Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, March 30, 2010

Senangnya kerja Noh Omar...

TEKUN ini terwarta sebagai agen peminjaman wang bertauliah yang dipantau oleh Kerajaan Malaysia kepada para usahawan dan peniaga peruncitan kecil-kecilan. TEKUN sebagai Tabung Ekonomi Usahawan Nasional melantik wakil-wakil di kalangan orang pilihan mereka sebagai Agen TEKUN di Daerah atau Kawasan Parlimen.

Ramai juga kalangan Agen TEKUN ini menikmati kehidupan sebagai BIAWAK HIDUP dan PENYANGAK kepada TEKUN. Tidak kurang yang memberi definisi AMANAH, SIDDIQ, TABLIGH dan FATANAH, yang tidak dihargai oleh Pegawai Atasan mereka.

TEKUN ditadbir oleh KPUN sebelum kementerian ini dikuburkan. Kini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mentadbir TEKUN. Walau bagaimanapun, Noh Omar jugalah yang menyatakan di Parlimen semasa di KPUN...dan kini MOA, bahawa kementerian telah melantik Panel Peguam untuk ambil tindakan kepada peminjam yang gagal bayar.

Kenapa dalam fikiran Pegawai Atasan TEKUN tidak terbit taksiran untuk MEMBINA USAHAWAN RUNCIT TEKUN, BANTU SELESAI BEBAN HUTANG TEKUN, SELIDIK KENAPA PEMINJAM TEKUN TAK MAMPU BAYAR?

Pak Sedaro bongih bonar dengan anjuran tindakan SAMAN peminjam, bawa peminjam ke mahkamah, isytihar peminjam TEKUN muflis atau bankrap, sebagainya...Itu kerja mudah. Budak sekolah pun mampu buat ta'kulan untuk selesai masalah dengan cara saman. Kerajaan patut lebih bijaksana berbanding ikut resmi pembangkang yang suka menyaman orang sebagai penyelesaian atas ketidak bijakan tumpul otak pemimpin mereka.

Alangkah bagusnya jika Noh Omar memerah akal fikir seperti ini:-

1. Buatlah satu badan Perunding Keusahawan Peruncit di TEKUN, poei tanyo tauke bosar Infusion Solution Sdn Bhd, Dr. Mohamad Salmi Mohamad Sohod, apa yang berbaloi dilaksana dalam hal ehwal TEKUN ini? Dio ni dulu, pencetus dan penggerak berjaya Program Mobile Resource Center di Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia. Maso tu, To'Pa [Mustapa Mohamad] Montori pertama KPUN.

2. Buatlah kajian statistik dan risikan sebenar, kenapa peminjam TEKUN sukar melunaskan pinjaman? Bukan main hentam dengan angka tunjuk daripada tahun 2004 hingga 2009.

3. Oleh kerana terlalu ramai pencari kerja di kalangan graduan universiti, maka sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia melalui TEKUN mewujudkan Kumpulan Kluster Pembimbing Usahawan TEKUN dengan mengadakan engagement rapat kepada setiap peminjam, 2 orang sebagai pembimbing Usahawan. Pembimbing ini akan berikan khidmat percuma kerana mereka di bayar elaun khas oleh Kerajaan Malaysia sebanyak RM 2,500 sebulan misalannya. Tugasan mereka ialah memastikan peminjam boleh melunaskan pinjaman dalam tempoh, dengan kaedah mengurus kemaslahatan dunia niaga peminjam.

4. Belajarlah bagaimana pegawai kerajaan Thailand bekerja untuk membantu usahawan kecil dan petani hingga mereka sanggup bergelumang, berhempas pulas berfikir serta tinggal bersama pengusaha selama berbulan-bulan demi memastikan projek yang dirancang kerajaan itu berjaya.

Maknanya, jika ada 10,000 peminjam, maka akan ada 20,000 pembimbing TEKUN. Dibayar RM2,500 sebulan, maknanya RM5 juta untuk elaun pembimbing sebulan. Natijah akhirnya, TEKUN dapat menzahirkan 10,000 usahawan TEKUN berkualiti, 20,000 usahawan hasil asuhan bimbingan TEKUN, yang pasti memberi makna Peruntukan Pembangunan Modal Insan sebanyak RM100 juta, seterusnya boleh dimanfaat dengan BIJAKSANA apabila 30,000 manusia TEKUN dalam TEKUN dihasilkan.

Maka rakyat bukan sahaja akan mengatakan Noh Omar sebagai bijak, malah Najib dengan sendirinya juga akan terserlah KEBIJAKSANAANNYA.

1 comment:

  1. dio ni mmg bangang pun..tgk muko pun tau bukan org pandai

    ReplyDelete

Blog Archive