Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, March 28, 2010

Pilatus Usang

Pak Sedaro fikir ATM khasnya TUDM siap siaga untuk sebilang masa berkira-kira untuk membeli pesawat latihan baru. Kisah pilatus malang terhempas di Sintok, mengembali nostalgia 11 tahun lalu di Blok 3D, Kolej Pernas yang baru siap pembinaan.

Pilatus pertama terhempas, di Sintok. Insiden malang 2 hari lalu, berlaku di belakang Kompleks Sukan, yang mungkin hampir dengan Kolej 13, UUM. Pilatus kedua, terjun di kamar UUM.

Kementerian Pertahanan mesti bersedia dengan pelan strategik mengganti besi terbang usang Pilatus ini. Malaysia sudah boleh memiliki pesawat latihan lebih baik, canggih dan berkualiti tinggi. Pilatus sudah luput zaman kemegahannya. Berapa ramai lagi yang HARUS menjadi korban pilatus. Helikopter NURI juga, kritikal kedudukannya.

Maknanya, MinDEF sudah wajar berkira-kira dalam RMK-10 ini untuk menuntut sebanyak RM 2-5bilion untuk membeli pesawat latihan baru dan helikopter baru, yang boleh memberi MAKNA yang lebih besar kepada Negara.

Tragedi Pilatus berbuah 2 kali di Sintok ialah isyarat bahawa zaman besi terbang buruk, lapuk dan usang WAJIB ditukar baru. Pedulikan tempelak MP Pembangkang, sebab mereka ini BUTA AEROANGKASA. Pedulikan kutukan dan herdikan MP Pembangkang, sebab mereka ini BUTA PERTAHANAN DAN KESELAMATAN NEGARA. Bazirkan RM 2-5 bilion untuk kepentingan Bangsa, Agama dan Tanahair.

1 comment:

  1. 11 September 2009 - Mejar Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mustafa, 37, terbunuh apabila pesawat terhempas di Langkawi, Kedah.

    16 Disember 2004 - Nahas pesawat latihan Pilatus PC-7 mengorbankan pelatih, Leftenan Amnart Summok, 23, dan jurulatihnya, Mejar Alias Bakar, 36, di Kampung Titi Besi, Kepala Batas, Pulau Pinang.

    27 Mei 2004 - Leftenan Mualimin Jasid, 23, terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Padang Gelanggang, dekat Jerlun, Kedah.

    12 Ogos 2003 - Pelatih penerbangan KTU, Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.

    12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang, Kedah.

    12 Julai 1993 - Juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.

    ReplyDelete

Blog Archive