1. Kami sebenarnya simpati apabila Pas tak menang sebarang kerusi pun dalam PRN Sarawak Ke-10 baru-baru ini. Yolah...walaupun kami tidak menyukai Pas, tetapi kami prihatin juga akan perkara yang berlaku dalam parti serpihan UMNO itu. Lagipun kami masih menganggap Pas sebuah parti Melayu yang seagama dengan kami. Jadi sudah tentulah kami perlu ambil tahu sebarang perkara yang berlaku dalam parti sesama saudara seIslam itu.
2. Agaknya mengapa Pas terlalu sukar diterima oleh penduduk Timur Malaysia ataupun Borneo selama ini. Pernahkah Pas terfikir mengenainya?
3. Ingin dikongsikan di sini pengalaman kami dahulu semasa terlibat dalam beberapa misi dakwah kepada penduduk terutama di kawasan pendalaman borneo. Ketika ahlul Pas leka berpolitik hampir saban hari, kerajaan di bawah teraju BN (tanpa heboh) tetap melaksanakan program-program dakwah. Moganya pengalaman kami ini boleh dijadikan ikhtibar atau idea kepada ahlul Pas dalam menjayakan misi mereka pula.
4. Antara syarat pertama yang perlu kami patuhi sebelum masuk berdakwah ke kawasan pedalaman ialah etika berpakaian. Kaum lelaki tidak dibenarkan berjubah, berkopiah, mahupun berserban. Kaum wanita pula tidak digalakkan bertudung labuh, berjubah, apatah lagi berhijab. Cukuplah sekadar lelaki berpakaian biasa seperti berseluar jeans, atau bareback, t-shirt etc.; manakala kaum wanita pula hanya perlu berpakaian sopan, t-shirt lengan panjang, berseluar dan kalau boleh kepala hanya ditutup dengan scarf saja, kecuali ketika solat.
5. Rasionalnya? Kerana penduduk pendalaman ini tidak selesa bergaul serta enggan mendekati kami jika kami berpakaian sama seperti Hadi Awang, Nik Aziz, mahupun Wan Azizah. Jika mereka sendiri tidak selesa dan enggan mendekati, jadi bagaimana kami dapat meneruskan usaha dakwah? Lagipun untuk sampai di sesetengah kawasan pendalaman borneo, jarak perjalanannya terpaksa memakan masa sehingga berhari-hari dengan menaiki kereta, bot, rakit dan berjalan kaki meredah hutan.
6. Justeru kami 'terpaksa' mengikut kehendak mereka, demi niat untuk mengajar penduduk ini tentang Islam. Jalinan hubungan antara pihak kami dan penduduk pendalaman akan bertambah baik seandainya kami berpakaian lebih kurang sama saja seperti mereka di sepanjang misi dakwah.
7. Apabila jurang berpakaian dapat diatasi dan penduduk dapat menerima kehadiran kami dengan baik, maka bermulalah proses yang lebih sukar iaitu tinggal bersama dengan mereka untuk suatu tempoh yang agak lama.
8. Seperti semua sedia maklum, kebanyakan penduduk pendalaman di borneo bukanlah orang Islam. Rata-ratanya tiada agama, penyembah alam dan beragama kristian. Sudah tentulah mereka tidak kenal halal haram dalam Islam. Ramai dikalangan mereka yang menternak babi, anjing dan makan makanan yang tidak disembelih etc.
9. Inilah antara cabaran terbesar kami. Hampir setiap masa kami terpaksa bersamak sebelum mengerjakan solat. Apabila melawat ke rumah (atau pondok) mereka, adakalanya anjing atau babi peliharaan mereka akan datang menjilat atau menggesel di tubuh kami. Memang pada mulanya akan rasa jijik dan geli, tetapi kami terpaksa sorok perasaan itu supaya tidak mengecilkan hati tuan rumah. Kami terpaksa berlagak seperti biasa dan perlahan-lahan menerangkan kepada mereka tentang Islam.
10. Kami juga mengikut mereka memburu, membantu bercucuk tanam, membaiki rumah yang rosak, melepak bersama golongan tua dan muda, memasak bersama, makan cara mereka (kecuali haiwan yang disediakan mereka), bergurau senda, berkongsi rasa etc.
11. Setiap kali berjumpa kanak-kanak, kami akan mengucapkan "Assalamualaikum" dan mengajar mereka bagaimana menjawab salam kerana kami menganggap kanak-kanak yang belum baligh sebagai Islam yang masih boleh dibentuk dan didakwahkan. Apabila kita sudah mula rapat dengan keluarga mereka, ibu bapa anak-anak ini akan menjadi tidak kisah seandainya anak mereka ingin belajar berkenaan Islam dengan kami.
12. Sampai suatu tahap, apabila mereka perlahan-lahan sudah mula menerima dakwah, mereka pula yang sibuk membina musolla untuk kegunaan kami. Pernah suatu ketika, mereka pula yang mengingatkan kami apabila masuk waktu solat kerana mereka telah menghafal masa solat fardhu 5 waktu. Walaupun proses dakwah ini sangat perlahan, tetapi dengan berkat usaha dan kesabaran, berdasarkan skala, misi dakwah itu boleh kami anggap berjaya.
13. Banyak lagi pengalaman yang boleh kami coretkan semasa menjalankan misi dakwah di borneo, tapi cukuplah setakat ini dulu kerana jika hendak diceritakan semuanya, berjela pulak jadinya. Mungkin di lain ketika boleh disambung lagi kisah ini.
14. Mengapa kami kongsikan pengalaman ini, kerana kami melihat selama ini Pas hanya cenderung berdakwah kepada orang Islam sahaja. Ahlul Pas dilihat selesa berdakwah dikalangan Melayu yang boleh menerima cara mereka berpakaian sepertimana cara berpakaian Bob Lokman. Bagi ahlul Pas, berjubah, berserban dan berkopiah itu adalah lambang Islam dan mereka hanya berfikir dengan cara itu boleh menarik orang Melayu kepada Islam kononnya. Sedangkan orang bukan Islam tetap merasa tidak selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh Pas. Kalau ada pun dikalangan bukan Islam yang sanggup duduk bersekongkol, hatta sanggup memeluk ahlul Pas, ialah pemimpin DAP. Itupun atas kepentingan politik dan bukannya sebab mereka tertarik dengan Isle tajaan Pas.
15. Berapa ramaikah orang bukan Islam yang telah berjaya diIslamkan oleh Pas sejak 1951...sedangkan ahlul Pas masih kelihatan selesa menggunakan kaedah lama bagi menarik orang bukan Islam kepada Islam? Maka sahlah pendekatan yang diguna pakai Pas selama ini ternyata gagal.
16. Sejarah membuktikan pakaian jubah panjang dan berserban yang menjadi tradisi Arab ketika berdakwah kepada penduduk Melaka sekitar kurun ke-15, tidak diterapkan ke dalam tradisi pakaian Kesultanan Melayu Melaka; tetapi Baju Melayu berseluar, bersampin dan bertengkolok menjadi pakaian rasmi Melayu Islam ketika itu kerana ia sesuai dengan realiti Alam Melayu yang berbukit, berbelukar, berpaya dan bersungai yang menyukarkan si pemakai jubah untuk berjalan.
17. Adakah kerana keadaan muka bumi di borneo tidak sesuai dengan fesyen pakaian tradisi Pas, menyebabkan ahlul Pas enggan masuk ke kawasan pendalaman bagi menjalankan misi dakwah kepada penduduk bukan Islam? Adakah ahlul Pas bersikap selektif dalam memilih kelompok untuk didakwahkan dan hanya memilih kaedah dakwah yang bersesuaian dengan hasrat Pas untuk berkuasa sahaja?
18. Pandangan ikhlas kami, Pas wajib merubah pendekatan mereka selama ini jika masih berhasrat untuk memenangi hati rakyat Timur Malaysia. Sedarlah akan hakikat bahawa fesyen pakaian tidak akan membawa ahlul Pas ke syurga tetapi keikhlasan dan takwa saja yang dapat membawa Pas ke syurga.
19. Ingatlah bahawa kebanyakan orang bukan Islam di negara ini masih menganggap Pas sebuah parti extremist agama dan persepsi itu tidak banyak membantu ahlul Pas untuk berdakwah kepada bukan Islam.
20. InsyaAllah, jika Pas mengambil pendekatan kesederhanaan, pasti persepsi rakyat Malaysia akan berubah terhadap Pas. Wallahualam.

salam ziarah
ReplyDeletejom ke blog buaya dan jadi follower sekali k
Perempuan Islam pakai Scarft.. itu dah dedah aurat bro..!! mana boleh macam tu. nak ikut budaya tenpatan ikutlaa tp bukan dengan pakai scarft..!! nampak batang leher bro..!! aurat tu..!! Haram Tetap Haram.. Yang Halal boleh dipermudahkan dan disesuaikan.. AWAS bro..!! Tak ada maknanya berbuat baik selagi yang haram kita tak tinggalkan..
ReplyDeletecontohnya : Tuhan tetap tak terima amalan baik kita kalau kita tak tutup aurat.. x bersopan dan x menjaga hati jiran serta memutuskan silaturrahim.. walaupun sembahyang sampai lebam dahi..!!
Pada peringkat permulaan mmg pakai skaf. Itupun dlm keadaan tertentu saja. Kemudian apabila penduduk pendalaman sudah boleh menerima perlahan2, maka pendakwah wanita kembali bertudung seperti biasa.
ReplyDeleteMana mudarat yg lebih besar? Membiarkan mereka terus sesat atau bagi bermacam alasan - escapism.
Rasanya itu lebih baik drpd bercakap saja tp tiada usaha pun.
Berjiran dgn org bukan Islam pun masih berat mulut nak bertanya, "You tak minat masuk Islam ke?"
Itu belum cerita dakwah kepada saudara mara yg berpakaian tidak seperti yg sepatutnya.
Jika usaha dakwah semudah itu pun susah nak dilakukan, simpanlah komen untuk diri sendiri.
Saudara paneh, ginilah haram mengadaikan syariat islam demi menarik org kpd islam. Hijab pompuan adalah wajib dlm syarak. Kalau pompuan bertudung tak dibenarkan dtg biorla lelaki saja yg dtg berdakwah kpd kaum lelaki mereka. Lepas tu kaum lelaki mereka menyampaikan kpd kaum pompuan mereka. Bila mereka dah mula paham sedikit barula dihantarkan kaum pompuan islam yg sempurna hijabnya dtg berdakwah terus kpd kaum pompuan mereka. Kan boleh dibuat begitu tanpa kita merendah2kan perintah Allah tentang hukum berpakaian dlm islam.
ReplyDeleteSebenarnya soal berdakwah kpd sesiapa pun adalah tugas bersama umeno dan pas kerana mereka org islam. Bukan mensabotaj. Umeno dilihat byk mensabotaj bukan saja pas malah islam secara keseluruhan kerana khuatir kalau islam diterima maka pas secara otomatik menjadi pilihan. Ini yg umeno celik mata pagi petang siang malam menabur fitnah supaya islam dibenci oleh semua org. Ini yg masalahnya dan inilah yg umeno rugi, islam hancur melayu pun hancur, apabila melayu hancur umeno pun masuk kubur.
Menulis perkataan Umno kepada umeno pun boleh ditafsir sbg sabotaj. Adakah saudara anon@hompuk ini org yg suka kpd sabotaj? Pihak mana yg sebenarnya sabotaj pihak mana selama ini? Apa rahsia Allah mengangkat pihak yg saudara fitnah suka sabotaj itu diberi peluang selama 54tahun untuk mentadbir negara ini? Tidakkah Allah suruh manusia itu berfikir dan redha dgn qada' dan qadar Nya.
ReplyDeleteLelaki ajar lelaki dan kemudian lelaki yg diajar itu akan mengajar pula wanita? Boleh saudara terangkan kaedah yg baik patut digunakan bg menyelesaikan kemashalatan itu? Masalah dlm dakwah Syari'ah Islamiyah yg bersangkut dengan akidah?
Adakah saudara memahami hukum darurat dlm Islam? Adakah saudara mendalami apa yg boleh dan tidak boleh ketika darurat? Mendalamkah pemahaman ilmu saudara itu?
Adakah saudara hanya menggunakan logik akal yg diajar oleh Anwar dan PKR Freemason?
Kami cuma nak tahu saja, berapa banyakkah org bkn Islam yg telah saudara Islamkan selama hidup ini? Apakah sumbangan terbesar saudara kepada Islam? Dan tahukah saudara pihak mana yg byk menyumbang kpd dunia Islam dan pihak mana yg hanya jadi jaguh kampung sendiri.
Jika setakat bercakap/berceramah saja saudara, budak debat darjah 5 pun boleh buat.
hompuk ni cakap saja pandai paneh. macam la dia tahu keadaaan penduduk pendalaman tu macamana semua, cara hidup depa, makan pakai depa, lelaki macamana, perempuan macamana. setakat cakap boleh la. itu haram ini haram. buatnya tak juga.
ReplyDeletenasib baik ada orang macam si paneh, pak sedaro and geng dia tu yang sanggup pi buat fardhu kifayah ni smua. nak harap hompuk...boleh jalan la. hang tau ka hompuk nak buat keja fardhu kifayah ni lagi susah dari fardhu ain?
nak harap orang pas lagi la tak bulih pakai. tang orang lain haram belaka. tang dia semuanya halal. hopla jingga.
-tom tem bak-
biasanya, kalau seseorang mengata orang lain tak bagus, kemungkinan besar orang yg mengata tu adalah lebih bagus dari orang yang mengata itu..
ReplyDeleteIslam UMNO
UMNO Islam
jangan sibuk nak suh orang masuk Islam, tapi perkuatkan Islam yang ada sekarang.. Orang Islam sekarang ibarat buih2 dilautan sahaja..yang bercakap pandai pun ramai tanpa ada dalil yang sah!!!
Seteruk2 PAS, mereka tidak pernah hina Islam..
"Pada peringkat permulaan mmg pakai skaf. Itupun dlm keadaan tertentu saja. Kemudian apabila penduduk pendalaman sudah boleh menerima perlahan2, maka pendakwah wanita kembali bertudung seperti biasa."
ramai lagi yang Islam tak tutup aurat..apa yang UMNO buat?? dakwah?? apa dakwah kalau hukum Islam dipermain2kan??
Wallahualam..
aku setuju dengan soalan macammacamla ni tanya dan aku nak add sikit,
ReplyDelete"ramai lagi yang Islam tak tutup aurat di kelantan..apa yang Pas dah buat selama lebih 21 tahun?? dakwah?? apa dakwah kalau hukum dan ayat quran dipermain2kan sesuka hati??"
soalan tambahan, "sampai bila anak gadis kelantan yang berusia 18tahun ke atas masih ramai yang dressing budak umuq 13 tahun?? kenapa budak kelantan di kl, selangor, negeri sembilan dan negeri2 lain banyak yg rosak dan hancus??"
ingat kes mahasiswa kelantan yang lari dr polis lepas rogol rakan sekuliah di perlis? drpd 6 suspek, 4 darinya adalah orang kelantan. adakah itu dakwah pas? kerana budak2 itu baru umuq 19tahun dan pastinya depa membesar semasa pas masih teraju kelantan.
hehehe. kata dulang paku serpih..
datuk..
ReplyDeleteSaya sokong kenyataan Datuk..
So kita nak tunggu apa lagi??
Suh pemimpin Datuk laksanakan hukum hudud..jangan hanya tau salahkan orang jer..
Lebih 50tahun,apa yang UMNGOK buat kat Islam?? Itu baru Islam, yang MELAYU macam mana??
Hukum Islam adalah wajib bagi setiap pemimpin..hukum Islam bukan diturunkan oleh PAS, tapi diturunkan oleh ALLAH!! ok full stop..
Sekarang nak tanya la kan,siapa yang layak laksanakan hukum Allah di Malaysia?? UMNGOK atau PAS??
ppprrffftthhh...
betul juga. pas dah perintah 2 negeri sekarang. pas pun ada kuasa di peringkat negeri juga. jadi kenapa tak laksanakan hukum hudud di negeri yang meka tadbir? mahathir dah takdak nak halang. tp kenapa masih tak buat? ke takut dap marah? kenapa hadi sudah pusing cakap hudud bukan agenda pas sekarang? bolih pulak ka hukum Allah main tangguh2?
ReplyDeletetp dulu pas ada buat enakmen hudud. tp kenapa dulu enakmen hudud pas di kelantan berbeza dengan hudud pas di terengganu? adakah hudud Allah itu ada sisi yang berbeza-beza?
tp soalan mu tanya apa umno dah buat kat islam? hehehe. buat2 tak nampak rupanya. dah buta ke hati tu?
apa umno buat kat melayu? mu tau menaip di internet, ada pc or laptop, jadi orang yang kuat membangkang dan kritik tanpa berusaha memberi cadangan menambah baikkan, itu kan dah cukup bagus apa yang umno buat pada mung. ke semua itu hasil usaha pas?
hehehe. cuba tanya mak pak mu dulu tau membaca sebab dasar pas ke dasar umno? sampai mu boleh jadi orang terpelajar kecuali mu malas belajar.
tu sebab orang suh baca bab undang-undang negara dulu.. PAS berkuasa di 2 negeri, bukan negara.. undang-undang ditentukan oleh siapa kat Malaysia ni?? kerjaan pusat atau kerajaan negeri?? ingt lagi kes zaid ibrahim nak saman pas kelantan kalau pas klantan wat hukum hudud?? sebb pe nak saman?? g cari sendiri..
ReplyDeleteHudud Di Malaysia
aku yang buta hati atau ko yang buta hati?? baca komen aku sebelum ni pasal ISLAM UMNO dan UMNO ISLAM..
"mu tau menaip di internet, ada pc or laptop, jadi orang yang kuat membangkang dan kritik tanpa berusaha memberi cadangan menambah baikkan, itu kan dah cukup bagus apa yang umno buat pada mung. ke semua itu hasil usaha pas?"
abih ko tak tau menaip kat internet ker??memang UMNO cukup bagus, tapi adakah kerana tu aku kena sokong parti sekular yang merosakkan Islam dan Melayu??
Aku tak main mak bapak,ko jangan nak lebih2..
aku membesar bukan atas segala usaha UMNO, tapi atas dasar kasih sayang Allah Ta'ala..
UMNGOK wat mcm2 sbb dorg itu kerajaan..tapi de org yg slah pahm..kena sokong coz dorg yg bg kita senang,bg kita aman damai..tapi bukan Allah yg bg sume tu.. tu sebb umno suka org melayu mcm datuk ni..bertuhankan UMNO!!
p/s:bagi kain pelikat,hulur rm200 terus sokong n undi umno.. itu lah maruah pencacai umno..pprrffftttthhh....
8:19
ReplyDeleteYE KE, PEREMPUAN2 YG TAK SENONOH TU ORG KELANTAN JER...
ATAU ORG2 PEREMPUAN TU MEMANG ORG KELANTAN, TAPI DIA MENGIKUTI FAHAMAN LANUN UMNO...
TAPI KALU DIA IKUT FAHAMAN LANUN UMNO ITU AKU CAYA LA SANGAT...
YE LAH..ORG POMPUAN UMNO YG TERSOHOR PUN BERLAGA PIPI DGN SHAH RUKH KAN, PELUK LAKI ORG DEPAN JANTAN SENDIRI, BUAT FESYEN SHOW KAIN TAK CUKUP, MENTERI WANITA UMNO PUN SELAMBER JE KENA PELUK APEK CINA..
ORG PAS TAK AJAR WANITA DAN POMPUAN DIA CAM TUH, APATAH LAGI ISTERI PEMIMPIN PAS BERGAMBAR DAN BERLAGA DAN PELUK2 JANTAN LAIN...
KALU CAM TU BUDAK2 POMPUAN KELANTAN YG TAK SENONOH TU MESTI IKUT IDOLA WANITA2 UMNO TU...
....KENA BALIK BATANG IDUNG EKAU JANG!
ala..biar jela dier..
ReplyDeletemungkin pemikiran dier dok takuk lama lg..
hihi..
oh membesar dgn kasih sayang Allah. macamana dapat kasih sayang Allah tu? turun dari langit ke? atau guna perantara? perantara mana agaknya yang Allah guna sampi mu jadi pandai?
ReplyDeleteAllah turunkan Islam ke dunia ni pun guna perantara iaitu nabi dan malaikat. kenapa Allah guna nabi dan malaikat? apa yang Allah mahu hambaNya fikirkan? apa rahsia Allah, bak kata paneh.
memang la kena baca undang2. tp mung pun baca undang2 biar kasi habis ye. undang2 islam tertakluk di bawah kerajaan negeri. bawah kuasa sultan sesebuah negeri. kalu negeri tiada sultan, baru la tertakluk di bawah ydpa. zaid kata nak saman, tp dia tak teruskan saman kenapa? sbb dia tau had dia di bawah undang2 islam negeri.
dan kalo mung nak tau mahkamah syariah (yang mahathir letak kuasanya tertinggi dari segala mahkamah dalam perlembagaan pada 1989) sekarang sedang menyiapkan draf undang2 jenayah syariah. masih dlm peringkat penyusunan dan pengkajian. insyaAllah tak lama lagi wujudlah undang2 hudud di negara ni. masa tu nanti mung nak sukung sapa agaknya?
tapi kenapa ya pas sudah senyap pasal hudud skrg ni? pemimpin pas pun reserve komen pasal hudud? takut dap ka atau takut pkr marah? boleh ya senyap pasal hudud semata2 nak jaga hati sahabat setan dalam pakatan.
bagi kain pelikat dgn rm200 terus undi umno? pas bukan setakat bagi kain pelikat dan duit je, tp beras, tepung, gula, kupiah, sejadah. tak payah nak pusing la. sama je pas tu. pkr dan dap lagi teruk. malas nak cerita je. prk di kelantan baru ni, terang2 nik aziz bagi duit pada orang asli. siap gambar dgn bideo lagi. itu pun masih mahu nafi?
pegi haji pun orang taja. kalu dia bukan menteri besar kelantan mahu ke orang taja dia. si penaja pulak dlm list dpt projek dgn kerajaan kelantan lagi. hehehe.
wanita pas kelantan mmg baik belako. tapi pemimpin pas ramai jugok yg kahwin 2-3 termasuk presiden kawin budak umuq 18tahun tu. kenapa agaknya? sebab banyak iklan pil seks di harakah dan blog pembangkang ke?
hehehe. pas dengan nafsu tidak boleh berpisah.
iyela..ko betul..aku salah..
ReplyDeleteprrfftthhh....
aku jadi malas nak layan orang yang macam ko ni..yang penting urusan aku da lepas..
"Barangsiapa meninggalkan perdebatan dalam keadaan keliru (mungkin kalah) dibuat untuknya rumah di pinggir syurga. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sebagai pihak yang benar dibuatkan rumah untuknya di tengah syurga. Sedangkan bagi yang baik budi pekertinya, dibuatkan rumah untuknya di bahagian atas syurga" [HR Abu Daud]
"Sesuatu kaum yang memperolehi hidayah tidak akan sesat kecuali setelah terlibat dalam perdebatan" [HR Timidzi]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami: Wahai manusia! Allah s.w.t telah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji, maka tunaikanlah Haji. Seorang lelaki bertanya: Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah ? . Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali. Rasulullah s.a.w pun menjawab: Jika aku katakan Ya, tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu tidak mungkin mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi: Tinggalkanlah sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya dan sentiasa menyalahi Nabi mereka. Jadi, apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu, lakukanlah sedaya kamu dan apabila aku melarang dari melakukan sesuatu, tinggalkanlah ! . ~ Hadist Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari ( rh ) dan Al-Imam Muslim ( rh ) .
aku copy paste je n aku pernah dgr hadis ni.. paham tak apa yang nak diterangkan tu??
Tahu kisah kaum terdahulu yang binasa akibat suka tanya bukan2 yang akhirnya menyusahkan diri sendiri??baca tafsir surah Al baqarah..
pokok pangkalnya..
Sokong Jangan Tak Sokong
penutup:
"Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku."
(Petikan dari khutbah yang disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
banyak sangat nak paste..
Hukum Menolak AlQuran dan Hadis
Wallahualam...
p/s : "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."
(dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah)
mung jangan lupa baca hadis dan quran tu semua untuk diri mung ya. dan jangan putar belit hadis dan quran bila mung rasa nak tewas macam pemimpin pas ya.
ReplyDeletehehehe. tipical pas.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman - At-Taubah, Ayat 128.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar - At-Taubah, Ayat 129.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani - A-li 'Imraan, Ayat 31.
Kalau isteri pemimpin tak tutup aurat tak payah nak tunjuk handal dengan AQ dan Hadith. Itu perkara asas
ReplyDeleteNabi ada menyebut, di akhir zaman akan lahir ramai ulamak yang begitu fasih dan lancar membacakan ayat-ayat tuhan tetapi hatinya seperti serigala.
ReplyDeleteSejibik pemimpin pas pis pus.
yup..aku akan baca..kalau tak, wat pe aku bg ko bc skali.. Jangan ye2 tulis tapi amik Alquran tu separuh2 na.. Amik la sume skali..
ReplyDeleteFirman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang kafir kepada Allah dan RasulNya, dan bermaksud memperbezakan antara Allah dan RasulNya seraya (sambil) mengatakan:’Kami beriman kepada yang sebahagian (dari Rasul itu / ayat Al Quran) dan kami kafir (ingkar) terhadap sebahagian yang lain. Serta bermaksud (dengan perkataanya itu) mengambil jalan lain diantara yang demikian itu (iman dan kafir). Merekalah orang kafir yang sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk mereka itu seksaan yang menghinakan” (Surah An Nisa’ ayat 150-151)
Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik) :’Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,’ nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu” (Surah An Nisa ayat 61)
Firman Allah:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka,marilah kamu supaya berhukum kepada apa yang diturunkan oleh Allah(dalam Al Quran)dan kepada hukum-hukum yang dinyatakan oleh Rasul,nescaya engkau lihat golongan munafik itu menghalang engkau dengan halangan yang bersungguh-sungguh.Tetapi bilamana mereka ditimpa kemalangan disebabkan kesalahan mereka sendiri,mereka akan datang kepadamu,seraya bersumpah dengan nama Allah
'kami sekali-kali tidak menghendaki kejahatan,melainkan kebaikan dan perdamaian'."
(An Nisa ayat 62)
Firman Allah:
"Apabila dikatakan kepada mereka,berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman,jawab mereka:adakah patut kami beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu?Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang benar-benar bodoh tetapi mereka tidak mengetahuinya." Al Baqarah ayat 13
Ni aku peringat untuk diri aku sendiri.. tapi bagi yang da rasa bagus,jangan amik peduli sume ni..
Rasanya banyak komentator yang dh lari dari tajuk dan melihat dari sudut yang sempit. Cuba lihat dan renungkan dari sudut yang lebih luas. Pada zaman Paneh berdakwah di pedalaman mmg kebanyakan wanita Islam pakai skarf jadi tak payahla nak ber"rhetorik" tentang dedah aurat dsbnya.
ReplyDeleteApa yang cuba Paneh ketengahkan ialah pendekatan dakwah itu sendiri. Dan itulah pendekatan dakwah yang digunakan oleh missionary Kristian sekarang. Jangan salah sangka, cara missionary sekarang adalah cara Islam asalnya. Duduk dengan mereka, hidup cara mereka dan yang paling penting fahami budaya mereka. Sebab itu orang Islam di China mengadap Kiblat yang sama dengan kita tetapi mengamalkan budaya mereka yang tersendiri e.g mereka makan tidak menggunakan tangan tetapi chopstick.
Tetapi ramai di kalangan orang Melayu kita yang berfikiran bila seseorang itu memeluk Islam mereka mesti mengamalkan budaya Melayu dan mesti menggunakan nama Melayu/Arab.
Adakah keturunan Mongol terkenal dengan sikap barbarik mereka memeluk Islam selepas 2 minggu berkempen. Jawapannya tidak.
Saya pernah merasakan yang PAS adalah parti Unggul untuk orang Islam tetapi saya setuju dengan Paneh, PAS lebih banyak berdakwah terhadap orang Islam sendiri dan mana2 orang Islam yang tidak mahu mengikut rentak mereka akan dilabelkan "kafir".
Saya merasakan baik PAS kurangkan politiking dan kata mengata sebaliknya berdakwah kepada DAP tu. Rasanya ramai orang Islam yang secara otomatik memangkah PAS jika Lim Kit Siang dan keluarga serta Karpal dan keluarga menerima sinar hidayah Islam.
akuantiPR
Saudara paneh, sy anon no 2 dr atas, salam.
ReplyDeleteSelama 54tahun umeno perintah apa hasilnya dlm meletakkan agama islam sebagai "way of life" yg dituntut keatas kita org islam apabila melafazkan 2 kalimah syahadah! Benda yg mudah melaksanakan hukum hudud pun mengelitik mcm cacing kepanasan, apasal takut. Kelantan yg nak buat hudud diugut dan disabotaj. Apa citer?
Memang tul Allah angkat gerombolan umeno utk berkuasa di negara ini, tapi itu amanah. Tanda org munafik menghianati amanah yg diberikan dan itu yg ada pd umeno. W/pun segala2nya Allah beri tapi itu tak bermakna Allah redha. Inilah istidraj pemberian Allah dlm murka tapi kita lupa. Lupa akan perlakuan kita umat islam di negara ini terutama umeno yg byk mengundang bala Allah. Ada 15 perlakuan kesemuanya yg mengundang bala telah berlaku di negara ini, sy sebut 2 saja iaitu, harta negara dikongsi dikalangan org yg sama atau kroni dan amanah dijadikan sumber kekayaan/kesenangan. Apakah ini bukan sabotaj namanya umeno terhadap rakyat dan islam?
Saudara akan kata ini qada' dan qadar Allah, memang betul, tapi saudara diberikan akal utk fikir dan akal fikir berdasarkan ilmu dan tak semua ilmu agama boleh diterjemahkan dgn akal kita yg terhad. Itu gunanya Al-Quran dan hadis nabi saw. Kenapa umeno tak balik pd kedua2 sumber tersebut dlm bab mentadbirkan negara?? Begitu juga dlm melaksanakan dakwah byk sumber kitab sahih tentang berdakwah, kenapa mesti ikut cara org kristian? Saudara kata dakwah cara saudara kerana darurat. Faham tak saudara apa itu darurat dlm islam?? Kalau tak faham tamyalah ustaz. Jangan main sedap rasa tambah ajinomoto!
Saudara kata DSAI tu tak betul dan ajen yahudi tapi saudara lupa apa yg berlaku di negara ini adalah hasil perancangan yahudi yg dilakukan secara rahsia yg tak disedari oleh umeno yg bangang, dungu dan bebal. Saudara dan gerombolan umeno telah bersubahat dan bersahabat dgn zionist international dlm mensabotaj agama islam di negara ini.
Jadi apa yg jaguhnya umeno dlm menperjuangkan islam. Apa syariat islam yg telah diperjuangkan. Yg jelas dan terang umeno telah bersengkokol dgn lucifer atau anak2 setan dr kalangan yahudi zionist. Umeno serupa ayam berkokok tapi ekor penuh dgn taik. Taik inilah dah terkena kat saudara. Maka sucikan la diri saudara sebelum roh saudara bercerai dr badan.
Saya doakan saudara beroleh hidayah dan mati dlm husnul khatimah. Wabillahittaufiq walhidayah
Saya tanya saudara fahamkah bagaimana yg dikatan darurat dalam Islam dan saudara tanya saya semula? Ke saudara yang tambah banyak sangat monosodium glutamat?
ReplyDeleteSaudara kata w/pun segala2nya Allah beri tapi itu tak bermakna Allah redha. Inilah istidraj pemberian Allah dlm murka?
Maksud saudara Istidrajullah al-abda?
Surah Al-A'raf, ayat 182, "Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu"
Adakah saudara mendengar dengan terang dan nyata mana2 pemimpin Umno yang dikatakan mendustakan ayat Allah?
Masih lagi tulis perkataan umeno, membuktikan saudara bukannya orang yang adil dalam perbicaraan. Sedangkan kami tetap menyebut Pas sebagai Pas. Bukti nyata betapa busuknya hati saudara.
Tuduhan2 yang saudara sebut kroni, tdk amanah bala bala tu semua hanya persepsi. Mereka yg didapati bersalah dikalangan pemimpin kerajaan pun ramai yg dah dihukum. Termasuk idola saudara Bro Anwar Bin Ibrahim.
Yang terlepas tu saudara jangan risau. Bukankah saudara mempercayai hari akhirat? Jika saudara yakin sebenar-benar yakin dengan pembalasan Allah, maka saudara perlu berpegang teguh bahawa semua manusia akan dihitung amalnya walau sebesar zarah sekalipun. So tak perlu la risau sgt.
Jika nak cerita bab Yahudi ni saudara, bukan kami nak riak (astaghfirullah), tp banyak dah kami mentelaah. Beratus buku diterjah. Nak diikutkan, Pas ditubuhkan pun atas perancangan Yahudi. Cuba kaji mana Pas dapat duit bina PUTIK di Kelantan. Tulisnya Kuwait...gunanya transit...sumber apa??? Belum lagi cerita bab DAP yg Pas dok peluk sakan sekarang ni. Senang cerita satu dunia ni dikawal Yahudi. Dalam rumah saudara pun semua Yahudi dah kawal. Menaip di komputer ni pun Yahudi. Pokok pangkalnya Yahudi belaka. Tapi...takde la pulak kita mengaku kawan baik dengan Yahudi macam pengakuan Bro Anwar Bin Ibrahim sendiri. Sebab tulah agaknya org tuduh dia ejen Yahudi sbb dia sendiri mengaku Yahudi kawan baik dia.
Meminjam persoalan datuk di atas, kenapa Pas sekarang sudah senyap pasal hudud? Pemimpin Pas pun selalu reserve komen pasal hudud? Takut dap ka atau takut pkr marah? Boleh pula pemimpin Pas tangguh hukum Quran semata2 nak jaga hati sahabat setan dalam pakatan ya?
Ismail Kamus, salah seorang AJK Pas Pusat kata Wabillah walhidayah hittaufiq adalah lebih tepat.
Ada orang lahir beriman, hidup beriman, mati kufur.
Ada orang lahir kufur, hidup kufur, mati beriman.
Ada orang lahir beriman, hidup kufur, mati beriman.
Ada orang lahir kufur, hidup beriman, mati kufur.
Ada orang dari lahir sampai mati kufur dan ada juga yang dari lahir sampai mati beriman.
Selalu terfikir bagaimana kesudahan nanti. Adakah saudara yakin dengan kesudahan saudara?
Wallahualam.
Tipikal pas macam tu la. Bergogar ceghito pasal hudud, tapi taknak kaji kenapo draf hudud eh kono rejek kek Tun. Apo hudud kono kek oghang Islam jo pulak. Gilo. Nabi dapek islamkan Mekah dan Madinah pun tak poie ko hudud dulu do. Dio pontingkan menguekkan iman dulu baghu la nak ceghito hudud. Ini berkupiah sano sini tapi dok mengumpek nak buek apo?
ReplyDeleteSalam saudara paneh,
ReplyDeleteGinilah saudara citer byk2 pasal bab agama tak guna pun kalau kita bercakap tanpa ilmu, boleh bawa kpd bida'ah dan sesat, nauzubillah. Kalau saudara2 benar ikhlas lillahitaala sdr rujuklah kpd mereka2 yg berilmu dan mursyid dlm agama, kerana mereka adalah pewaris nabi saw yg menyuluh kpd jln siratulmustaqim. Berdasarkan entry2 dlm blog sdr, sy kira sdr telah tersasar jauh dan merugikan sdr kalau sdr dijemput menghadap Allah sekarang dan tak sempat bertaubat.
Kenapa perlunya sdr bertaubat? Kerana blog sdr penuh dgn fitnah dan pembohongan yg dibaca dan dipercayai oleh ramai pembaca. Kalau entry itu baik dan memberi menafaat kpd agama maka sdr dptlah keuntungan besar di akhirat nanti dan berbahagialah sdr, tapi bayangkan kalau sebaliknya siksa Allah pun berlipat kali ganda, ini yg kita semua gerun. Hendak ke sdr mengadaikan hidup yg cukup singkat seolah2 kita berada di dunia ini sesingkat waktu dhuha atau asar, kita gadaikan dgn hidup kekal infiniti di akhirat dgn segala mcm kenikmatan yg tak pernah terbayang dan terlintas di hati dan fikiran kita.
Memang sahih kita tak akan dpt tahu akan status ending kita di dunia ini (khatimah) sebelum berhijrah ke alam barzakh, samada husnul ataupun su'ul. Tetapi Allah ar-rahman dan ar-rahim melengkapkan kita dgn akal yg wajib dipandukan dgn al-quran dan sunnah nabi saw supaya hidup kita di dunia ini berada on track, supaya kembalinya kita apabila dijemput dlm keredhaanNya. Semuanya cukup cantik disusun oleh Allah utk kita sebagai hambaNya.
Allah dah pesan syaitan adalah musuh kita yg nyata dan al-quran dan hadis byk mengingatkan kita tentang tipu daya mahkluk laknatullah itu. Sebab tu kita wajib mempunyai ilmu agama yg secukupnya supaya kita tak mudah terpedaya. Ilmu tauhid tentang keimanan, ilmu fiqh tentang hukum hakam dan ilmu tasawuf tentang hati, perlu ada supaya hidup dan mati kita sentiasa dlm keimanan. (Pembetulan utk sdr : Tak ada manusia yg dilahirkan ke dunia ini kufur waimah manusia itu dr keturunan yahudi sekali pun semuanya suci. Hanya selepas akil baligh manusia itu dipertanggung jawabkan. Rujuklah mana2 kitab fiqh) Kenapa kita nak hidup kufur dgn harapan mati dlm iman, sedangkan kalimah syahadah yg kita ucapkan dan diiyakan dgn hati jelas meletakkan kita kpd total submission kpd Allah dan mengangkat nabi saw sebagai pesuruhNya. Bukan ke itu perjanjian kita sebagai manusia islam dan sebelum itu roh kita pun telah berjanji yg sama semasa di alam roh. Tetapi apabila didugakan dgn kesenangan yg sedikit dan hina di sisi Allah kita lupa dan bangga diri berkelakuan macam firaun!
Sebab itu sy berpesan dgn diri sy dan sdr yg sesama islam sucikan lah diri dlm setiap nafas yg kita hirup kerana kita akan ditanya akan setiap detik hidup kita, setiap detik hati dan ucapan yg kita lafazkan.
Yg pasti kita semua akan berakhir dr dunia ini yg penuh dgn tipu daya dan berhijrah ke alam penantian yg penuh dgn balasan baik dan buruk, indication kpd apa yg akan kita dapat di akhirat nanti. Sdr nak tahu samada kita beroleh husnul atau su'ul, wallahua'lam bissawab, di alam barzakh nanti sama2 kita jawab.
Wassalam
Wahai anon 1210pm.
ReplyDeleteTerima kasih kerana memfitnah kami sebagai pemfitnah. Adakah anda baca kesemua lebih 1500 artikel2 kami sebelum anda membuat penghakiman mengatakan kami memfitnah? Tidak bukan? Jadi terima kasih sajalah. Tunggu saja kami tuntut pahala anda di akhirat.
Pelik juga kenapa anda begitu mengambil berat akan apa yg kami tulis. Adakah hati anda sudah berbalik balik?
Syaitan adalah musuh yang nyata. Tapi ada ulama' (pihak Pas saja yg gelar ulama') kata lebih baik berkawan dengan syaitan. Apa pendapat saudara?
Sudah tak tulis perkataan umeno lagi? Tapi masih berselindung di belakang anonymous. Sekurang2 nya kami berblog untuk menyatakan pendapat dan stand kami. Sekurangnya itu satu jihad kepada agama dan bangsa kami. Saudara pula bagaimana? Hanya tahu bercakap saja disebalik nama anonyomus?
Kami tidak akan nafikan akan segala nasihat saudara yang benar. Cuma kami dah nyatakan stand kami, tetapi stand saudara berbolak balik. Cuba baca balik apa yg saudara tulis. Memula komen ayat saudara bagaimana, kemudian akhirnya komen saudara susunan ayatnya bagaimana?
Nampak sangat saudara ni bukanlah org yang tetap pendirian dan adil. Tuduhan dan fitnah merupakan mainan saudara.
Bezanya antara kami dan saudara, kami menjawab persoalan saudara, tp saudara pula mengalih2 isu kepada perkara lain. Konar sana, konar sini. Endingnya nasihat berbakul2 dengan ayat Quran.
Typical pembangkang.
Ingat saudara, syaitan juga hafal ayat2 quran untuk mendalaminya menyesatkan umat manusia.
Persoalan kami, adakah saudara benar2 yakin kami memfitnah?