Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, July 29, 2012

Tak baik mongak tau Rais!!

Cer baca keterangan anak Yatim kat bawah ni;

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lalu.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - BERNAMA

Meh tengok lak print screen logo yang dikeluarkan laman sesawang rasmi KPKK (klik);


1. Rais kata "...tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55..", tapi kenapa laman rasmi KPKK siarkan Keterangan Logo Merdeka 2012?

2. Rais kata lagi, "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi" - masalahnya bukan sesetengah pihak yang paparkan...tetapi pihak KPKK sendiri yang mewar-warkan logo merdeka melalui laman rasminya.

Rais...betul ke melodi lagu merdeka tu pun cilok kristian indon? Ish..ish...

Kan dah KANTOI! Memulo cakap lain..sekarang cakap lain plak. Tak baik mongak terutamo bulan poso ni tau Rais!!


Err...Jolobu apo cito Rais? Jalal dah lamo nunggu tuh...

4 comments:

  1. moses kata: kah kahhhh,terkantoi Dato Rais. buah tangan dr Indonesia tu, kan dia baru balik dr Indonesia. kah kahhhh

    ReplyDelete
  2. Kang mengamuk lagi indon tuduh kita MALING budaya indon..serius sama gila lagu kristian tu dengan lagu janji ditepati tu.

    ReplyDelete
  3. Dulu, kito sokong.
    Dulu, kito hormat, mulut tolopong lopong,
    Dulu, kito puji,
    Dulu takdo koji mahupun caci, sebogini pak2 montoghi.
    Kini, zaman dah ubah itu persepsi, Wahai pak Montoghi,
    Muko ekau tampal kulit babi.

    Tengok lah sendiri,
    apo nak jadi,
    Sepatut eh orghang tuo di hormati,
    disebalik kotuo an ompunyo diri,
    monjadi2, macam air curghah daun keladi,
    Lagi di bonci, wahai Raiihh, porghasan bijak bistari,
    pak montoghi tampal kulit babi.

    Ado lak PHD,
    darghi unibersiti,
    kok botambah itu porghasaan hasad dongki,
    Wahai Raaiih, ingatkan dah tuo nak mati,
    kuek an amal ibadat komdian hari,
    lagi, makin monjadi,
    pak montorghi muko tampal kulit babi.

    Orghang kampong, torlopong2,
    takdo untong, kotok kotok tong,
    bising amek sekampong,
    Perikatan di sanjung,
    Namun, lamo lamo pogang kantong,
    Haiiish, dah ghamai amek muko pak2 montoghi Barisan tampal kulit babi.

    Selamat tingga pak2 montoghi, usahla muko tampal kulit babi.

    Bolun laiee, pembakang jangan kotawo, kok kau pun samo, mulo2 borsoghi,lamo2 muka kau pun tampal kulit babi.

    ReplyDelete
  4. Sudah la tu Rais oi... Hang letak jawatan pastu duduk rumah jaga bini... Makin lama hang jd menteri makin huru-hara hang buat...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive