Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, September 20, 2010

Buat tatapan Nik Aziz & Pemujanya

Tujuan tulisan ini sekadar sebagai membawa hujah kepada keutamaan menyatukan Umat Islam khususnya bangsa Melayu di atas satu agenda perjuangan, bukan hendak berdakwah kepada memuja Melayu, bangsa dan menindas golongan lain. Seruan memperjuangkan hak-hak Melayu berlandaskan Asobiyyah Jahiliyyah adalah bertentangan dengan aqidah saya.

Isu ini saya ketengahkan sekadar untuk memberikan hak-hak kaum keluarga dalam dakwah, sanak saudara dan bangsa yang menjadi tanggungjawab utama untuk di islahkan. Hujah yang saya bawa sekadar untuk menunjukkan bahawa Islam tetap meraikan situasi naluri kemanusiaan yang mencintai keluarganya dan tidak bertujuan untuk berdakwah meletakkan bangsa mengatasi Islam itu sendiri yang tidak ada khilaf padanya.

Secara fitrahnya manusia cinta dan kasihkan saudara mara, kaum kerabat dan tanahairnya. Islam yang juga agama fitrah tidak mungkin akan membiarkan naluri ini dihapuskan dan tidak digunakan bagi kepentingan Islam. Lantaran itu Nabi s.a.w. mendefinasikan `asobiyyah’ yang diharamkan ialah menolong saudaranya di atas kezaliman.

Sebaliknya seseorang yang menolong saudaranya untuk memahami agama, menolong saudaranya agar mendapat pendidikan yang sempurna, menolong saudaranya agar terselamat daripada kepapaan dan menolong saudaranya daripada dizalimi adalah termasuk dalam perintah Allah Azza wa Jalla.

Menyimpulkan perjuangan seseorang untuk membangunkan identiti tadayyun (keagamaan) bangsanya dan kesejahteraan kehidupan bangsanya sebagai perjuangan 'asobiyyah yang diharamkan' adalah kefahaman yang terseleweng daripada kefahaman Islam sebenar dan pejuang yang mengatakan: "kita adalah pejuang Islam tulen" tetapi menolak isu-isu berkaitan bangsanya; agama, budaya, bahasa dan adat-adat mereka adalah perjuangan yang tidak berpijak di alam nyata.


1. Apabila Allah memerintah nabi untuk berdakwah secara terbuka Allah memerintahkan nabi memulakan dakwahnya kepada "asyirah al-aqrabin" yakni kaum keluarga terdekat.

2. Ketika Nabi s.a.w. naik ke bukit Sofa dan memanggil orang-orang Arab untuk berdakwah kepada mereka Nabi s.a.w. menyeru nama-nama Qabilah mereka.."Wahai bani Hasyim.. wahai bani.. abd Manaf.."

3. Apabila Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda mengekalkan kewujudan kaum Muhajirin dan Al-Ansor.

4. Nabi s.a.w. melantik para nuqaba daripada ketua-ketua qabilah yang sedia ada dengan mengekalkan kewujudan qabilah-qabilah tersebut.

5. Apabila ketua-ketua qabilah memeluk Islam dikalangan bangsa-bangsa Arab nabi s.a.w. mengekalkan mereka sebagai pemimpin kepada kaum mereka.

6. Apabila Islam datang ke Tanah Melayu, Empayar Kesultanan Melayu terkenal dengan namanya sebagai Kesultanan Melayu Melaka atau Tanah Jawi.

7. Pakaian Jubah yang panjang dan berserban yang menjadi tradisi Arab tidak diterapkan ke dalam tradisi pakaian Kesultanan Melayu tetapi Baju Melayu berseluar dan bersampin dan bertengkolok menjadi pakaian rasmi Melayu Islam sesuai dengan realiti Alam Melayu yang berbukit, berbelukar, berpaya dan bersungai yang menyukarkan si pemakai jubah untuk berjalan.

8. Nabi s.a.w. apabila berada di Madinah menitiskan airmata apabila memikirkan Mekah tanah tumpah darahnya dan nabi pernah bersabda bahwa; Cintakan tanahair daripada iman.

9. Nabi memaafkan sahabatnya Hatib bin Abi Baltaah r.a. yang menghantar surat kepada keluarganya menceritakan kedatangan tentera Islam untuk membuka Kota Mekah..apabila alasan beliau melakukan semua itu hanya kerana kasih dan sayangkan keluarganya dan mengharapkan mereka terselamat bukan kerana mengkhianati nabi s.a.w. terutamanya apabila beliau seorang ahli Badar yang telah diampunkan dosa-dosanya dan Allah yang amat mengetahui apa yang akan dilakukannya:

Sedangkan Umar al-Khattab r.a. meminta untuk dipenggal kepalanya.

10. Ketika sahabat-sahabat Al-Ansor ingin melantik Khalifah dikalangan mereka selepas kewafatan Nabi s.a.w. Abu Bakar berkata bahawa nabi bersabda, "Al-Aimmah min Quraisy"...lalu mereka membaiahkan Abu Bakar Al-Siddiq.

Ibn Khaldun mentafsirkan hadis ini bukan diamalkan pada "dzahir nas" di mana Quraisy menjadi syarat mutlak untuk menjadi khalifah, tetapi nas tersebut berdasarkan realiti Arab ketika itu yang menunjukkan bahawa bangsa Quraisy adalah bangsa majoriti yang memiliki asobiyyah yang kuat. Asobiyyah yang ditafsirkan oleh Ibn Khaldun adalah sokongan bantuan yang kuat sama ada moral, tenaga mahupun harta benda dalam melaksanakan siyasah Khalifah.

Oleh kerana pemerintahan Islam memerlukan sokongan, dokongan, bantuan dan pembelaan daripada pelbagai ancaman musuh maka melantik kepimpinan daripada golongan yang lebih kuat asobiyyahnya adalah menepati sunnatullah yang telah difitrahkan kejiwa manusia.

Maka apabila Bangsa Turki Uthmaniyyah memiliki sokongan padu ummah ketika itu menjadikan Khalifah Turki Uthmaniyyah adalah khalifah yang sah walaupun mereka bukan keturunan Arab Quraisy. Penafsiran Ibn Khaldun ini menjadikan khlaifah Turki Uthmaniyyah mendapat sokongan daripada seluruh umat Islam termasuk umat Islam yang mereka berbangsa Arab.

Dalam realiti Malaysia hari ini Bangsa Melayu adalah bangsa majoriti jika mereka bersatu atas dasar Islam. Maka memperjuangkan kesatuan bangsa Melayu agar bersatu tidak bercanggah dengan maqasid Syarak malah menjadi aspek yang lebih utama ketika ini. Sebaliknya polisi, gerak kerja dan aktiviti yang boleh membawa kepada lemahnya kesatuan bangsa Melayu adalah haram hukumnya.

Perjuangan Islam tulen tidak akan membuang bangsanya daripada agenda perubahan. Sebaliknya membangunkan identiti Islam dikalangan anak bangsa, mengembangkan kekayaan mereka, memperbaiki akhlak mereka, memupuk kesatuan dan ukhuwwah dikalangan mereka adalah kerja-kerja gerakan Islam di mana sahaja mereka berada.

Muhammad al-Rasyid menegaskan dalam al-Masar dalam bab "Funun al-Tajmik" bahawa para pendakwah perlu benar-benar memahami budaya masyarakatnya, sejarah pembentukan mereka, kesan-kesan negatif yang lahir akibat biah kehidupan mereka sebelum melakukan tajmik dan taygyir.

Namun bukan maksud tulisan ini ingin mengabaikan saudara-saudara seagama daripada kaum-kaum lain kerana Nabi s.a.w. juga tidak pernah mengabaikan sahabat-sahabatnya daripada al-Habsyi, Farsi dan Romawi.

Wallahua'lam.

Sumber sini.

22 comments:

  1. 1. Dalam Quran pun ada kata yang Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku. Dalam Quran tidak ada bangsa yang namanya bangsa Islam. Islam adalah agama. Bangsa menganut agama. Nik Aziz nak ujudkan 'Bangsa Islam' ke, sama macam kawan-kawanya nak ujudkan 'Bangsa Malaysia' ? Ada ke 'bangsa Singapura' ? Ada ke 'Bangsa Australia ?

    ReplyDelete
  2. kalau lh totok pas faham apa maksud melayu xdelah jd begini. tanpa islam tiada melayu. Melayu bukan berketurunan darah tp harus

    1 islam
    2. bertutur melayu
    3. adat melayu
    4. lahir di malaysia

    xde sekumit pun diselitnya harus berketurunan melayu.Perjuangan melayu itu berteraskan apa yg di atas dn jika najib faham erti melayu itu barulah 1 malaysia itu berjaya kerana melayu itu adalah 1 malaysia

    1 agama
    1 bahasa
    1 adat
    1 negara.

    ReplyDelete
  3. "Saya tidak bangga menjadi melayu, tapi saya bangga menjadi Islam". Betullah tu, apa pulak silapnya? Memanglah kita patut bangga dan bersyukur sebagai Islam. Dia bukannya menafikan darah melayu dia......tapi ingatlah yang melayu tu tak semestinya Islam......

    ReplyDelete
  4. Bila pulak little nicky jadi bangsa italy ni ? atau dia dah menganut bangsa cina kot?

    ReplyDelete
  5. aku cadangkan ekeu jang poie ngaji sejarah baliklah.kaji yang sebona eh..macammano bangso kito ni dinamokan melayu..den nak beritahu sikit untuk asas kau mengkaji, sebona ehkan bukan orang melayu yang menamokan bangso dio sebagai melayu sebalik eh kan orang lain yang memanggil dan menamokan bangso kito ni sebagai melayu. cari dan tafsirkan kenapo semuo kepulauan sekitar ni( asia tenggara) termasuk semenanjung tanah melayu dinamokan malay archipellago.

    sepekaro lagi jang..apo nak dibanggokan bona soal bangso ni,tiko hidup ni yo bangsa di sobut di julang,bilo dah mati bangso hilang yang nak di pakai ialah agama hingga akhirat sok.berbanggo lah kerano beragama islam.islam yang sebona eh bukan islam palsu atau ikutan.amalkan seponoh eh rukun islam,seponoh eh rukun iman bukan sekadar percayo yo doh jang.quran di jadikan panduan buat pedoman.

    ReplyDelete
  6. aku rasa komen anon 237 atas aku ni tak faham apa yang pm ni cuba dok sampaikan. membazir je berhujah dengan spesis ni pm. Al-Aimmah min Quraisy. Ana min Quraisy. nabi pun sayangkan bangsanya.

    ReplyDelete
  7. INILAH HUJAH MANUSIA YG TAK SEDAR DIRI.

    NIK AZIZ BUKAN SAJA TAK BANGGA JADI MELAYU,BAHKAN DIA JUGA TAK SESUAI JADI MANUSIA.

    KALAU TAK BANGGA JADI MELAYU, APA KEJADAHNYA NAK BANGUNKAN CIRI2 BANGSA CINA (dirikn masjid bercirikan binaaan cina, tapi bila pula nak dirikan masjid bercirikan hindu) MADSUDNYA BANGGAKAN BANGSA CINA...

    APAKAH NIK AZIZ PUN TAK BANGGA MENJADI LELAKI??????????/

    ReplyDelete
  8. Salam Paneh,

    Tahniah atas tulisan yang bernas ini.

    Banyak yang boleh dipelajari kepada mereka yang dibukakan mata dan hati oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  9. Aku bangga ngan bangsaku tapi aku lebih berbangga jika aku islam. Janganlah kerana Nik Aziz cakap mcm tuh ko punya balun bukan main lagi. Kofahamkan betul2. Maksud sebenarnya dia bangga jadi Islam daripada Melayu, maknanya islam itu nombor satu dan bangsa melayu no 2. Perjuangan islam no 1 dan bangsa akan ikut belakang.

    ReplyDelete
  10. zharbiz
    kau duduk sebelah dia ke semasa dia cakap tu? sebagaimana kau boleh terjemah dan susun kata dia yg sebenarnya melayu no. 2, islam no. 1,
    itu adalah sama seperti aku cakap tak bangga dengan melayu, sebenarnya menyampah dan meluat dgn keturunan dia yg bernama melayu.

    jadi, sebagai public figure atau ularmak terkenal, ucapan dia akan sentiasa di ikuti oleh ramai orang. ramai org akan cuba menafsirkan apa yg dicakapkan.
    Jadi jika dia tahu dia ialah MB dan org mendengar ckp nya maka sepatutnya la dia:
    1. cakap la beradab dan bersopan macam org melayu, kalau pun benci melayu, cakap lah beradab dan bersopan mcm org islam.
    2. kalau dia melayu tentu dia ingat pepatah, cakap siang pandang , cakap malam dengar.

    maka oleh kerana keceluparan dia lah maka ramai org akan mengata dia wali bodoh.
    dan saudara 'sejarah lamo', kununnya bangga islam dulu, tulis la dlm bahasa arab. yg terhegeh macam pukimak guna bahasa nogori tu buek apo? ngabis boras jo!

    ReplyDelete
  11. Sabar zharbiz, apa yg kau kata mmg betul dan setiap kali TGNA ckp dgn makna yg mudah difahami tetapi puak2 gila isen ini akan cepat2 putar belitkan kenyataan spt mana yg puak UMPUNO ini di ternak dgn dakyah Utusan Meloya dan TV 3 1/4. mereka ini tanpa disedari mereka menjadi penyambung lidah syaitan. Jgn di heran sbb ramai yg jenis Melayu campur mcm kata org ayam sam-sam tak boleh beradu hanya layak berlaga dgn sayur campur makan mlm aja terutama yg tak mengaku darah malabari.

    ReplyDelete
  12. hompuk dah paneh. go hompuk go. hujah hang la yg paling 'bernas' dlm ni. hompuk for prime minister. nuar x layak, hanya hompuk bata yg layak. lagi hebat dr ibnu khaldun. lagi berani dr umar. jgn lupa kim salam sama tukartiub jubur nuar. wakakaka..

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  13. Melayu. Apa? me layu. layu... Lebih baik mati daripada layu. mati la lu me Layu.
    Melayu = Malays = MALA_S

    ReplyDelete
  14. Hello Tem ekau pun jonis mamak kutty Malabar. Patutlah pooja sgt si segala Maha. Patutlah gelak pun wa ka wa ka macam parpu kari. Agaknya muka ekau pun macam PK. Ekau sodut jobo PK dan PK sodut anu Apanama .... Tak heranlah kedua-duanya taasub Mahakari. Kalau nak dibandingkan KJ lebih hebat dari sibotak sbb KJ monang. Ekau tak sokong ke org seNogori ekau atau ekau mmg bukan suku. Gaya ckp ekau nampak macam org Utara geng I u I u no talk English Zai Merbuk mamak kut.

    ReplyDelete
  15. ASSALAMUALAIKUM BUAT ORG ISLAM.....SELAMAT MALAM BUAT ORG MELAYU....ADA KE DALAM AL-QURAN SEBUT MELAYU?X ADA KAN?TP DLM AL-QURAN MENYEBUT ISLAM....MELAYU ITU BANGSA DAN ISLAM ITU AGAMA...MANA LBH PENTING?DAH PASTI ISLAM.....JD,BETOL LA APA YG TOK GURU SEBUT ITU...."Mereka mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami dengannya,mereka mempunyai mata tetapi,tidak melihat dengannya,mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar dengannya.Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat(surah Al-Hajj ayat 46:)".....

    ReplyDelete
  16. Mereka mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami dengannya,mereka mempunyai mata tetapi,tidak melihat dengannya,mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar dengannya.Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat(surah Al-Hajj ayat 46:)

    ReplyDelete
  17. Mereka mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami dengannya,mereka mempunyai mata tetapi,tidak melihat dengannya,mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar dengannya.Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat(surah Al-Hajj ayat 46:)

    ReplyDelete
  18. Mereka mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami dengannya,mereka mempunyai mata tetapi,tidak melihat dengannya,mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar dengannya.Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat(surah Al-Hajj ayat 46:)

    ReplyDelete
  19. Mereka mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami dengannya,mereka mempunyai mata tetapi,tidak melihat dengannya,mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar dengannya.Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat(surah Al-Hajj ayat 46:)

    ReplyDelete
  20. Mereka mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami dengannya,mereka mempunyai mata tetapi,tidak melihat dengannya,mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mendengar dengannya.Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat(surah Al-Hajj ayat 46:)

    ReplyDelete
  21. ....Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat.....MARI KITA RENUNGKAN

    ReplyDelete
  22. Good evening

    Can I link to this post please?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive