Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, March 27, 2010

Setinggan KEMPAS...

Kg. Denai Pinggiran ialah sebuah tapak kawasan belukar yang bertukar menjadi desa di Kempas, terus ilhamnya dinamakan Kampung Denai Pinggiran. Selama puluhan tahun, Kerajaan Negeri Johor tidak dirapati oleh penduduk yang 90% tidak BERSETUJU dengan pilihan Rakyat Johor iaitu Kerajaan BN Negeri Johor Darul Takzim.

Bilamana jentolak berarak dan berasap menutupi dan membongkar tanah serta rumah istana kediaman penduduk...maka seperti lazimnya, ramai MELOMPAT dan MERAUNG simpati.

15 tahun lalu di lokasi yang sama, apabila wakil-wakil rakyat terdahulu makan senang di sana, Kenapa Kg. Denai Pinggiran tidak ambil tindakan BIJAKSANA?

Banyak lagi kampung dan desa pinggir Kota Metropolis JB akan menjadi bahan BAHAMAN jengkaut dan jentolak, demi makna sebuah Pembangunan Kerdil. Gamaknya, terma istilah "AKAL BUDI" dan "BAHASA BERBICARA" sudah tidak dipandang oleh Penguasa. Tampak, yang lebih dikejar gilai oleh Penguasa ialah Duit, Duit dan Duit.

Di beberapa buah Negeri, isu rumah setinggan atau rumah haram atau rumah pasang siap atas Tanah Haram@Tanah yang tidak direstu/diizin untuk dibangun struktur kediaman kekal mahupun sementara, akan TERUS melewati masa beberapa badan Penguasa tempatan. Tanah-tanah TOL yang mungkin berubah taraf dan pemilik, menjadi cagaran nyawa dan insurans survival rakyat.

Persoalan yang amat wajar ditanya kepada Penguasa ialah:

1. Kenapakah kelompok susah ini, andai mereka diiktiraf dalam Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, tidak diberi pertolongan kehidupan yang sejahtera?

2. Kenapakah kumpulan Miskin Bandar yang dilihat mendiami kawasan-kawasan tertentu, tidak didekati oleh pemimpin setempat yang beroperasi di Pejabat Tanah dan Daerah?

3. Kenapakah sebilangan kecil Rakyat Raja masih dihimpit fenomena ALAM Nafsu Lapar ini? Apakah institusi Raja perlu campurtangan dalam soal-soal sebegini? Apakah Pusat Zakat Negeri dan BaitulMal negeri siap siaga memberi keputusan yang menselesakan Rakyat Raja?

31 Ogos 2010 memberi tanda Malaysia merdeka selama 53 tahun. Namun dalam survival umat, khasnya Rakyat Raja...kita masih BELUM MERDEKA. Kita terlalu jauh daripada protokol MERDEKA. Setinggan, Kg, Denai Pinggiran ialah anatomi rakyat yang tertekan dan terkongkong.

Iktibar daripada sebuah penulisan Inggeris yang di tinta oleh R.O.Winsted 1950, bahawa Melayu ini akan dikenali bila mana kesusahan melanda mereka. Bahawa Melayu ini dirasai bilamana bahang amukan bersama mereka. Bahawa Melayu ini dikelas sebagai kumpulan bangsa kelas Ketiga.

Pak Sedaro amat berduka dan BERDOA, agar Melayu akan dikenali bila Kesenangan, Kemewahan, Kecemerlangan milik Mereka. Bila Kebijaksanaan dan Sikap Berbudi Baik milik mereka. Bila insan yang namanya ditaksir sebagai Melayu dimaju sebagai Bangsa Keturunan Berjaya dan Model Rakyat Raja Kelas Pertama.

7 comments:

  1. salam pak sedaro. aku rasa pddk setinggan ni bukan bulih percaya sgt. kbykn mereka ni mewah. kereta sampai 2, rumah ada astro, kdg2 siap ada parabola lagi. luar rumah punya la buruk, masuk dlm macam challet mewah dia punya perabot. hidup mewah atas tanah kerajaan tanpa perlu bayar. foc. siap buat rumah atas tanah haram pastu kasi sewa plak dgn org lain. kalu sewa dgn org tempatan bulih gak tahan, ini siap bg sewa dgn pekerja asing. dia dok rumah 'halal' pastu makan duit sewa rumah atas tanah haram. org sebegini karut je. kerajaan kadang2 tak boleh berlembut sgt. elok diratakan mereka yg tau nak hidup free atas tanah haram ni. aku tau benda ni sbb aku dulu pernah ddk ampang yg byk kwsn setinggan masa tu. sakit tul tgk pemandangan rumah setinggan. bkn mereka tak mampu tapi mereka lebih suka menyusahkan kerajaan dan org sekitar.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan tom-tem-bak.

    Saya merupakan anak setinggan sama ada dari Kampung Pasir Wardieburn, sehinggalah ke Pantai Dalam (original punya pantai dalam, bukan pantai dalam sekarang)....

    Kebanyakan yang menghuni perkampungan setinggan, tidaklah sesusah mana. Kebanyakan mereka bertangga gaji sama seperti orang lain yang berada dalam kelas bawahan. Tak tahu lah kalau masih ada yang bertangga gaji RM180 macam penduduk asal rumah kilat sekitar penghujung 60-an lalu.

    Ada satu yang kerap mereka fikirkan iaitu pampasan daripada kerajaan dan peluang untuk memperolehi rumah pangsa murah dengan kadar harga yang lebih rendah dari pasaran. Apabila Kampung Ampang Raya dipindahkan, kebanyakan penghuninya memperolehi rumah kos rendah berharga RM16,000 di Taman Tasik Tambahan, Ampang serta Taman Raya...

    Kebanyakan penghuni setingan tempatan mempunyai Astro, broadband, kereta dan rumah mereka dihiasi dengan perabot-perabot yang serba lengkap. Bekalan air dan elektrik, kebanyakannya adalah percuma...

    Apabila diarahkan berpindah, mereka biasanya akan ditawarkan dengan sejumlah pampasan, sama ada berserta rumah pangsa berharga murah atau pun pampasan semata-mata.

    Satu-satunya kerajaan di dunia ini yang begitu memberi muka kepada kaum setinggan adalah kerajaan Malaysia. Kerajaan lain, biasanya akan tolak dan hapuskan setinggan begitu sahaja tanpa sebarang pampasan.

    Apa yang berlaku di Johor, adalah perkara sama yang berlaku di setinggan-setinggan lain termasuklah di Kampung Buah Pala. Mereka tidak bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan dan ingin mendapatkan rumah secara percuma sebagai pampasan selain wang ringgit dan apabila kehendak tidak dituruti, mereka akan kekal di situ dengan harapan pihak berkuasa akan tunduk...

    Dah sememangnya wajar untuk pihak berkuasa tidak lagi tunduk kepada kehendak kaum setinggan. Mereka perlu diajar untuk hidup seperti orang lain yang boleh menyewa rumah teres atau rumah pangsa mengikut kemampuan... mustahil mereka tidak mampu... dan kalaupun mereka tidak mampu menyewa sebuah rumah, mereka sewajarnya balik kampung dan tak payahlah menyemakkan ruang di bandaraya lagi!

    ReplyDelete
  3. cicit kamat jgn tepengaruh na ngan ckp haji jamaludin yg singkat akal tu. igt skit nilai bau stokin. heheheh.

    ReplyDelete
  4. shasha said...
    cicit kamat jgn tepengaruh na ngan ckp haji jamaludin yg singkat akal tu. igt skit nilai bau stokin. heheheh.

    sasha, kau ni gilo ko...poi lah bau setukin kau tu kehekehkeh

    ReplyDelete
  5. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Ulasan Pak Sedaro setakat untuk mengaburi kommentar seperti tom tem bak, cucu tok wan,shasa dan sekutunya .
    Allah SWT cipta dua telinga , tapi Pak Sedaro pakai satu je? Pak Sedaro dak selidik atau interview para penduduk setinggan KEMPAS johor sebelum Pak Sedaro buat kupasan atas kertas je? Pak Sedaro atau PANEH MIANG "Jangan cuba nak menegak benang yang basah????????

    ReplyDelete
  6. pak sedaro
    baguih punyo cerito nih

    yang sodihny mengapo si mentri bosar dan exco
    yang duduk kat tepi singapura tak dapek lihat
    kemajuan republik dalam perumahan.

    Ini terkonteng konteng orang miskin duduk kat rumah haram.
    Apo yang susahnya nak buek rumah rakyat. Bagi ajo semua
    tanah tu pada pemaju kemudian suruh mereka buek rumah pangsa
    dan selebih nya bikit apartment mahal dan sederhana. ini
    dipanggil mixed development. Jadi penswastaan akan hilangkan
    kesusahan wang gomen nogori dan juga cepatkan pelancaran.
    pegawai gomen nogori selalu lembik, bontot dalam pemikiran
    .olih itu baguslah jika penswastaan dapek adokan rumah untuk
    rakyat.

    Ada jugo masalah kat kl. Pegawai dbkl khayal makan
    suap. Pasal tu kat sentul raya Ytl [PEMAJU PENSWASTAAN]
    tak buek rumah murah untuk rakyat. Ytl buek flat mahal dulu
    . mereka ni kebal sikit pasal berkawan dengan maha'raw'thir
    and sons dan mat ngantuk [gomen anak beranak]. hingga sekarang
    rumah murah belum di buek. Ini kes chingkie celako dan bila
    ada pilihanrayo esok jangan ambek si chingkie celako
    dan geng geng melayu [lebih kurang sial ]jugak.

    Khong Khek Khuat

    ReplyDelete
  7. Kaifiat mengundi bagi pengundi-pengundi ULU Selangor;

    1) masuk dewan mengundi, ambil pensil

    2) pasang niat; sahaja aku mengundi BN kerana ROSMAH

    3) pangkah

    4) masukkan kertas undi dalam kotak undi

    5) cium gambar ROSMAH

    Baru sah menjadi penyokong BN.

    ReplyDelete

Blog Archive