Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, December 9, 2010

Nasib 2011

3 Januari 2011, maka ramailah rakyat mengeluh kerana terpaksa berbelanja untuk tujuan persekolahan anak-anak, pengajian anak-anak di Universiti, perbelanjaan bulanan logistik dan makan minum para pekerja di Putrajaya, di bandar-bandar besar dan kecil, petani mengurus belanja di desa dan perkampungan nelayan serta kampung orang asli.

Apakah cukup dengan RM1000 gaji asas seorang pekerja bujang? Apakah cukup RM1000 gaji asas seorang pekerja untuk menanggung seorang isteri? Apakah cukup RM1000 gaji asas seorang pekerja menampung isteri dan seorang anak? Apakah cukup RM1000 gaji asas seorang pekerja menanggung isteri dan 2 orang anak atau lebih?

Gaji RM1000, dibelanja sebulan untuk bayar tiket bas RM 4 x 24 hari kerja = RM96 [100.00]

Belanja makan minum RM5 [sehari sekali] x 30 = RM150.00

Belanja sewa rumah RM400 [ruang bilik] sebulan = RM400.00

Belanja bayar bil telefon, air dan elektrik sebulan = RM200.00

Simpanan khusus sebulan = RM100

Simpanan tabung haji/asb= RM50

Insan seperti ini umpama tiada kehidupan selain terpaksa mencari wang tambahan sebelah malam, atau merompak, menyamun, menipu dan sebagainya. Insan ini tiada belanja beli suratkhabar, atau internet atau sambung belajar kelas malam, kelas ikuti fardhu ain serta kifayah di masjid kerana pergerakan kena naik bas. Dia masih bujang dan tiada tanggungan. Bila masanya dia nak kahwin atau dibawa lari untuk berkahwin?

Seorang berpangkat prebet Dabus dalam ATM hari ini memperoleh gaji bulanan tidak kurang RM1500.00, manakala berpangkat Sarjan sudah RM3,450.00. Apakah seorang berpangkat Konstable cabuk dalam PDRM juga beroleh gaji bulanan yang sama dengan Prebet Dabus?

Seorang yang kerja di kilang sedang diperah keringat oleh "tauke-tauke" yang tahu dia sahaja KAYA dan MEWAH, tetapi kuli masih peroleh ganjaran bulanan yang sama?

Omar Osman, Presiden CUEPACS sedang mencari lubang untuk minta hadiah "Christmas Spending" daripada Menteri Kewangan. Kalau dia berjaya dapat RM1000 tunai untuk setiap anggota pentadbiran awam hingga gred di bawah 41, maka satu kejayaan lagi untuk mereka. Tapi apakah berbaloi nilai RM1000 ini?

Nasib 2011 sedang ditunggu sebagai penantian terseksa oleh ramai rakyat. RON95 kini RM1.90 seliter. Menjelang Sambutan Tahun Baru Cina, akan banyak lagi harga barang makanan dan produk asasi di pasaran Malaysia akan meningkat. Apakah strategi Najib? Dia lupakah pesanan Che Det untuk guna RM50 billion yang ada sebagai "stimulus ekonomi Negara"? Dia lupakah bahawa tanpa aliran tunai dan kecepatan pusingan tunai di pasaran ekonomi Malaysia, maka kedudukan sektor peruncitan dan pemborongan akan kuncup dan tegang?

Kerajaan Malaysia kena fikir sejumlah wang yang sedang terkorban kerana spekulasi dan lambatnya BNM buat keputusan pelaburan oleh pelabur dan pendana asing untuk masuk ke Malaysia. Gabenor BNM Tokoh Maal Hijrah, apakah hijrah BNM untuk pecutan ekonomi dan kedudukan kewangan pelabur Negara ini?

2 comments:

  1. Dia mungkin tidak lupa tapi mahu menaikkan imej diri dengan menyusahkan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Tarif elektrik naik lagi PRU13 ajor cukup2.

    ReplyDelete

Blog Archive