Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, September 21, 2010

Memilih untuk TIDAK MEMILIH

Pak Sedaro analisa hampir 85% para komentar yang menghambur bicara fikrah, mempunyai tahap penilaian kendiri dan mandiri yang belum menanda bahawa Negara ini mempunyai rakyat MATANG POLITIK, DEWASA FIKRAH, MERDEKA ILMU DAN SWADAYA PERIBADI.

1. Kalangan mereka memilih untuk TIDAK MEMILIH jalan/ranting/dahan/lorong/highway/superhighway yang jelas dalam BERNEGARA dan membina NEGARA BANGSA.

2. Kalangan mereka begitu miskin dalam membalas hujah bila mana wacana yang dibentang membahas isu-isu ekonomi negara, pendapatan rakyat, budaya ilmu tinggi, budaya memilih kerukunan bangsa Malaysia dan kandungan-kandungan yang memberi kedewasaan @ kematangan kepada Perlembagaan Persekutuan.

3. Kalangan mereka memilih untuk TIDAK MEMILIH sebagai penganalisa survival ummah yang kritikal dan kritis. Masih membicara perihal beza ulama', umara', hudud, baik GILA PAS, busuk GILA UMNO, bangang GILA BN, cerdik GILA PR! Masih daif dalam tugasan adaptasi ilmu kembara rakyat? Tidak cukup empathy dalam sistem Demokrasi Berperlembagaan dengan kependudukan warganegara daripada 115 suku kaum/keturunan/kabilah/bangsa asal yang sedang menghirup oksigen secara gratis daripada Pencipta Yang Satu [Al-KHaliq].

4. Kalangan mereka memilih untuk TIDAK MEMILIH sebagai aset negara yang sihat dan berkesan. Masih terlalu asyik dibuai "angin malam" dan bayu darat yang didodoi oleh Anwar Al-Juburi, Nike Azicko, Kerpal Chairs, Lim Kid Sesiang, serta sekutu dan koloni mereka. Ada juga yang sibuk melayan kebenggongan daripada kawanan BN yang sama ramai bilangan "Superman" mereka. Ini semua merupakan rencah dan doh yang mampu menterbalik "kapal Najib Razak dan Muhyiddin Yassin". Apalagi bilo isteri-isteri kalangan mereka memilih untuk TIDAK MEMILIH kepada yang sopan dan ayu.

5. Rosmah Mansor seperti sudah hilang nur. Nak nyambut syawal, Majlis Hari Rayo, pakailah jilbab atau hijab atau tudung, kak yong. Apolah kau telanjang bulat. Malulah pado anak-menantu dan Mertua kau. Tun Hajah Rahah tu, sodih tengok gelagat anak menantu yang masih kulup dan dengkek ilmu Negarawan. Kito nak bino PERMATA bukan memilih untuk TIDAK MEMILIH permata.

6. Penyakit Memilih untuk TIDAK MEMILIH makin meluar di kalangan warganegara berusia 21 tahun hingga 27 tahun. Mereka bosan dengan sikap "bilo susah" cari, "bilo sonang" tinggal sopi oleh 85% para politikus khasnya Ahli Dewan Undang Negeri dan Ahli Parlimen, baik BN mahu pun bukan BN. PRU-13 merupakan lantai pemilihan untuk pilihanraya orang MATI kerana akan bangkit roh-roh kemarahan daripada segenap penjuru alam Melayu ini untuk kesekalian masanya.

No comments:

Post a Comment

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive