Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, January 31, 2011

Takziah Mangsa Banjir & Peringatan Kepada YB

Salam sidang pembaca.

Sehingga artikel ini ditulis, entah berapa ribu mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat penempatan mangsa banjir di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Hanya kesabaran dan tawakal yang ada dalam diri kita, selain doa harapan kepada Allah agar banjir cepat surut.

Harapan kita di Paneh Miang dan semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan agar Kerajaan Malaysia, terutamanya di peringkat negeri, tidak kira Negeri Sembilan, mahupun negeri-negeri lain yang dilanda banjir, agar segala bantuan sentiasa dihulurkan kepada mangsa banjir TANPA MENGIRA RAS POLITIK.

Kita tidak mahu ada makhluk laknat yang hanya membantu berdasarkan kepentingan politik sepertimana yang berlaku di Kedah, berulang lagi.

Kita tidak mahu ada makhluk-makhluk laknat yang bersikap malaun yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi juara politik tanpa mengambil kira sentimen kemanusian yang lebih utama.

Kita tidak mahu Raja-Raja Melayu menegur sikap double standard seperti yang diamalkan oleh makhluk-makhluk laknat yang hanya membantu ahli-ahli politik mereka sahaja sepertimana yang pernah terjadi di Kedah sebelum ini.

YB ADUN di kawasan yang dilanda musibah banjir perlu berkorban dan berusaha sedaya mungkin bagi menghulurkan bantuan tanpa perlu menjadi juara politik.

Selamat berjuang semua YB Parlimen di kawasan masing-masing yang dilanda banjir.

Selamat berjuang semua agensi keselamatan kerajaan mahupun swasta bagi membantu mangsa banjir.

Didoakan selamat dan sejahtera kepada semua mangsa banjir.

Semoga rahmat Allah bersama kita & bukannya bersama orang-orang yang meliwat.

Salam perjuangan.

1 comment:

Blog Archive