Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 5, 2010

Mereka Tiada Dalam Perlembagaan

Atas desakan rakan-rakan dikalangan bukan Melayu, setelah meneliti dan menyemak berulangkali Perlembagaan Persekutuan yang disusun oleh Lembaga Penyelidikan Undang-Undang setakat 5 Mac 2009, kami mendapati;

1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia TIADA TERTULIS perkataan Buddha, Hindu, Kristian, Sami, Paderi, Gereja, Tokong, Kuil etc.

2. Malahan perkataan Cina, India, Sikh, Serani, Mandarin, Tamil, Urdhu, Tagalog, Hokkein etc. juga TIDAK TERCATAT dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Hanya 2 agama sahaja yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu "Islam" dan "Lain-Lain Agama".

4. Hanya 2 bahasa sahaja yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Inggeris".

5. Hanya 4 kaum sahaja yang tersenarai dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu "Melayu", "Bumiputra Sabah dan Sarawak", "Orang Asli" dan "Kaum-Kaum Lain".

6. Bahkan Perlembagaan Persekutuan turut menyebut secara khusus "Islam Agama Persekutuan", "Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam", "Peruntukan Persekutuan untuk Agama Islam", "Kuasa Mahkamah Syariah", "Jabatan Hal Ehwal Agama Islam", "Mufti", "Kadi Besar", "Kadi" etc.

7. Jadi apa maknanya tu?

8. Masih tak faham-faham lagi?

9. Kita hidup "AMAN" dan "DAMAI" selama 52 tahun Merdeka kerana sikap toleransi yang tinggi.

10. Jangan sesekali sifat mengalah itu cuba disalaherti.

15 comments:

  1. Jadi, isu yg panas ni, tak yah lagi nak gembar-gemburkan...lbh baik diam saja...kan PM dan menteri2 dah bagi jaminan akan selesaikan isu ini...jadi, kenapa UMNO msh degil??? apa yg dapat buat demo??? keptusan makhmkh tak kan berubah...lbh baik selesaikan byk mslh negara dan rakyat...mengabihkan boreh yo!!!

    ReplyDelete
  2. Hapuskan PR - hapus punca masalah di Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. Salam PM, setuju dengan komen Anonnmous 12.53.....

    DYMM Yang DiPertuan Agung mempunyai kuasa penuh membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi...... pergunakanlah.....

    ReplyDelete
  4. Hapuskan UMNO/BN - hapus punca penyakit dan virus di Malaysia ni....

    ReplyDelete
  5. woi mangkuk anon..sapa yg bawak isu Allah ni memula? bukan korang ke? so hapuskan PR la bahlul...

    ReplyDelete
  6. ini isu yg sgt besar... utk kita berdemo.....

    aku pelik bila ada org kata isu ini xyah nak demo2 , xyah nak tunjuk kemarahan kita....kita boleh bertoleransi tapi bila had dah dilanggar xkan nak diam jer.... kita buat demo bukan kita nak pi buat huru hara mcm hindrap...

    ingat dulu orang-orang ada buat demo pasal tan bek honk ,demo pasal teresa cock, demo pasal peliwat ...hish hish ..kalu itulah orang-orang itu rasa lebih penting... baik orang-orang ini di pcak kt sawah ....kerana orang-orang mindset mcm ni lah yg melacurkan diri sendiri....

    ReplyDelete
  7. Salam Perjuangan

    setuju sangat... dulu dengan toleransi tinggi kita AMAN SEJAHTERA boleh hidup tanpa prasangka... cina dan india serta agama lain faham juga akur dengan perlembagaan...

    SEKARANG keling ke cina ke... sekarang kristian dah naik minyak berani pijak melayu dan Islam...

    KENAPA BARU SEKARANG BERANI??? sebab ada bangsa melayu Islam yg dengan terang-terang dan sengaja jadi PENGKHIANAT BANGSA DAN ISLAM... mereka sendiri persoal dan nak gadai hak mereka yg dijamin perlembagaan...??? kalau bangsa melayu Islam sendiri nak gadai takkan keling, cina dan agama kristian tak nak ambil kesempatan... BETUL TAK?

    siapa pengkhianat ni... sapa lagi kalau tak Melayu Islam dalam Keadilan, PAS, DAP dan seangkatannya... Anwar, Nik Aziz, Husam, syed husin, Khalid dan dalin-lain...

    mereka ini lah yg harus dipertanggungjawabkan sebab sanggup bersekongkol dan merelakan hak melayu Islam digadaikan dengan janji balasan KUASA... matlamatmenghalalkan cara....

    Kepada Allah berserah

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Paneh,

    Pada ALlah swt kita berserah, sambil BerUsaha dan Berikhtiar.

    Sokong: Salam Perjuangan..

    Yang Anon sokong PR=Herald tu tak yahlah, mengabihkan boreh yo.

    ReplyDelete
  9. Siapa yang sokong PR=Herald tu boleh rujuk kenyataan Harun Din????

    Shadatlah semula

    ReplyDelete
  10. paneh, jangan lupo cek email yo...

    ReplyDelete
  11. sebenarnya UMNO nak rakyat marah pembangkang jer...tak de lain...dan nak alih isu negara....mana ada iklasnya UMNO nih!!!

    ReplyDelete
  12. Salam, saya setuju bahawa Melayu mesti menunjukkan perpaduan kita dan menunjukkan kekuatan kita kepada khalayak, jika tidak mereka akan anggap kita masih lemah dan berpecah-belah. Melayu mesti jadi kurang ajar bagi melawan sikap ultra kiasu sesetengah kaum. Bersatu dan perkasakan bangsa Melayu ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  13. sebonarnyer hakim sengal tu yang tak paham perlembagaan..

    ReplyDelete
  14. The writer of paneh.blogspot.com has written a superior article. I got your point and there is nothing to argue about. It is like the following universal truth that you can not disagree with: Everything is directly or indirectly related to the number 5 I will be back.

    ReplyDelete
  15. kedua2 pihak masing2 ade salah..
    umno/bn,bdasarkan dr sejarah,merekalah yg bersetuju utk menerima kaum lain semasa menuntut kemerdekaan dr british..klu mereka x menerima nye mungkin sekarang tiada bangsa len selain melayu di malaysia ni..kemerdekaan masih boleh dicapai tnpa persetujuan penerimaan kaum lain ni..
    parti pembangkang,mereka juga bsalah sekarang kerana terlalu mengikut kehendak rakan2 politik mereka sehingga lupa pada hak kaum n bangsa sendiri..
    sepatutnye dlm isu ni,kita seharusnya bsatu bkn atas nama bangsa n kaum tp demi agama islam yg kita sayangi...

    ReplyDelete

Blog Archive