Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, July 5, 2012

Penangan Kilauan Emas

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Ia adalah bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. 

Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini. Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah SWT pada bulan yang agung ini.

Senang cerita, pada malam inilah nama manusia tu akan dipotong dari list. Harap-harap kita masih lagi berkesempatan untuk berjumpa malam Nisfu Syaaban pada tahun-tahun yang akan datang. 

Kita mesti ingat bahawa Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja, bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam. Namun sebagai seorang Islam, kita perlu menghormati kedatangan Nisfu Syaaban ini.

Tapi bila aku bukak tv malam tadi, nampaknya malam Nisfu Syaaban disambut dengan Final Kilauan Emas, Showdown Street Dance dan entah apa ke bendanya lagi.

Apa takde malam lain ke nak buat benda-benda macam ni? Adakah salah tersebut berpunca daripada pihak penganjur; ataupun daripada pihak lain yang tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini?

Kalau otak tu letak kat kepala lutut rasanya tak perlu nak tunjuk kat orang lain. 

Adakah hal sebegini melibatkan agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin melalaikan umat Islam di negara ini akan kedatangan malam yang mulia Nisfu Syaaban? 

Apa-apa pun lu fikirlah sendiri.....

3 comments:

  1. Macam nasihat den pada Cicit Kamat...belajarlah daripada Islah. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Salam kasih. Den setuju botul dongan waghih paneh miang. Eloklah ingatkan selalu. Kito dakwo kito ni nak belo melayu & umat Islam. Tapi cagho kito buek kojo macam nak jahanamkan anak2 melayu kito semuo. Insaflah wahai yg mogang amanah di ateh tu.

    ReplyDelete
  3. Setuju. Ustad2 dari Astro Oasis dl Astro apa ko bondonyo lagi yg menganjurkan program realiti Imam Mudo tido, tak tau tentang sensitivit diri sendiri.

    Lagi satu, kilauan omeh nih tak omeh sgt sebab yg masuk dan monang masih kayu berumur 40 tahun.

    Dan yg tuo2 pulak terdiri dari makcik2 tak soda diri dah tuo belagak mudo.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive