Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, July 9, 2009

Singapura Ketawakan Kita

"Ha ha ha," Lee Hsien Loong sedang ketawakan Malaysia?

1. Apabila Muhyiddin mengumumkan subjek Sains & Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan serta bahasa ibunda di sekolah vernakular pada 2012, maka kaedah yang lebih canggih perlu difikirkan agar generasi akan datang lebih mudah menguasai ilmu teknologi dan seterusnya berkemampuan mencipta sistem pertahanan sendiri serta mewujudkan lebih banyak peluang dalam penerokaan galaksi.

2. Setelah membelanjakan beratus juta ringgit untuk melaksanakan dasar ini, kami menjangkakan kerajaan akan membuat keputusan untuk hanya mewajibkan PPSMI di Sekolah Rendah Kebangsaan atau sekurang-kurangnya di Sekolah Berasrama Penuh; kerana dasar ini bukan saja membabitkan soal bahasa, tetapi lebih kepada survival penguasaan ilmu teknologi itu sendiri.

3. Berdasarkan pemerhatian kami, rata-rata pelajar tingkatan 1 hari ini yang merupakan produk PPSMI sejak 2003, dilihat mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan kelihatan lebih matang, selain mampu berkomunikasi dengan baik berbanding pelajar seusia mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam PPSMI.

4. Maka pemansuhan PPSMI ini jelas merupakan satu keputusan terkebelakang yang tidak mampu difikirkan dengan akal yang jernih oleh golongan "pejuang bahasa membabi buta" yang tidak mengetahui bahawa dasar ini bermula pada 1986 serta dikaji secara serius perlaksanaannya sejak 1993 dan ia bukannya dibuat secara tergesa-gesa.

5. Kami juga berpendapat, walaupun kaedah pengajaran Sains dan Matematik hendak dikembalikan sebagaimana asal, maka ia sepatutnya diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

6. Mengapa masih dibezakan kaedah pengajaran dalam Bahasa Melayu atau bahasa ibunda, sedangkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mencatatkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan?

7. Bukankah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa-bahasa yang berlainan dikalangan rakyat akan menyukarkan lagi proses perpaduan di bawah konsep One Malaysia?

8. Tidakkah kerajaan sedar bahawa istilah Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik lebih mudah dicerna serta diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan Tamil berbanding Bahasa Melayu itu sendiri; kerana Bahasa Melayu mempunyai banyak suku kata berbanding bahasa Mandarin serta Tamil?

9. Tidakkah kerajaan tahu bahawa dengan termansuhnya dasar ini, maka para pelajar di SJKC dan SKJT akan lebih mudah menguasai subjek Sains dan Matematik berbanding kebanyakan pelajar Melayu di Sekolah Kebangsaan?

10. Justeru, kami tetap bertegas dengan pendirian bahawa kerajaan perlu TUTUP SJKC & SJKT jika benar-benar berhasrat mewujudkan Bangsa Malaysia.

11. Sistem pendidikan di Singapura menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

12. Walaupun majoriti penduduknya adalah Cina, tetapi mereka lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda sendiri.

13. Di Singapura tidak wujud SJKC atau SJKT dan semua rakyatnya disatukan di bawah satu sistem pendidikan semata.

14. Namun, penguasaan bahasa Inggeris dikalangan orang Melayu Singapura masih dianggap lemah.

15. Rentetan itu, semasa pembentangan bajet 2009 oleh kerajaan Singapura pada tahun lepas, Lee Hsien Loong telah mengumumkan penambahan dana untuk pelajar Melayu di Sekolah Agama Islam Singapura bagi membantu mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.

16. Pelajar Melayu di Sekolah Agama Islam Singapura juga digalakkan untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

17. Singapura telah meniru dasar yang diperkenalkan Malaysia tetapi kita pula kembali ke belakang dengan memansuhkan dasar sendiri.

18. Kami mengandaikan keputusan "flip flop" seumpama ini telahpun berkubur sebaik saja Paklah meletakkan jawatan, tapi rupanya...

19. Pastinya Malaysia kini sedang diketawakan Singapura.

26 comments:

  1. Bro, Patut pun Singapura ketawakan kita. Education for our young in Malaysia has once again been sacrificed on the altars of political expediency.I do not believe for one minute that the cancellation of the PPSMI has got nothing to do with politics. It is inconceivable that just a little over 6 years a study could be made to show that it is a failure. I agree that the PPMSI has weaknesses in its implementation especially the teachers needs further training to speak english fluently, so, the teachers needs to be trained but no need to take the extreme step of cancelling the PPMSI altogether, we are actually moving steps back and ultimately handicapping ourselves when competing for FDIs against our neighbors in the not so distant future.

    I GOOGLED the following words:
    sains, science, matematik bahasa melayu, mathematics and the results are as follows:

    sains 14.1 million results;
    science 1 Billion results;

    matematik bahasa melayu 192,000 results;
    mathematics 134 Million results.

    Just simple GOOGLE will show that it would be more useful and beneficial and VERY important for our children to learn Mathematics and Science in the English Language.

    Even though Muhyiddin say there should not be any appeal, I hope that the Ministry of Education would consider reinstating PPMSI as additional to the now agreed teaching of Science and Mathematics in Bahasa Melayu, Mandarin and Tamil.

    Give Malaysian Parents the choice of what language they want their children to study Mathematics and Science. This country should not be held to ransom by the language extremists whether they are Malay Sasterawans,Gapena or the Chinese and Tamil educationist movement who threathens BN with deprivation of political votes if their demands are not met. Our children cannot earn good living or contribute to the future of this country just by reciting the sastera melayu or mandarin and tamil poems only, we need technorats, professionals versed in English and their mother tongue also to compete in this increasing globalised world.

    When it is about the best education that our children should have for their secured and independent future, I say politics be damned.

    So I hope that the decision to cancel the PPSMI be revisited and the views of the PARENTS who wants PPMSI for their children, and they are also a huge voters bank in the coming GE, are thoroughly considered as the consequence would be bad on the BN as I know that Pakatan will promise to introduce PPMSI as additional to the teaching of science and matematics in Bahasa Melayu, Mandarin and Tamil. Don't believe? watch and see and cry BN leaders.

    ReplyDelete
  2. Singapura memang dah lama ketawakan kita...Dasar UMNO/BN memang tidak konsisten dan memang mementingkan kesan politik dan keuntungan politik..sila lihat sahaja dgn gaya kepimpinan negara walaupun pemimpin No 1 (PM) datangnya dr parti yang sama, namun dia (PM) ini akan membuat dasar2 baru yg lain dr PM lama (sblmnya. dasar2 yg dibuat olh PM lama jika tidak sehati sejiwa dan tidak "untung" dr segi kepentingan politik dia, dia akan ubah ad hoc..begitu juga ragam pemimpin UMNO/BN , jika seseorg menteri baru di kabinet baru, maka dia akan membuat pelbg "pembaharuan" yg pelik2 (ini semua nak nama dan glamour)yg ada diantaranya menyusahkan org ramai..tp bila dah gagal dasar itu, maka rakyat akan disalahkan..salah sendiri tidak diakui...itulah ragam pemimpin2 agung UMNO/BN...

    ReplyDelete
  3. saya sekolah omputeh Masjid Tanah English School pada 1970 darjah 1,tapi aliran melayu(start aliran melayu 1970, kecuali sabah,sarawak dan mereka -mereka yang didlm darjah 2 aliran inggeris)

    Saya kategori serdahana, taklah pandai sangat dan sebaliknya

    Kawan-kawan saya yg tua setahun dua dari saya yg belajar sekolah yg sama tapi dlm aliran ingeris pulak tu taklah pandai sangat, tapi sekarang mereka-meraka ini cukup berjaya dan begitu yakin akan kebolehan mereka

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum Paneh,

    I agree with you.

    ReplyDelete
  5. Habis la..

    Anak saya semua belajar sendirian (tak mampu hantar tiusyen) kat rumah, MATHS/SCIENCE/BI melalui internet..

    Beratus websites yang memberi online secara percuma, video, powerpoint, lessons, worksheets serta exercises! Siap dengan beribu gambar..

    Mampu ker Kementerian adakan ini semua dalam BM? Sekadar EduTV, tak memadai...tak meluas, tak menarik minat anak..

    Selama ini BM secara percuma online, kalau tak kena subscribe, memang takder!

    IbuTunggal

    ReplyDelete
  6. I have always been a BN-supporter (cos' I hate PR more).
    But now they have turned me into a fence-sitter.This is a big blunder on the part of the Govt.If they continue to make this kind of stupid policies, come PRU 13, I wouldn't bother to cast my vote.

    ReplyDelete
  7. salam paneh miang,

    sangat-sangat setuju dengan anda!

    siapa pejuang bahasa???

    kebanyakan sasterawan negara!!!

    bila semua dalam bahasa inggeris ...susah nak cari makan....

    lepas ni akan ada satu lagi kementerian..."kementerian menterjemah bahasa-bahasa asing ke bahasa ibunda"...KMB-BAKBI.

    nak maju dan berjaya ke tidak???
    nak maju dan berjaya....
    kena ikut orang yang dah berjaya la...

    wassalam.

    ReplyDelete
  8. Salam tuan,
    Perkasakan sekolah kebangsaan. Wujudkan cuma satu aliran persekolahan di negara ini. Singapura pun tak ada 2-3 aliran macam kat sini..

    ReplyDelete
  9. Salam Bro

    Nak kata apa bila pemimpin politik kita tahu semua dan sombong bodoh..yang susah kitalah rakyat biasa.Demi masa depan anak2 kita kerajaan sepatutnya memberi pilihan kepada ibubapa untuk menentukan aliran persekolahan untuk anak2 sendiri...Tugas kerajaan yang sebaiknya menyediakan semula sekolah beraliran Inggeris untuk anak2 Melayu. Apa rasionalnya melayan ugutan dari pejuang bahasa sedangkan yang akan mundur adalah anak bangsa Melayu sendiri.Saya bersekolah dalam aliran Inggeris dan merupakan batch terakhir untuk peperiksaan MCE 1979.Walaupun belajar dalam aliran Inggeris Dapat juga gred A dalam Sastera Melayu.Untuk adil kerajaan kena adakan cuma satu aliran sekolah aje untuk menggantikan PPSMI kata orang Berat sama di pikul ringan sama dijinjing...Janganlah asyik berpolitik aje...

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum... Elok bonar la keputusan yg d buek tu,lg copek d mansuhkan lg bagus.Kalau mansuhkan dgn segera tahun dopan lg elok.. Kok nak pandai ckp omputih pn blajar dan biasokan2 la cakap bahaso omputih sungguh2 nt pandai la ckp omputih. Lg copek d mansuhkan lg bagus... Bangso2 lain dlm dunia pn bleh maju tp xdo pulak nk heboh2 dgn bahaso omputih ni...malahan ado yg lebih maju drpd omputih. Jgn marah dgn komen DEN ni yo! Wassalam..

    ReplyDelete
  11. Bukan saja Singapura ketawakan kita tetapi juga memandang rendah dan sinis kepada pemimpin-pemimpin kita yang tiada pendirian, tiada ketegasan, dan tiada ciri=ciri kepimpinan yang berkualiti.

    Memang benar kerajaan tidak boleh memuaskan semua pihak, tetapi dalam memansuhkan PPMSI, pihak mana yang lebih untung - Melayu, Cina atau India? Mana yang lebih penting - politik atau masa depan anak cucu kita? Bukankah 1Malaysia = Rakyat Diutamakan? Adakah dengan sentiasa mengubah dasar pendidikan dan membenarkan diri dipengaruhi oleh unsur-unsur politik, rakyat diutamakan?

    Jika ia pun politik dipentingkan, adakah pemansuhan PPMSI akan memberi jaminan 100% bahawa pengundi-pengundi anti-kerajaan dan atas pagar akan kembali mengundi BN? Bagaimana jika pengundi-pengundi pro-PPMSI pula mengalih undi kepada pembangkang atau tidak mengundi langsung? Akhirnya, di mana letaknya rakyat - kita dan anak cucu kita?

    ReplyDelete
  12. Salam Paneh Miang,

    Saya kadangkala sedih memikirkan mereka yg menolak PPSMI ini hanya berbicara soal bahasa. Mereka tidak melihat intipati sebenar penguasaan ilmu sains dan math itu sendiri melalui PPSMI. Kalau setakat nak belajar bahasa Inggeris, buat apa kerajaan susah payah menumpukan kpd sains dan math.

    Ramai org lupa sebelum wujudnya tamadun Eropah, Rom, Greek, British etc mereka terpaksa belajar bahasa Arab drpd kerajaan Islam Andalusia demi utk menimba ilmu pengetahuan terutamanya sains dan teknologi. Apabila mereka sudah pandai, barulah mereka buat teknologi sendiri menggunakan bahasa sendiri.

    Ramai org lupa, sebelum Jepun, German, Cina dan Korea menjadi negara maju, mereka juga menggalakkan rakyat mereka belajar istilah sains dlm bahasa Inggeris utk memudahkan terjemahan sebelum akhirnya mereka berjaya mencipta teknologi sendiri dan akhirnya menulis buku menggunakan bahasa ibunda mereka.

    Mungkin orang Malaysia hari ini sudah mampu membina enjin kereta sendiri, ataupun sudah mampu membina senjata sendiri, ataupun sudah mampu mencipta setelit sendiri. Sebab tu mereka tdk memerlukan generasi mereka untuk mendalami serta memahami ilmu sains yg kebanyakannya di tulis dalam bahasa Inggeris oleh Barat.

    Entah bila la org kita ni nak pandai menilai. Mereka lebih mengutamakan perkara ranting daripada akar serta lebih utamakan soal bahasa daripada kefahaman ilmu.

    Letih la nak tunggu rakyat Malaysia mampu meneroka angkasa lepas menggunakan ciptaan sendiri, kalo mcm ni lah sikap kita.

    ReplyDelete
  13. aku tunggu A.Samad Said mampos. Nanti aku nak kencing kat kubur dia. Bodoh punya sasterawan negara. Patut dia appreciate 'bahasa' tak kira inggeris atau malawi atau kenya atau fiji. Itulah sasterawan. Sasterawan bangang je dgn myopic view yang nampak bahasa malaysia bahasa lingu franca satu dunia.
    Patut la dia suka lepak kat chow kit.

    syed mahmod

    ReplyDelete
  14. Dalam komen2 yg dibaca, aku nak buat satu rumusan yg boleh difikir bersama. apa yg anda kata pasal BI memang betul dan penting...

    Namun realitinya adalah, di sekolah budak2 (samada di bandar/di kg) majoritinya tidak dapat menguasai MT/SC dlm BI...ini persoalannya...data emperikal kajian jelas, tepat menunjukkan ketidakcapaian matlmt PPSMI...nak tunggu sampai bila baru nak tercapai??? makin lama makin rugi budak2 sekolah yg majoritinya pertengahan hingga kelas hujung dlm sstu darjah/kelas...masa makin berjalan, namun kefahaman murid/pelajar dlm MT/SC dlm BI semakin merosot, jd siapa yg rugi? budak2 atau siapa? kita nak majukan siapa?? tentulah anak2 bangsa kita sendiri...(jika anda tidak terlibat dlm P/P di sekolah lbh baik jgn memandai komen tak tentu arah!!!!)jika anda bandingkan pencapaian anak anda yg boleh menguasai BI, itu tak adil bg majoriti pelajar miskin dan susah di luar bandar dan pelajar kurang cerdik di mana2 sekolah..pelajar kita terbhg kpd bebarapa bhgn, iaitu yang cerdik, pertengahan dan kurang cerdik ...yang pertengahan dan kurang cerdik inilah yg paling ramai, jadi dgn PPSMI lagi lah teruk result dan pembelajaran mereka, lalu boleh melunturkan minat mereka...anda melihat suku itu sgt bagus tp anda lupa 3/4 itu lah yang teruk dan semakin teruk....jd matlmt pendidikan td tidak akan tercapai dan jika itu terjadi, maka dasar pendidikan nasional kerajaan hanya eklusif utk golongan cerdik dan kaya berkemampuan....adil kah itu???

    sepatutnya anda tengok permslhan murid dlm memahammi PPSMI, kalau tak percaya pergi ke sekolah tengok P/P guru MT/SC, keseluruhannya mengajar dlm BM!!! dan jika anda masih tak puas hati, cuba pergi tanya budak2 sekolah cakap dlm BI, atau budak2 lepasan sekolah (hasil PPSMI) cuba cakap BI dgn mereka..adakah mereka fasih??? jika anda tidak terlibat dgn P/P di sekolah, lbh baik anda jgn melatah!! please!!! guru lbh tahu dan arif, kerana guru amat syngkan anak muridnya, dan ingin melihat anak muridnya menguasai pembelajaran mereka...dan tahu mana baik/buruk utk anak didik mereka....

    sebenarnya ada juga pihak yang menentang pemansuhan PPSMI hanya kerana memandang keuntungan ekonomi sj..kerana slepas ini tiada lg pemebekal dan kontrak alat2 PPSMI...mereka tgh pening lalay skrg...mgkn mereka lah org/golongan yg kuat menentang pemansuhan pPSMI kerana tiada lg tender pembekal alat PPSMI...mungkin..

    ReplyDelete
  15. Salam PM,

    Eden nampak bondo ni cumo mainan politik ajo... Kerajaan cubo nak tengok sejauh mano rakyat yang menyokong PPSMI ni pulak.. pasal yang berdemo aritu anti PPSMI.. itu pasal la kerajaan bagi tempoh 3tahun, tahun 2012 baru start... 3 tahun tu macam2 buleh berlaku... padahal tahun dopan dah buleh start dah.. cumo gunokan balik silibus buku teks dalam bahasa melayu pada tahun 90-an...

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  16. saya cabar ano yang diatas ni untuk tunjukkan secara terperinci data kajian empirikal tu,,,sekali dengan segala soalan2 kajian...nak tengok sikit validity soalan2 tu...

    kalau setakat cakap ada data kajian empirikal...paneh pun boleh cakap kot!

    shame on you! so sekarang ni nak blame kontraktor plak kerana menentang pnghapusan PPSMI? Pikir pakai kepala lutut ke apa?

    dah tak ada cara lain nak defend keputusan yang dibuat ke apa?

    pooooorah!

    ReplyDelete
  17. KETAWAKANLAH DIRI SENDIRI
    Kah..kah..kah..
    Melayu memang bebal dan bodoh.
    Ada ke patut bahasa Inggeris tak mahu belajar..tak mau jadi bangsa maju ke?
    kah...kah..kah..kah..
    cuba tengok pilem tamil...tak kisah campur aduk bahasa tamil dan english...kah..kah..
    adakah mereka nampak bodoh? tidak..mereka lebih bijak dari melayu...kah...kah..kah.. Lihatlah penutur Tamil di Malaysia ini...mereka lebih suka bercakap english dan mereka hebat! kah...kah..kah..kah..Melayu memang bodoh tolak bahasa inggeris dalam sains dan matematik.
    Melayu nak jadi bodoh macam orang Perancis danJepun juga...Melayu tak mahu jadi orang Tamil yang bangga cakap english..Melayu bodoh..kah..kah..kah..

    kahhh..kah..kah..Melayu bodoh

    ReplyDelete
  18. aku pun tak tau nak ckp apa dah. Anak aku yg darjah dua skrg nih Math and Science dia hancus..dia selalu gak ngelak nak gi sekolah bila ada dua-dua subject nih..nak aku kata cikgu dia garang, tak jugak. So, anak aku ni boleh la di kategorikan sebagai pertengahan pasal bila exam selain dari dua subject tadi dia lulus dgn cemerlang. Aku cuba laa antar tuisyen yang bayar beratus sebulan tapi pencapaian dia tetap sama dan aku tak tau saper nak di salahkan. Mungkin aku kot yg patut di salahkan psl aku tak pernah berinteraksi dlm bahasa inggeris dgn anak aku nih. Tak jugak... dedulu mak bapak aku pun tak ckp omputih ngan aku...ckp minang je, tapi aku nih boleh laaa ckp omputih dan dedulu ramai awek mek saleh masa blaja kat Peterborough College, UK... ntah laaa...

    SAPA PATUT DI SALAHKAN....????

    ReplyDelete
  19. Pejuang Bahasa, kerja dia sendiri pun tak buat! Kalau ye memperjuangkan bahasa, cuba tengok, renungkan papan2 iklan juga nama2 kedai dll, semuanya bukan dalam bahasa kebangsaan! Sepatutnya itu yang diperjuang! Cuba tengok bagaimana bahasa ibunda diperlekeh, susunatur ayat yang tunggang langgang, perkataan2 yang dialihtukar 'contoh kereta jadi keter', 'belum jadu lum' dll...

    Ujang

    ReplyDelete
  20. aku rasa gedung akal ni ketawakan keturunan dia tak mampu jadi generasi pencipta kot. sbb tu mereng asik ketawa sbb terlalu byk telan sastera melayu. yelah, keta yg dia pandu pun enjinnya bukan ciptaan rakyat malaysia. nak cipta mcmana, blaja prog automatif dan engineering pun pakai buku prosa klasik.

    mungkin ayat2 puitis dalam bahasa melayu yg dia perjuangkan mampu menyelamatkan umat islam yg sering ditindas negara maju. orang hantar bom atom, kita plak balas dgn syair utk bagi musuh leka. keh keh keh. kesian.

    maju bangsa maka majulah agama dan akhirnya majulah bahasa.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  21. org tamil kek india nun guna english mmg maju pun. sbb tu dio mampu cipto senjato nuklear dan satelit. roket naik ke angkasa pun depa cipta. org tamil malaysia lg hebat. ikut nisbah penduduk 1.9juta org, 19% jd peguam dan 18% jd doktor. lobih 37% jadi tenaga profesional, tak cmpur laie dongan arkitek, engineering tu sumo. sobab eh mereka tumpu utk kuasai bi dan ilmu profesional suma ditulis dlm bi. pencapaian yg lbh tinggi drpd melayu berdasarkan nisbah. skrg ekons pon si tamil ni nak potong melayu. elok la sesapo yg buek tamil ni jd rujukan td golakkan diri sendiri drpdo golakkan org lain.

    ReplyDelete
  22. Blog pencacai Singapura! Laknat atas mu!

    ReplyDelete
  23. Sudah la woiii!!! kan kerajaan dah buat keputusan mansuhkan PPSMI...ikut saja la...jgn nak bantah2...ko sapo nak bantah2...jgn dibantah apo yg dibuek kerajaan, kang mcm pembangkang pulak kang!!!! namun aku tetap bersyukur krn PPSMI dimansuhkan...selamat anak den!!! walau pun anak den OK dan menguasai MT/SC namun aku rasa dia lbh OK lg jika kedua2 subjek itu diajar dlm BM...aku rasa org lain pun setuju dgn den...den lebih tahu pasal sekolah!!!!tq

    ReplyDelete
  24. Sayangkan Bahasa,Bangsa Tergadai.Ya memang betul Bahasa Jiwa Bangsa tetapi jika usaha terjemahan kurang dan lambat,jiwa ilmiah anak-anak kita akan kosong.

    ReplyDelete
  25. Betul ke?

    Kegagalan PPSMI bukan disebabkan oleh kesilapan dasar juga bukan kebodohan pelajar tapi krn tiada kesungguhan dan keihklasan pendidiknya? krn pendidik yg mengajar PPSMI terbeban dgn P/P nya. sehingga lupa mengikhlaskan diri mendidik anak bangsa (ops bukan semua tapi kebanyakkannya). makanya jika sikap ini berterusan ajarlah anak itu dlm bhs apapun ia tetap tidak mencapai tahap yg diharapkan.

    sepatutnya perlu dikaji juga dimana punca kegagalan PPSMI ni adakah krn bhn2 pembelajaran dan pengajaran atau guru2nya atau murid2nya. jika diteliti teori PPSMI dan objektifnya mmg sgt hebat. dimana silapnya? adakah benar guru2 (tidak semua tp sebilangan besar) mensabotaj akan dasar PPSMI ini? entahlah....

    ReplyDelete
  26. menuntut ilmu kan sampai ke akhir hayat. korang x malu ke kalo bangsa lain pandang rendah pada bangsa kita kalo x pandai cakap BI? Syarikat2 yang melabur di negara kita ini kebanyakannya syarikat asing dan menggunakan BI sebagai bahasa penghantar. Macam mana melayu nak maju. orang jepun kat m'sia pun cakap BI untuk berkomunikasi.sebab tulah bukan bumiputera mudah dapat kerja kerana dapat menguasai BI dan bahasa lain seperti Mandarin. Jangan pulak nak salah bangsa lain. kalo bangsa kita nak maju kenalah buat perubahan pandang ke hadapan. Ini tidak asyik bercakap pasal kesalahan orang. sepatutnya beri idea untuk memajukan bangsa. Kalo kita orang jepun x pela.. semua barang mereka buat sendiri. Negara kita ni masih lagi bergantung pada syarikat asing... kalo syarikat asing xde... macam mane orang melayu kita nak bekerja..kalo setakat duduk kat kedai kopi buang masa baik ajar anak kat umah belajar dan jangan plak nak mengharapkan cikgu je..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive