Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 7, 2013

Malaysiakini sengaja malukan Nik Aziz


Cai Pas akan bagi alasan, "Takpe kalau tak tau hal dunia. Hal akhirat lebih penting. Takbir..!" Heh...

Versi MK Bahasa Melayu:

Walaupun Psy merupakan artis sensasi Korea Selatan dan di peringkat global, tetapi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat nampaknya tidak perasan dan malah menyangka Psy seorang wanita.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, semalam Nik Aziz menggesa Psy menutup aurat apabila diberitahu media bahawa selebriti itu membuat persembahan di majlis sambutan Tahun Baru Cina pada 11 Februari.

Apabila diberitahu bahawa psy seorang lelaki, Nik Aziz bimbang sama ada kandungan lagu-lagunya  positif untuk anak-anak muda.

Menteri Kelantan berusia 82 tahun itu juga bertanya pemberita, "Dalam apa bahasa dia menyanyi?" dan selepas diberitahu Psy rakyat Korea, Nik Aziz bingung mengapa orang mendengar lagu-lagu dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Menteri besar Kelantan mengulas mengenai perbelanjaan besar untuk membawa penghibur asing kerana sumber-sumber itu boleh digunakan untuk memajukan artis-artis tempatan.

"Tidakkah kita mempunyai banyak penyanyi tempatan? Mengapa tidak kita upah belia tempatan? Bukankah lebih baik membelanjakannya untuk belia kita?" tanya beliau.

8 comments:

  1. orang lelaki tak ada auratkah?

    ReplyDelete
  2. kah kah kah..org lelaki mmg ade aurat..auratnya cuma diantara perot smpi la ke lutut..biasanya dorg org lelaki ni menyanyi pkai suar pnjang melainkn ada parti ke tema ke bru la pkai suar pndek.tu pon xtau..ape la..soalan bengong..

    ReplyDelete
  3. Baguslah teguran/ peringatan tu. PSY pun bukan datang sorang, pasti ada penari-penarinya yang seksi. Kalau bab nasihat ini pun nak dijadikan isu, tak taulah nak kata apa lagi. Begitu sekali politik di Malaysia ni. Nasihat yang baik pun nak diperlekehkan.

    ReplyDelete
  4. Maasalahnya bukan perihal nasihat,yang menjadi maasalah sekarang ialah TGNA tak tahu jantina PSY tu.Kalau tak tahu tanya lah PA ke atau pulohan pengampu beliau.Malu lah perkara macam ini berlaku dan kalau saya macam TGNA saya pancung semua panesehat.

    ReplyDelete
  5. Melayu , Melayu , Melayu. Bila masa anda semua nak jadi Melayu Islam sebenar. PSY isu pun Melayu dah tak ketahuan. Nilailah isu berpandukan ajaran Islam. Insya Allah semua dapat petunjuk.

    ReplyDelete
  6. Saya suka Ustaz Nasha

    ReplyDelete
  7. Dah semakin nyanyuk orang tua ni, hanya mulutnya sahaja berfungsi tapi mata, telinga dan hatinya tak bleh pakai...tak tau la kalu bawah perut dia masih bleh pakai.

    Hai ulamak dunia...kesian

    ReplyDelete
  8. Hanya islam tulin dapat selamatkan UMNO : Dr MAZA

    ReplyDelete

Blog Archive