Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, March 29, 2010

Sekolah Khas Akhlak: CADANGAN BINGAI

Berapa banyak duit lagi la...Kerajaan Malaysia nak bazirkan untuk program pemulihan akhlak kepada anak-anak Sekolah peringkat menengah rendah dan menengah atas? Kementerian Pelajaran Malaysia tidak perlu lagi bina sekolah khas. Bina sekolah untuk kayakan perut suku-sakat? Atau sekolah tersebut satu keperluan mendesak? Yang perlu diadaptasi ialah kurikulum yang baik dalam konteks pemulihan akhlak.

Melihat kepada penyelesaian program rosak akhlak kalangan pelajar sekolah yang dianggar sekitar 50-80 ribu setahun, adalah LEBIH BERKESAN DAN AFDHAL jika Kementerian Pelajaran celik ILMU membina bentuk acuan MANUSIA.

Program-program yang memberi kesan dan implikasi sosial kepada psikologi mereka ialah:

1. Program Kerja Sosial Setiap Hujung Minggu secara berturut-turut di komuniti setempat.

2. Program Perkaya Akal Budi selama 10 hari dalam keadaan paling BASIC dan MENCABAR.

3. Program Perkukuh Modal Pekerti selama 10 hari pada keadaan paling DAIF dan MENDUGA SIFAT INSAF.

4. Program Kasihan Jiwa Raga selama 3 bulan di perdesaan yang jauh, seperti Model Latihan Raleigh International UK.

5. Program Waja Nusa selama 1 bulan yang memberi input teori, amali, teknikal dan praktikal survival yang memberi NILAI insaf dan taubat kepada peserta.

6. Program-program susulan selepas acara ASAS perlu dijayakan selepas 6 bulan dengan ukuran dan unjuran tertentu. Maka barulah ada nilai kepada Trainer Persekutuan Pengakap Malaysia, Kor Askar Watahiah, Kor Sukarela PDRM, Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, sebagainya.

Semua subjek ini akan memberi pulangan dan saraan kerja kepada lebih 20,000 orang Trainer di Malaysia yang terdiri daripada Graduan dan Bekas/Pesara ATM&PDRM. Daripada membuat pelaburan pembinaan bangunan sebanyak RM1-2 billion, alangkah baiknya jika peruntukan RM1-2 billion ini disalur terus kepada Trainer Malaysia yang CEKAL JIWA RAGA membina anak bangsa. Negara tidak rugi kerana inilah BALASAN SETIMPAL yang berpadanan kepada mereka.

Umpukan RM1-2 billion itu untuk program anak pelajar rosak akhlak atau pelajar bermasalah ini agar dapat membantu sumbang kepada kerancakan ekonomi dan industri beli-belah serta peruncitan negara. Nilai RM1-2 billion yang dilabur sebagai bayaran kerja kepada 20 ribu Trainer di Malaysia akan dapat menambah pendapatan, seterusnya pusingan/kitaran aliran tunai Negara akan menokok kepada RM5-6 billion/setahun.

Tidak PERLU Sekolah Khas Akhlak! Yang perlu ialah Latihan Khusus Akhlak oleh 20,000 Trainer Malaysia. Yang sebetulnya wajib perlu Pengurusan Akhlak adalah Pegawai di Kementerian Pelajaran yang senang-lenang Makan Duit Haram dengan Projek-projek Rakyat. Yang perlu adalah Karya Integriti Agung dinukil oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Muhyiddin Dato' Haji Mohd Yassin, sebagai habuan minda dan ketangkasan tindakan oleh jentera manusia pimpinan beliau di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kayakan mauduk fikrah dengan ilmu yang berguna. Bukan dengan kepala lutut haprak dan berulat.

7 comments:

  1. Boleh tulis dalam Bahasa Melayu tak bukan bahasa sastera

    ReplyDelete
  2. Kursuskan akhlak Najib, Anwar Ibrahim Nazri Aziz, Dr Mahathir, Ibrahim Ali, Nor Mohammad Yaakob, Mohaamad Hasan, Ali Rustam dan beberapa orang yang lain.

    Mungkin elok bagitahu Rais Yatim dengan Kamarudin Siarap yang ada orang tahu tentang deal peribadi yang besar dalam urusan Jalur Lebar yang mereka sedang usahakan itu.

    Cakap bergegar-gegar, dalam pada itu sauk sana sauk sini.

    Ini akan jadi isu besar. Rais dan Masnah tu patut pergi kursus akhlak.


    donum

    ReplyDelete
  3. heheh...pencacai kj sudah mari.

    ReplyDelete
  4. Dah dasar UmNoNgok nk bg kroni copek kayo,mcm2 la nk buek eh...!
    Pergi JAHANAM lah dgn UmNoNgok...

    ReplyDelete
  5. Orang cerita pasal akhlak di peringkat rebung yang hamPAS dok pi cerita pasla BULUH buat apa?

    Jangan lari tajuk la beb!

    Ini betul-betul BINGAI punya komentator!

    ReplyDelete
  6. Pasal apa bantai Anwar aja? Mat Hasan balun duit, Nor yaakob balun duit, Isa Samad balun duit, Rais Yatim pun balun sama-sama kamarudinsiarap, Mahathir balun duit, KJ balun duit, Ali Rustam balun duit,tengku adnan balun duit, najib memanglah balun banyak, JJ balun kita semua, zahid hamidi balun duit, pak lah balun duit, khir toyo gasak banyak, mat taib belasah duit rakyat, hisahamuddin balun juga.
    IGP balun, Ling Liong Sik balun, samy velu balun dan Daim lagi lanun.....kenapa tak buat bising ah?

    kaki pukul

    ReplyDelete
  7. kai pukul,

    U punya otak baguslah dan saya bersetuju.

    Anwar belasah punggung aje, tetapi nama-nama yg u sebut tu belasah harta rakyat yg ramai.

    ReplyDelete

Blog Archive