Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, September 26, 2010

ISLAMOPHOBIA

Jargon tergeliat lihat belacan Pak Sedaro, barang pasti 65% rakyat Raja di desa dan pendalaman akan tercangak dan lebih dungu, mentafsir terminologi Islamophobia. Apakah agenda Najib sebagai Pak Sanggup untuk bantu Amerika? Apakah kemasukan pelabur sebagai John Hopkins Medical School sebanyak USD2b ke Malaysia sebagai langkah pertama?

Apakah akan wujud lebih banyak Kerusi Sarjana Islam dilahirkan di universiti tersohor dan agung di USA? Apakah Najib sedang menggerak Agenda Tersirat almarhum bapanya Tun Razak dan almarhum Tunku Abdul Rahman, kerana inisiatif OIC bermula oleh insan Melayu namanya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Siapakah gerabak intelektual Melayu yang akan menjadi Lembaga atau Jemaah Da'i dari Malaysia untuk bantu kemelut dan polemik Islamophobia ini? Apakah insan seperti Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Prof. Dr. Harrussani Zakaria, Prof. Dr. Nik Aziz Nik Mat, Prof. Dr. Harun Din, semua bekas Mufti Kerajaan Negeri yang masih hidup dan cergas, semua bekas Presiden Persatuan Ulama' Malaysia, semua bekas Prof. Naib Canselor Universiti di Malaysia...

Najib boleh bertindak dengan bijaksana, jika hari ini, dia dengar dengan ketajaman pancaindera...UMNO punya kekuatan, PAS punya kekuatan...Yang perlu dibaja ialah membetul minda korupsi dakyah Yahudi, Nasrani dan Majusi di Amerika tentang Islam dan penganut Islam di Amerika...

Najib perlu bayar pembina blog untuk bantu proses dakwah sebenar Islam di USA! Najib perlu bayar pembina blog untuk bantu proses da'i Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia! Najib kena perhalusi semula tugasan saudara Foad Jelani, Setiausaha Sulit Kanannya, Najib perlu seragam tugasan saudara Elies Nor, kobarnya tauke Putrade kini "phantom Political Secreatary Najib sejak dulu", Najib perlu kemaskini tugas Soffian Awang, Ketua Pemuda Kuantan yang diangkat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Najib perlu perhatikan hasil kerja Khairil Anuar, Pegawai Khas yang jaga research PM...apo gelaran Prof. Dato' Dr. Khairil Anuar...ontah berapa banyak buku ditulis dapat professorship? PhD pun dengan AeU sonang bonar...?50% Profesor di AeU berpangkalan di Bangunan Takaful, Jalan Sultan Salahuddin sebelah Public Bank itu merupakan profesor yang kecewa sobab di pencilkan di univeristi terdahulu, ramai pasukan perintis dari Sintok...Universiti Untuk Melayu.

Najib kena perhatikan semua ini. Penasihat agama dio mesti bijaksana. Pak Sedaro melihat, Muhyiddin Yassin tak monang tangan, bilo Najib "away". Muhyiddin Yassin tidak boleh memulun bosNYA. Rosmah akan beri elemen negatif kepada Islamophobia..., Najib tak boleh tak bikin perisai kerana hakikat siapa asal-usul dan keperibadian RM, 1 Dunia tahu...khasnya wanita-wanita pertama. Posan pado Rosmah, dio ialah isteri Perdana Menteri [Wanita Kedua Negara]...Bukan Permaisuri Agong, dio ini. Makna Wanita Pertama Malaysia ialah DYMM Raja Permaisuri Agong. Jadi ingatkan, RM karang ketulahan.

Pak Sedaro posan bahawo Perkara 32 amat jelas dalam perincian siapa Wanita Pertama bagi Negara Malaysia.

Ingatlah, bahawo DYMM Yang Di Pertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong ialah Ketua Utama Negara. Memberi penjelasan Islamophobia boleh juga melalui fakulti istana semua kesultanan Melayu. Alangkah molek dan sopan, jika semua istana dipelawa melawat ke beberapa negara dunia untuk berkongsi makna Islamopobia. Khasnya ke seluruh Eropah, Amerika dan sebagainya.

Hari ini, Sultan Mohamad Ke-V berusia 41 tahun. Paling muda dalam kalangan Sultan dan Raja Melayu di antara 9 buah negeri beraja. Beliau punya ilmu yang dalam isme politik. Istana Seri Menanti mempunyai Tengku Besar Seri Menanti yang bijaksana. Istana Besar Johor punyai Tengku Mahkota yang bistari. Istana Arau mempunyai darah pewaris Nabi dan berhati mulia.

Pak Sedaro suko berposan bahawa Hajat anak Melayu di bumi Melayu ini masih banyak belum beres.

1 comment:

  1. Najib tak perlu bimbang pasal Islamophobia.....tapi perlu menangani isu Rosmahphobia.

    ReplyDelete

Blog Archive