Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, July 20, 2012

LAWAK BODOH TAHAP GABAN

Debat antara Ustad Fathul Bari (Ulama Muda) vs Ustad Nasarudin (KPPAS), dengan penuh bangga Nasarudin bokato, "Pas boleh menjana ekonomi dengan bercontohkan kerajaan Pas Kedah yang menghasilkan lebih RM500 juta sejak tahun 2009 daripada hasil pembalakan." 

Goli ati den. Cumo satu jo komen Atuk, itu bukan menjano doh lobai oii! Itu namo eh menjahanamkan khazanah alam. 

Wahai Ketua Pemudo Pas...lobih baik ekau berontilah jadi pemimpin. Masuk balik ko sekolah dan belajar tinggi-tinggi dulu. Kok dikaji semulo fakta debat ekau...layak eh kek kodai kopi jolah.  

Kepada Ustad Fathul, tahniah diucapkan. Suatu pandangan anak mudo yang begitu matang dan berwawasan.

10 comments:

  1. Den sompek nengok debat tu. Apo yang dapek den faham..

    1. UFB memang handal dan ado kebulihan sebagai ulamak mudo dan maso dopan. Tapi ado kolomahan.

    2. Maso mulo-mulo bahas dio memang handal. Tapi, makin lamo makin terkeluar dari tajuk.

    3. UFB selalu tak menjawab soalan dibagi dek pengerusi tu.

    4. UFB selalu bagi arahan apo yang patut dipilih dek oghang mudo. UNT buek ramalan sapo yang akan dipilih dek oghang mudo. Jadi den nampak, cagho UFB tu, buleh menjarakkan oghang mudo.

    5. UFB nampak na lobih sosuai jadi sorang pendakwah umum, bukan pejuang parti politik.

    Wallahuaklam..

    ReplyDelete
  2. Masa Umno memerintah, kerajaan tidak dapat hasil sebanyak itu dengan keluasan yang sama. Banyak dipulun olih.......Kena faham sikit fakta nie wahai paneh miang....jangan bangang tak dapek diajar....Kalau masaalah alam sekitar, pentadbiran Jabatan Hutan seluruh Malaysia ditadbir olih Kerajaan persekutuan. Hanya pemberian hutan itu, negeri yang punya kuasa. Olih itu salahkan pentadbiran Jabatan Hutan....

    ReplyDelete
  3. kerajaan sekarang tebang balak dekat kawasan yang samo dengan ketajaan dulu ko...

    ReplyDelete
  4. bebudak pakatan haram nie memang bebal tak boleh diajar. Ostat Jejan hanya nampak balak ja utk tambah pendapatan. Kalo setakat tahu tarah balak den pun buleh jadi MB.

    ReplyDelete
  5. Baharuddin!! Nang ponting e.. Mano ajo kerajaan nogori nang diperintah BN, hasil balak rondah, tapi kawasan balak d tobang lebar. Bawah pakatan, kawasan e kocik, tapi hasilnyo monimbun. Apo sobob e tu? Sonang ajo jawab e.. RASUAH!! Takkan tak paham2?

    ReplyDelete
  6. yolah, buek dinar emas takde rasuah, bukak ladang rakyat takde rasuah, menantu poknik kayo rayo takdo rasuah. semuenya bebaik belaka

    ReplyDelete
  7. Memang hujah terbaik bagi otang yang berakal. Bagi yang tidak berakal memanglah tindakan PAS itu amat baik bagi mereka. Mereka hanya nampak keuntungan segera sahaja. Tidak terfikir bagi mereka impak penebangan balak dikawasan tadahan air yang dipulihara. Sama seperti menjual tanah rizab Melayu kepada pemaju luar, perniagaan pusat hiburan berunsur arak dan kesan kepada generasi muda Islam serta perobohan Madarsah Salihiah untuk pembangunan komersial. Semua kerana keuntunngan segera.

    ReplyDelete
  8. Anak Rembau Di RantauJuly 26, 2012 at 7:32 AM

    Setiap kali menjelang pilihan raya umum, UMNO akan kata orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam. Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa.

    Walhal Umno sudahpun diamanahkan menjaga kepentingan orang Melayu sejak 54 tahun silam. Oleh kerana telah terlalu lama berkuasa dan terlalu yakin akan terus berkuasa sehingga kiamat, UMNO telah lupa daratan dan menjadi khianat kepada orang Melayu.
    Pengkhianatan UMNO terlalu banyak. Cukuplah disenaraikan 5 yang berikut dahulu:
    1. Bermula sebelum kemerdekaan UMNO menyokong penjajah memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan Melayu termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi.
    2. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan.
    3. Disebabkan takut pengaruh PAS, Semangat 46 dan pembangkang Melayu yang lain, Umno gagal menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu. Kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk terutama di Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis.
    4. RM54 bilion saham telah diperuntukkan kepada orang Melayu. Kini hanya tinggal RM2 bilion sahaja. Mengapa? UMNO gagal mengagihkannya kepada orang yang amanah. Sebaliknya diagihkan dikalangan kroni dan penyokong politik pemimpin yang ada. Disebabkan tiada kepakaran, ia tiris kepada orang lain.
    5. UMNO pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan.

    Oleh itu, tiada jalan pintas yang lain, UMNO perlu perlu diberi peluang berihat dan muhasabah diri dulu. Orang Melayu wajib bersatu bersama wadah perjuangan Islam iaitu PAS dan wadah perjuangan dinamik dan futuristic PKR, di bawah Pakatan Rakyat, demi menjadikan bangsa Melayu lebih hebat dan perkasa di masa depan.

    ReplyDelete
  9. Ya betul..orang Melayu wajib bersatu bersama wadah perjuangan Islam iaitu pas dan wadah perjuangan dinamik dan futuristic pkr yang kini 2 parti itu ikut telunjuk DAP dibawah mursyidul am pakatan bernama Karpal Singh. Hahaha. Kesian Melayu.

    ReplyDelete
  10. Hai... kesian Melayu ni. Dah merdeka, Momentah negagho, pogang koso, sumo ado ditangan. Kokok bodogar2 nak jadi juaro dunio. Sudah he.. Ini pulak jadi e.. Pocah bolah.

    Nang den paham, ado satu hadis bunyi e..

    "Dua kumpulan umat aku, kok baik dio, baiklah seluruh e.. Kok rosak dio, rusaklah sodo e.. iaitulah: Pemimpin dan ahli ilmu dan bijak pandai".

    Nang den paham, makno e.. rosak bangso Melayu ni dek pomimpin e... Sapo nang pimpin Melayu selamo ni? Nang den paham.. UMNOlah!!!

    Ado pulak oghang coghodik pandai, asyik nak membodek pomimpin ajo kojo e.. nak dapek pangkat, datokship, projek.

    Ini sumo nang momunah oghang Melayu ni. Ini sumo nang buek an, oghang ateh pagar macam den ni, dah tak dapek cayo kek UMNO dah...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive