Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, July 27, 2012

GTP 2.0

Program Transformasi Kerajaan 2.0 dilancarkan kepada umum pada 24 Julai 2012 di KLCC. Melihat kepada pengunjung, rata-ratanya ialah pegawai-pegawai awam dan GLC sahaja. Yang ditaja dan dijaja ialah cerita-cerita baik berkenaan kejayaan atas kertas, padahal rakyat jelata tidak pun merasa sebarang kesan perubahan drastik.

Peniaga pisang goreng, penjaja kuih-muih, peniaga nasi lemak, warung kecil milik Pak Ali, Ah Chong, Kutty dan Lingam semuanya kelihatan susah payah mencari nafkah melalui jualan runcit mereka. Yang kaya raya dan terkesan daripada GTP seperti Chan Ah Chai (tauke TALAM Berhad) yang kini hampir bungkus. Dulu Talam cuba risik Konglomerat dari Shanghai iaitu Shi Mao, tapi nasib baik pasukan perisikan business dan due diligent cerdik, dapat maklumat bagaimana organisasi TALAM Berhad diuruskan, maka batallah perundingan itu.

Hari ini, program GTP 2.0 masih menjadi keluhan rakyat terbanyak. Kelompok makin mewah di KL, JB dan Penang kelihatan memandu Hummer, Bentley, Porsche, Rolls-Royce, Mustang. Kelihatan harga rumah kediaman baru buka ialah RM300 ribu ke atas bersaiz 16'x70' di lokasi seperti Serendah, Pajam, Tanjung Malim, Bentong. Harga barangan dapur tak akan jatuh, bila mana sekilo kembung RM12.50, harga ayam sekilo di pasar RM7.50, manakala di gedung besar seperti Tesco, Giant sekitar RM 4.50. Inilah yang dikatakan double standard konon bantu peruncit kecil dalam industri.

Dulu, Pak Sedaro dah bahas panjang lebar perihal CARTEL/GOD FATHER pengawal dan pengeluar makanan. Nampaknya, isu harga barang keperluan makanan boleh dikategori gagal dibahaskan dengan BIJAKSANA di Parlimen, baik oleh BN mahu pun pasukan Pas, DAP, PkR (kumpulan GILA MEROYAN Putrajaya).

Pegawai bertugas di Parlimen, mungkin daripada kalangan pegawai gred 41, 44 dan 48 yang hanya pandai bergaya dan berlagak pandai, padahal TONG KOSONG.

3 comments:

  1. sodih..hargo umah sumo da rm300k ke ateh y ado dibuek kek pajam skang ney..realiti..

    ReplyDelete
  2. Uikk..dah tukor font..cun..hehehe

    Betuk ke harga rumah di Pajam dah sampai tahap tu..berapa kerat la yang Melayu mampu beli..

    Aku nak cakap GTP xberapa faham sangat..cuma memang kebanyakan plan yg dijalankan oleh kerajaan (xsemua) lebih menjurus kepada syarikat besar, dan bukan usahawan kecil..

    Bila ekonomi mula merudum, kerajaan umum macam2 plan..ada je duit berbillion2 untuk wat macam2 plan..pada aku lebih baik duit itu guna untuk tampung mana2 yang lebih penting..xkan penasihat ekonomi PM xboleh nak fikirkan..

    ReplyDelete
  3. Para Pegawai Kerajaan khususnya Penjawat Setiausaha Bahagian Gred JUSA C di semua Kementerian Persekutuan, BERSATULAH. Fahamilah Agenda Tersirat 153 semasa saudara-saudari berfikir dan bercadang untuk berfikir atau melaksana perintah-perintah Kerajaan. Penjawat Awam JUSA B dan JUSA A serta Pegawai Turus Kanan Tertinggi Kerajaan Persekutuan merujuk kepada KSN dan KSU, saudara-saudari merupakan benteng kefahaman tertinggi 153. Andai hari ini, sebuah isirumah Melayu memiliki aliran tunai RM7,500 dalam sebilang masa, maka, tiada masalah dalam apa-apa juga Program Pelaksanaan GTP, ETP, PPP Kerajaan. Kalian mesti ingat bahawa Jurang Ilmu dan Ekonomi semakin besar. Skala penggajian Awam dan Swasta begitu jauh, apalagi bila dibandingkan seorang CEO/MD Swasta/GLC/MNC/PLC dengan seorang Pegawai Awam JUSA A. Atau pun Gred 41 dengan Junior Executive. Bezanya RM3000 pekerja swasta tidak sama dengan pekerja awam (misalnya Sarjan ATM)

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive