Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, December 9, 2008

Solamat Ari Rayo Aji

Selamat Hari Rayo Aji Atok ucapkan kepado sumo pelawat ke blog ni dan jugo kepada kengkawan sepejuangan. Pado ari rayo ni Atok beraso sungguh banggo melihat keadaan kek kampong Atok. Sumo orang bocorito tontang kemelesetan ekonomi. Tontang rogo gotah dah jatuh, rogo sawit dah merudum, barang itu mahal, barang ini mahal, rogo ikan kombong sampai RM14.50 sekilo dan macam-macam lagi luahan raso tontang kemahalan rogo barang.

Tapi, pado hari rayo aji ni, Atok tengok orang bekorban lombu kambing solang sebuah rumah tomasuklah Atok adik beradik. Yang lawak eh tu sampai botuka-tukar bungkusan daging. Atok po’ie anta kek rumah Pak Saad sebungkus, dio bori lak kek Atok sobungkus. Atok po’ie anta kek rumah Ocu Selamah, dio pun bori Atok sebungkus. Nia, 10 ari bulan Dec. ni, kek tompek Atok ado plak Korban Perdano namo eh. 60 eko lombu nak dikorbankan.

Jadi, moral of the story eh, dalam sibuk-sibuk kegawatan ni, ALLAH Ta’ala masih laie melimpahkan rezekiNya kepado kito di bumi botuah ni, bumi TANAH MELAYU ni. ALLAH masih sayangkan makhluk–makhluk eh kek bumi botuah ni. Rezeki masih melimpah ruah. Kok kek Amarika tu, sampai ado yang menjual rumah dengan rogo USD1.00. Ado syarikat yang topakso memberhontikan pokojo eh sampai boribu orang.

Jadi, kito ronung-ronungkanlah, walaupun dalam waktu yang samo, kito dilando boncano tapi bopunco daripado kerakusan manusia yang okap (kok tak paham, cubo tanyo kek paneh ataupun kek sontoloyo), ado plak bas yang tobalik. Tapi kito semestinya bersyukur, makan minum kito masih banyak, sampaikan pehak sepital topakso mongadokan hari rawatan khas untuk orang darah tinggi dan koncing manih.

Jadi, dengan rahmat ALLAH yang diturunkan ko bumi botuah. TANAH MELAYU ni, sesamolah kito jago jangan sampai jatuh ko tangan puak-puak harbi tu.

Akhir kato, Selamat Ari Rayo Aji untuk sumo.

3 comments:

  1. Kok iyo lah, anto bang se bungkui daging koban tu eh dekek den yatim piatu nia.

    T. Kasih datang jengok teratak tak siap hamba.

    Bang Paneh, kirim salam kepada kawan-kawan

    ReplyDelete
  2. IsyaAllah bro Tam. Kepado kawan2 den sumo..bongkar dah nak masuk subuh ni.

    Buek atuk keronai, daging utk den takdo ko?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Atok, Syukurlah.

    Kito ni sebonar nyo kurang amet bersyukur, komplain nyo lobih.

    Atok suruh lah Wan buek serunding ko kalau dah banyak amek daging korban tu. Lopeh tu pos laju ko Shah ALam serunding tu..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive