Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, July 27, 2011

UMNO & Misi "Melayu Town"

Subjek Jenama Melayu dalam fikiran manusia di dunia merupakan wawasan Onn Jaafar yang disusun secara fizikal oleh Tun Dr. Mahathir, dan hari ini diteruskan oleh Najib Tun Razak, yang dinamakan sebagai YAB Dato' Sri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Seorang sahabat melokit, lain omak lain apak dengan Pak Sedaro, pernah membahaskan subjek Melayu Town dengan hipotesis bahawa Jepun menjelajah dan menawan dunia melalui Program Perang Ekonomi Jepun secara cari-inovasi-kreatif-cipta-teroka-tawan; manakala hipotesis China menjelajah dan menawan dunia melalui Program Perang Psikologi Min Thong Yuen Chong "Komunis" secara cari-tukar-murah-teroka-tawan-tuntut.

Nah, andai pembaca merujuk kepada penulisan ilmiah tulisan Kenichi Ohmae serta pemikiran keusahawanan yang direkayasa oleh Donald Trump, Charles Branson, dan lewat sebelum peralihan kuasa Ketua Eksekutif Malaysia oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahahir Mohamad, beliau telah mengilhamkan beberapa program luar biasa antaranya:

1. KLIA

2. Perang Besar kepada Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya

3. Scenic Bridge antara Johor ke Singapura (akhirnya dikuburkan oleh Pak Lah-keputusan yang perlu dikaji semula oleh Najib Tun Razak)

4. Nusajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim

5. Program Mega Pengindahan Sungai Kelang dan Sungai Gombak (hari ini dinamakan sebagai River of Life - zaman Najib)

6. Program Monorel, ERL dan LRT (hari ini disambung oleh Najib dengan My Rapid Transit dan Speed Train KL-Singapura)

7. Program laluan monorel di Putrajaya yang masih belum dapat dijayakan (trek siap siaga)

8. Program Pembesaran Kuala Lumpur atau Lembah Klang (hari ini dinamakan sebagai Greater Kuala Lumpur/Klang Valley)

9. Program Mega Cities to the South (mula digerakkan dengan pembinaan KLIA+F1 Sepang, Cyberjaya) dimajukan Felda Sendayan dan Felda LBJ oleh Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

Semua yang dipaparkan kepada rakyat Malaysia ialah perihal perjalanan Program Transformasi Ekonomi. Hajat Kerajaan Persekutuan Malaysia pimpinan Barisan Nasional iaitu UMNO ialah membina, menjana dan mewujudkan Melayu Town.

Belum cukup dengan aspirasi Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional, hari ini untuk memberi kesan kepada negara maka dijana projek bernilai RM200 billion selama 10 tahun operasi. Limpahan kekayaan ekonomi daripadanya ialah RM800 billion selama 50 tahun selepas 2020.

Program Greater KLKV dengan penjanaan MyRT, Speed Train, River of Life, Modern Historical Preserved City dan Metropolis City Kuala Lumpur akan membawa kepada jumlah pertambahan penduduk daripada 6 juta orang (data tahun 2010) kepada 10.5 juta (dijangka 2020), dan pendapatan per kapita dari RM40 ribu kepada RM70 ribu setahun.

Difikirkan juga bahawa Dana Bantuan Baitul Mal kepada peniaga kecil-kecilan Islam akan menokok daripada RM10 ribu semasa kepada RM50 ribu pada tahun 2020. Juga jumlah derma di tabung-tabung masjid pada Solat Jumaat daripada kedudukan semasa secara purata di Kuala Lumpur sebanyak RM3000 kepada RM15 000 setiap hari Jumaat. Ini memberi gambaran bahawa andai wujud Miskin Bandaraya Metropolis Kuala Lumpur pada tahun 2020, maka kadar yang dikategori sebagai miskin ialah satu isirumah di bawah RM3 500 sebulan.

Maknanya, kos upah/gaji/imbuhan bulanan seorang pekerja bukan berijazah di Kuala Lumpur ialah RM3 500 sebulan, manakala kos seorang berijazah dan baru bekerja bulan pertama ialah RM5 000 sebulan.

Melayu Town yang dibina mesti diasaskan dengan iman, amal dan takwa. Mesti wujud sifat kasih sayang dan belas sesama insan yang tinggi. Melayu Town yang wujud ialah Agenda Majlis Perundingan Melayu yang digamatkan dengan penglibatan setiap insan Melayu Islam yang sedar keuntungan Tanahair ini.

Apakah mimpi ini bakal menjadi kenyataan atau bayangan fatamorgana atau retorika politikus borjuis?

Apakah Melayu Town yang dicanang akan sekotor dan sebusuk Wakaf Che Yeh? Melayu Town hanya indah bangunan dan namanya seperti Pekan Rabu? Melayu Town yang dibangunkan oleh UMNO di Shah Alam yang sedang dirosakkan oleh PKR Selangor? Melayu Town yang sedang dipelopor oleh Kerajaan UMNO di Johor yang dengan rakusnya dipenuhi oleh kalangan borjuis dan elitis?

Melayu Town tidak boleh menjawab 'Agenda Rosmah Mansor' yang masih menjadi beban politiking UMNO dan Bangsa Melayu! Cukup-cukuplah menserabutkan panglima-panglima perang UMNO wahai Kak Rosmah ku sayang. Melayu Town perlu kepada insan pejuang seperti Dato Rahmah, Ibu Zain, Aishah Ghani, Tun Dr Hasmah Ali, Tun Hajah Rahah, Rafidah Aziz.

Ingatlah pesanan Allah dalam surah Ar-Rahman yang diulang-ulang sebanyak 32 kali, "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

2 comments:

  1. memang cantik projek berbilion-bilion kalau di implementasikan dan direalisasikan.

    Tapi yang tak boleh tahan ialah RASUAH dan KRONISMA berlaku disetiap projek mega dikendalikan oleh Umno/BN

    harga projek akan di MARK-UP berlipat ganda untuk memperkayakan pak-pak menteri dan KRONI2

    ReplyDelete
  2. sembang jer hebat,susunan Bandaraya kuala lumpurpn berterabur,nak perbetulkan lebih ke arah teraturpn menjadikan kosnya tinggi, kapasiti penduduk meningkat semua sistem keperluan asas kena upgrade dan banyaklah kerja2 korek dan tambus,semuanya projek jdi gila,kosnya semakin mahal belum campur lgi isu rasuah dan kronisme.Macam ler tak ada kawasan lain.Kuala lumpur tu dah membangun memakan kos dah berapa billion agaknya.Nak di tindihkan dgn berbillion2 ringgit lagi.Gila2

    ReplyDelete

Blog Archive