Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, July 4, 2012

Pakatan Jahanamkan Tabung Haji

Ramai yang tidak kenal Tabung Haji secara halus. Pak Sedaro suka memberitahu insan merdeka di Malaysia khususnya 19.87 juta umat Melayu, bahawa apabila Prof. Di Raja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid mengkaji ayat 196 surah Al-Baqarah; "Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah" dan ayat 2 surah Al-Maidah; "Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan taqwa", maka Allah titipkan ilham kepada beliau hingga tercerna sebuah Kertas Kerja bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji" pada tahun 1959.

Usaha besar ini diangkat oleh Kerajaan Perikatan ketika YAM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah membawa berbincang bersama Penasihat Ekonomi iaitu Dato' D.A. Spencer. Lanjutan yang tersebut, sebuah Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji pada bulan Jun 1960 ditubuhkan untuk mengkaji memorandum dan kertas kerja YAM Prof. Aziz.

Hakikat kehebatan pemikiran Prof. Di Raja Ungku Aziz mendapat pujian tertinggi daripada Sahibus Samahah Syeikhul Azhar, Sheikh Mahmod Shaltout (Almarhum) merangkap Mufti Agong Mesir di tahun 1960. Secara lisannya, Prof Ungku Aziz pernah membuat pengakuan, "Syeikh Mahmod Shaltout yang telah lumpuh itu, menyuruh orang mengangkatnya supaya beliau dapat memeluk saya. Sambil itu beliau berkata idea ini adalah anugerah Allah kepada saya. Cuma apa yang beliau kesalkan ialah mengapa idea itu tidak terbit dari orang Arab sendiri."

Inilah sejarah kelahiran Lembaga Urusan Tabung Haji yang kini tertegak dengan megah dan jayanya. Namun sejak aliran Komunis dan Freemason memenuhi kerusi-kerusi Dewan Rakyat selepas menang besar PRU-12, nampaknya urusan para jemaah haji dan umrah Malaysia sudah tidak lancar seperti biasa. Orang Arab hormat TH bukan kerana Tabung Haji, tetapi atas bendera Malaysia. Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam berfahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah dan pengikut setia dan taat pimpinan Mazhab Imam As-Shafie.

Dek peristiwa 24 orang pengikut Komunis, Freemason, Syiah dan Wahabi di kalangan ahli Pas dan PkR dan DAP yang memakai baju bersih 3.0 di foyer Felda di Madinah, maka reputasi, imej dan nama baik Malaysia dicemari dan terancam.

Inilah ancaman dayus pemikiran orang Melayu yang baghal politik dan bernegara. Nampaknya TH yang baru berumur kurang 50 tahun semakin mencabar urusan rakyat Malaysia di 2 buah Tanah Haram. Apapun yang cuba diadu domba oleh DAP-Pas-PkR, hanyalah perebutan kuasa politik dan membubarkan Perkara 3 iaitu Agama Islam Agama bagi Persekutuan.

11 comments:

  1. Itu saja? Buang masa I saja!

    - MAKORANG-

    ReplyDelete
  2. Yang Jamil a/l Khir buat kecoh tu apa hal?

    ReplyDelete
  3. takde isu pun sebonarnya. menteri saja jer nak kasi gempak walhal kerajaan Arab Saudi tak ambik pot pun pasal demo Bersih tu.

    ReplyDelete
  4. panih miang penulisan n ulasan nya hebat serta bernas cuma jiwa nya UMNO TOTOK harap dia bersikap terbuka supaya lebih tajam

    ReplyDelete
  5. Bagus la tu.. kutuk la semua yang baik yang kerajaan dah laksanakan.. try tinggal di indon yang pemimpin pujaan kamu tu agung2kan.. saya yakin 3 hari pun kamu tidak tahan tinggal di sana.. bukan di hotel2 5 bintang, sila tinggal di rumah sewa atau apa saja selain hotel.. Semoga Allah memberikan kamu cahaya kebenaran untuk menerangi hati yang gelap gelita.. Assalamualaikum w.b.t...

    Eddie

    ReplyDelete
  6. Setuju idea menubohkan Tabung Haji datang dari Pak Engku,tapi bila Tabong Haji menjemputnya untok pergi haji sabaai tetamu Tabung Haji dia menolaknya.

    Ada dua tapsran.Pertama mungkun Pak Ungku tidak mahu membazirkan wang Tabung Haji sebab jika ia pergi sabagai tetamu semua perbelanjaannya,tiket,penginapan terpaksa dibayar oleh Tabung Haji.

    Ketua ada juga orang mentafsirkan yang pegangan ugama Pak Ungku tidak baiu kuat.Dia macam freethinker.Liberal.

    Walaubagaimana pun Tahniah kita uchapkan kapada Pak Unku.Yang kita harapkan supaya pehak pengurusan mestilah jaga company dibawah T Haji dengan baik,

    ReplyDelete
  7. tapi kerajaan rembat duit tabung haji boleh plak

    ReplyDelete
  8. Kalau ada TH Haji pun,tapi tak boleh pegi mekah buat apa?Bila mendaftar saja giliran tahun 2030.Tah aku hidup ke dah mati hanya Tuhan saja yang tau.Yang boleh pegi cuma juak-juak yang dok sapu duit rakyat.Pasal tu haji mereka dah jadi haji Malboro...........macam penulis blog ni!

    ReplyDelete
  9. jelas pengampu pembangkang tidak mempunyai idea lagi. selagiada projek kerajaan, maka itulah yang buruk. tetapi kalau pemimpin mereka buat semuanya baik walaupun terang2an berkiblatkan lgbt

    ReplyDelete
  10. semua komen penyokong pembangkang ni tidak menjurus kepada kebaikan, hanya keburukan saja. Maklumlah mereka tidak dapat memikirkan yang terbaik untuk umat. Tujuan utama mereka ialah menghancurkan islam dibumi Malaysia ni agar mereka boleh bawa islam cara DAPiig. Jangan lupa PAS hanya mampu menjadi anjing DAP sahaja, begitu juga Melayu dalam PKR hanya ajan jadi anjing untuk gigit orang islam, agar orang islam terhapus di malaysia. Lihatlah PAS hanya nak bertanding 60 kerusi di parlimen sedangkan majoriti mudah pun 112 jadi daripada 60 tu PAS akan menang 20. Jadi mereka hanya akan jadi beruk2 dalam parlimen sahaja. Cerita pasal islam dan Melayu tetapi tak ada orang nak sokong. Sedarlah pihak yang sentiasa menghalang perpaduan umat islam di Malaysia,jangan jadi anjing DAPig untuk hapuskan islam di Malaysia

    ReplyDelete
  11. kah kah kah....buang masa je...kah kah kah...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive