Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, September 1, 2010

Kumpulan Ajaran Sesat di Malaysia

Kumpulan berikut telah diwartakan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM sebagai kumpulan ajaran sesat.

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran oleh Juruzon bin Abdul Latif @ dikenali (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55. Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj. Banuar


Cuma yang belum diwartakan adalah:-

DAP: Kumpulan Ajaran Komunis
PKR: Kumpulan Ajaran Yahudi
PAS: Kumpulan yang tunduk kepada ajaran Komunis & Yahudi

9 comments:

  1. tambahan,ajaran ayah poknik dengan ajaran pak syeikh anwar

    ReplyDelete
  2. NEM's Lethal Dose - The More Derserving Is Getting Less !

    Let's support the call for a REVOLUTION by Kijang Mas - Demi Negara!

    Ajaran sesat ke ni? he..he..he..

    ReplyDelete
  3. Ajaran Raini b. Malik, Kg. Sungai Balang, Muar adalah sesat dan syirik kerana melihat mangsa2 yang mengikutnya:

    - roh Nabi masuk kedalam (kelongsong)
    - terjamin masuk atau sudah nampak para syurga hinggakan pengikut rela mati bila2 masa
    - boleh berhubung dengan arwah
    - tidak perlu solat 5 waktu
    - zikir dan bacaan yang diubahsuai
    - mandikan pengikut (lelaki dan perempuan) jam 4 pagi
    - buka puasa bila nampak cuaca gelap tidak kira jam
    - permusushan antara adik beradik yang tidak mahu mengikut
    - minta ganjaran wang untuk rumah, kereta, holiday dsb

    Pihak JAI Johore telah serbu rumah beliau tetapi tidak dapat bukti. Beliau telah menyuruh pengikut2nya membuang atau bakar apa2 nota ajaran beliau.

    ReplyDelete
  4. Incantation for snake-bite, stings of scorpions, stings of centipedes and other poisons (charm cure cited by Gimlette, 1915 p272)

    Al-salam ‘alaikum,
    Ong tawar maha tawar
    Aku hendak tawar di-daging,
    Aku hendak tawar di-urat, hendak tawar di-lendir,
    Hendak tawar di-tulang;
    Tawar datang dari-pada Allah, tawar datang dari-pada Muhammad;
    Tawar datang dari-pada Baginda rasul’llah, tamat

    ReplyDelete
  5. Paneh miang kau tertinggal satu puak lagi UMNO:Besarkan tembolok kaum sendiri.

    ReplyDelete
  6. UMNO tukang buat warta lah. Mana boleh masuk dalam senarai. Conflict of Interest.

    ReplyDelete
  7. dfrsbeewx [url=http://ricostrong.net]Rico Strong[/url]

    ReplyDelete
  8. budi suci sejati.Ini ilmu allah yang turunkan di indonesia,untuk lawan seher yg banyak di sana.Ini ilmu jika di pelajari oleh orang islam yg baik faham dan amalnya sangat jadi guna.Cuma sesetengah orang baik guru atau murid tidak memilki keislaman yg baik dan faham yang elok dan jernih dan tidak faham tasauf terus,tidak akan jumpa jalan dalam bss ini.Ilmu ini di turunkan pada orang2 wali allah di Indonesia,untuk tujuan melawan seher.Memang boleh lawan seher dengan jalan amalan agama secara biasa,tetapi sukar kerana perlu berzikir dan banayka amal ibadat dan bacaan perubatan.Dengan bss ini allah bagi kemudahan tak payah banyak baca,cuma betulkan diri dan jauhi dosa,kita dapat hadapi seher dgn amat berkesan.Saya tahu kerana saya terlibat dengan perubatan ini.saya tidak begitu dapat, tetapi guru saya dapat berubat menghadapi bomo2 besar yg jahat dalam sejam atau dua sahaja.dapat berubat buah pinggang yg buruk jadi elok semula dan menghairankan doktor pakar.Dapat menyembuhkan kencing manis dgn air sejuk sahaja,walaupun makan masa sedikit untuk sembuh.Dapat menyembuh banyak penyakit kronik dfan seher dan brbagai penyakit misteri dan kronik yg doktor pun tak mapu ubatnya.semuanya bermula dari jurusan,perubatan awalan yg kecil2 dan kemudian meningkat berkat tabah dan sabar dan jujur dalam memperjuangkan kesihatan pesakit,Berkat sentiasa berdamping dengan allah dan tunai wajib dan sunat..Ilmu bss ini tidak mernjadi bukan kerana ilmu ini tetapi kerana bududi perangai dan amalan agama pembawanya,tidak kira guru atau murid,Islam mereka itu tidak elok,faham dan amalannya.Jika elok Islamnya ilmu ini amat ampuh dalam menghadapi kezaliman secara batin mau pun secara lahiriah.Orang faham amalan tasauf dan elok amalan agamanya eloklah bawa bss ini.Selain itu susahnya.Kerana ini ilmu para wali allah.siapa yg ada jadi wali sekarang ini. Kerana itu ilmu ini selalu di salahkan dan tak mampu di bawa orang,kerana amalan dan fahaman orang sekarang ini kurang elok sebagai mana orang2 terdahulu dari kita.Apa lagi lakukan perkara2 haram dan tidak tunia kewajipan,ilmu ini boleh jadi sesat apabila jin mengambil tempat kepada orang2 itu.Amalan yg tidak ikhlas pun jin boleh ambil tempat dalam diri manusia,apa lagi jika lakukan perkara haram atau ada niat yg tak baik di dalam hati sanubari.Saperti niat untuk jadi bomoh handal atau untuk jadi kuat atau untuk wang,dunia dan sebagainya.Guru pun kadang2 serupa juga,atau kadang lebih teruk dari murid.Kerana itu ilmu ini kadang2 lebih ,menjadi kepada si murid dari si guru.kerana si murid lebih jujur dan elok agama nya dari guru.Jika guru pula elok agamanya maka si murid akan beruntung,macam saya.Ini membawa ilmu ini kenalah jaga amalan dan fahaman agama untuk jadi berkesan dan ilmu bss ini kekal tidak lucut dari badan.Jika tidak jaga amalan dan fahaman agama, elok jangan belajar kerana jin iblis akan menyesatkan tuan yg mengajarnya dan juga tuan yg belajarnya.Sesat bukan kerana ilmu ini sesat,tetapi kerena orang yg bawanya.Mcm agama agama Islam juga,ramai orang islam tak faham islam dan sesat dalam islam itu,saperti shiah ,wahabi dan bebagai ajaran yg menyimpang yg berada dalam agama islam itu.Begitu juga bss ini adanya.salah orang itru bukan salam islam itu atau bss.Allah turunka kedua2nya untuk manfaat manusia.namun si manusia ini lebih banyak karut dari yg baiknya.Ini ilmu dahsyat jika anda ketahui,kerana ini ilmu Allah.Sebagimana dahsyat allah itu,begitulah ilmu ini dahsyat.Tetapi adakah anda mampu mengikut kehendak allah itu dalam semua aspek kehidupan anda.Jika anda mampu anda akan dapat ilmu bss yg dahsyat itu.Bukanlah dahsyat ke arah kejahatan,tetapi dahsyat dalam menghapus kezaliman.tetapi anda perlu tahan,sabar ujian yg mendatang sedahsyat ilmu yg anda dapat.Jangan kata ilmu ini sesat, katalah aku yang sesat.Ilmu ini jika allah kehendaki anda fahamnya dan hadir dalam diri anda,jika tak di kehendaki allah tiadalah.Itu pun bukan semua sama tahap dapatnya itu.Ikut kualiti iman,takwa,faham,amal andalah.Wallhuaklam.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum WBT

    Thanks for the info.. Harap dapat ke blog saya, Jalalboy tentang senarai ajaran sesat yang diwartakan oleh JAKIM..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive