takut agak2 la.

wa ckp lu bro wa perati byk benda bro. lu stakat dok dlm malaysia je tak kluar mana2 lu tak nampak bro. lu patut bersyukur Allah bg lu lahir negara ni. wa mean it bro.

maaf kalo lu terasa bro. sesama islam wajib memafkan.

Khamis, Disember 25, 2008 3:28:00 AM
wa berkata...

wa tgk lu balik2 ulang pasal2 pemimpin umno itulah inilah. ckp sja bro tara bole ubah apa2. salah sapa angkat org2 mcm tu? salah org mcm lu la yg jadi ahli umno. lu pernah dakwah ahli umno kwsn lu ka? ckp saja lebih kwn. nnt Allah tanya lu apa lu sudah bikin utk ubah itu pemimpin pincang apa lu mau jwb. mgkn lu ada buat tapi sungguh2 ka?

syiar islam tertegak syumul kunun. islam tak tertegak di bumi malaysia ni ka? bro lu kasi tau gua di arab saudi ada berapa tmpt yg amalkan hudud? lu bgtau wa berapa negeri saja buat hudud di iraq dan iran? lu ingat satu negara ka buat? lu tau ka apa kata umar al khatab pasal hudud? apa umar terangkan? lu baca ka?

mana lebih penting hudud ka pengisian ka? mmg hudud itu perlu dilaksanakan tapi lu igt trus2 saja ka? pas pernah ka kasi ajar itu kapir suma ttg hudud? pernah terangkan ka? sekurang2nya bn melalui rtm pernah buat bbp ceramah pasal hudud kuar tv. suma olang boleh tgk. lu tau ka pasal hudud berapa peratus dlm Quran? lu tau ka mana lebih penting, penting dan kurang penting.

cakap saja la lu pandai. wa pun tau itu cakap tm. mmg dia ada silap ckp dulu. wa pun tau tu. tapi itu la nama manusia. ada silap. lu perfect sgt ka? suma sedara mara lu pakai tudung ka? org kg lu suma pakai tudung ka? jiran tetangga lu pernah dakwah pasal kepentingan pakai tudung ka? kuman seberang laut nampak, gajah dok sebelah tara nampak. apa peranan lu ubah tu suma? tak payah la nak ubah jauh. lu ubah dekat dgn lu dulu.

cakap manyak sinang. kui mati kui. sori daun keladi kalo terasa hati.

Khamis, Disember 25, 2008 1:18:00 PM

wa berkata...

lu tunjuk bukti bro tuduhan2 lu. jgn cakap pakai baca dan dengar cakap. guna kuasa dan mahkamah. tunjuk bukti sahih dlm blog lu bukan amik dr rpk. sapa yg cakap poltik dan agama tak bole bersatu? lu bgtau wa. tapi salah anggap parti politik itu agama. lu jgn salah faham. wa nak tanya lu bro..apa peranan lu imarahkan masjid? apa peranan lu ajak org muda dtg ke masjid? apa lu dah buat cuba cerita? lu pernah ka tido sama anjing dan tido dlm lopak babi sbb nak sebarkan islam. lu pernah ka hari2 kena samak sbb nak kembangkan syiar islam? lu pernah tanya mana2 kapir jiran atau kwn lu ka dorg nak masuk islam atau tak? dakwah paling mudah tu bro? cuma tanya org kapir lu ada buat ka? jgn salahkan pemimpin saja bro. wa pun tak sokong pemimpin salah. tapi biarlah adil. yg baik disokong. lu cermin diri sendiri dulu bro. lu baik sgt kah? jika teras dan akar pun tak baik, mcmana lu nak harap org yg dilantik jadi pemimpin oleh teras dan akar itu baik? apa lu punya peranan? cit buang masa lu pegang jawatan tapi tak tau manfaat. lu pun sama mcm pemimpim bobrok tu suma. lu pertahankan umno? mana artikel lu yang mengatakan umno ni baik dan parti wadah yg sebenar. mana bro? gunting dlm lipatan la lu ni bro.

Khamis, Disember 25, 2008 5:52:00 PM

wa berkata...

wa bukan dgr cakap najib pas tak pernah bina masjid bro. wa tau sendiri kaji. mana lu tau sbb apa rakyat tganu dinafikan royalti minyak. apa lu tau yg wa dan kerajaan pun tak tau. cuba bg sebab. lu mau heboh satu dunia ka kerajaan buat dgn apa duit smua? lu ingat malaysia saja ka negara dlm dunia ni?

dasar didik jangan pangkah pas? lu tau ka berapa banyak guru org pas yg dah didik anak murid dia jgn pangkah umno? lu tau ka dasar pas kalo pangkah umno maknanya masuk neraka? lu tau ka atau lu buta dan tuli?

lu tau ka berapa juta kerajaan bg pada kelantan? lu baca ka sampai habis semua belanjawan? lu pegi mof check sendiri la bro dah berapa byk habis di kelantan sejak 1990 kerajaan bagi. lu cakap pakai fakta ka auta?

kawal media? lu igt kalo pr tu perintah negara dia tak kawal media ka? bgtau wa negara mana pemerintah tak kawal media? arab saudi, iraq, iran, mahupun amerika pun kawal media? lu pernah tgk tv mereka ka? wa keja merantau byk negara bro. lu apa bikin? cakap saja boleh la?

kalo pemimpin sorok maklumat dr rakyat pun apa lu boleh bikin? suma rahsia negara lu nak kasi telanjang ka? lu nak suma negara musuh kita boleh amik kesempatan pada malaysia ka? mgkn lu nak hidup mcm rakyat iraq baru lu puas hati.

rasuah darah daging dlm umno? lu igt pas tak rasuah ka? bagi beras, kain, duit dsb masa p/raya lu tau ka? mungkin lu tak nampak? lu tau ka sapa raja rasuah malaysia? lu kenal nuar brahim ka? lu tau ka budaya rasuah dlm umno sapa bwk? lu tau ka atau lu buta atau buat2 tuli?

pemimpin bodoh, tdk berjiwa rakyat dan rosak akhlak? lu mau salahkan sapa bro? salah diri sendiri la. apa peranan lu agar pemimpin mcm ni tak naik? org bwh yg sokong kalo tak mcmana mereka nak naik. sapa sebenarnya rosak, bodoh dan tak berjiwa rakyat? lu belum jwb soalan gua tentang peranan2 lu apa yg lu dah buat. dah dakwah dgn sedara mara ka pakai tudung? org kampung? cawangan lu? cakap saja lebey.

Khamis, Disember 25, 2008 6:06:00 PM

wa berkata...

wah pemimpin kita menghebahkan kebaikan mereka? mana lu tau? mereka bangun mengimarahkan mlm mana lu tau? mereka bela beratus anak yatim miskin lu tau ka? mereka bersengkang mata memikirkan masalah rakyat malaysia lu tau ka? kalo lu tuduh mereka dgn benda yg mereka tak buat, lu mati tak sempat minta maaf mcmana? sapa nak tanggung dosa?

wa tak taksub sama pemimpin tapi wa benci sama org yg mengkritik pemimpin secara tak adil. hadi ckp salam dgn org umno kena samak lu tarak komen? nik aziz kata tak boleh makan sembelihan org umno lu ada sentuh ka? nabi ajar mcm tu ka? smpi skrg mrk tak tarik balik kata2 mrk. lu tetap agongkan dia. mana lu mau kritik pasal lu sudah jatuh hati pada pas. betul ka pas konsisten? yang konsisten hanya nik aziz. itupun kadang2 merapu jugak. husam konsisten ka? yg lain konsisten sgt ka? skrg2nya umno perjuangkan apa yg dia tahu dan konsisten sejak 1946. sejarah pas sejak 1951 smpai skrg sama ka? perjuangan mereka sama atau berubah lu bagitau wa. yakin ka pertubuhan asal pas sbb apa? satu je yg konsisten ttg pas sejak dulu, mereka sanggup belakangkan prinsip utk kuasa. kaji semua sejarah presidennya. jgn hanya ckp melulu.

wa mmg tak duduk serumah dgn lu mmg wa tak tau apa yg lu dah buat utk islam. tapi dlm pengalaman wa, itu ayat biasa utk tutup kelemahan diri. psikologi la bro. sbb tu wa ckp kita cermin diri kita dulu. kalo kita pun tak mampu ubah apa yg dekat dgn kita, mcmana nak naikkan pemimpin yg baik. sendili lugi woo..

maaf zahir batin.

Khamis, Disember 25, 2008 10:40:00 PM

2 comments:

  1. cakap rockers pun nak percaya ker? Hmmm....

    ReplyDelete
  2. A friend told me this place I have been looking for, I come, it turned out, I have not disappointed, good Blog!
    runescape money

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive