Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, March 2, 2010

Tragedi Syafiah Humairah

Pak Sedaro fikir, alam Melayu yang didiami oleh sebilangan besar yang mengaku Rakyat Raja semakin diratah oleh sikap bobrok yang menafikan syariah dan aturan munakahat Islam yang hak dan syumul.

Insiden kembalinya Sufiah Humairah ke rahmatullah, membongkar cerita bahawa ramai lagi di Malaysia yang punya sikap dan amalan hidup berkeluarga sedemikian, inilah hikmah bila mana Allah tarik nikmat nyawa kepada Sufiah. Terima kasih Sufiah, rohmu sudah di Syurga. Pak Sedaro tidak langsung simpati kepada omak kandung Sufiah ini, apalagi kepada Mat [boyfriend omak dio], ditambah pula dengan keluarga mereka, yang Pak Sedaro nampak semuanya BERSALAH bersekongkol dalam dunia maksiat peringkat TERTINGGI ini.

Baru masa ini kariah surau setempat nak bersuara. Baru sekarang, bebudak yang main bola di mana diberitakan Sufiah ini disepak terajang depan 10 orang manusia BACUL yang namanya Melayu depan mata mereka, tapi tak buat apa-apa kerana dikhabarnya "jangan campur, ini urusan keluarga, aku bapa tiri budak ini"...Ternyata dunia Melayu dan alam KEBACULAN semakin melanda umat.

10 orang manusia sasa yang main bola tak boleh nak halang, manusia MAT yang rosak fikir dan sudah hilang pertimbangan hablum minnas...Apa jadi dengan Rakyat Raja?

Begitu ramai pemuda dan pemudi anak remaja bawah umur yang kini menggunakan destinasi pusat membeli belah sebagai medan sarkas tayangan percuma atau free show. Buat wayang skrip hisap lidah, love bite secara terbuka. Mereka ini manusia atau binatang yang hilang akal, manusia yang Allah telah tarik nikmat Islam atau sememangnya menjadi anak Iblis dan Syaitan...Bila mana ditegur oleh manusia lebih tua, tempiasan bahawa "Mak Bapa aku pun tak kecoh, tak bising...lu siapa?"...


Sudah tiba masanya PDRM buat tindakan kuatkuasa lebih radikal, misalnya masukkan dalam lokap bebudak bawah umur yang dah gila seks bebas ini, baik lelaki mahupun perempuan. Lepas tu bebudak ini dihantar ke Pusat Pemulihan Minda, masukkan ke program ESQ 165, baru mereka sedar siapa Rakyat Raja, kenapa mereka ini Melayu, bagaimana Definisi Melayu, dan hendak hidup dalam alam Islam dunia Melayu...

Orang macam mak Sufiah dan boyfriend ini perlu dikenakan hukuman yang setimpal, juga keluarga mereka iaitu mak dan ayah kedua manusia ini kerana BERSUBAHAT dalam mungkar dan melanggar hak munakahat ISLAM secara total...Bersihkan mereka, bawa mereka kelas taubat dan pengajian keluarga.

Pak Sedaro fikir, ramai lagi di luar sana yang hidup seperti mereka. Inilah kehidupan ibarat Saudagar BABI dan ANJING, yang menjadi contengan kepada Negara Bangsa. Apakah Negara ini mampu diwasiatkan kepada keturunan sebegini? Anak-anak tidak bersalah, yang SALAH ialah mereka yang dewasa...

Anak dibuang dalam lubang najis, dalam pam tandas, di bakar di kawasan buang sampah, dibiar bersemut di pinggir taman, dicampak di tepi pintu masjid, dan mungkin di masa depan, akan ada pula orang hantar budak dalam kotak ke pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Mufti, atau ada juga orang hantar kepala babi ke Istana Raja-Raja Melayu, atau wujud pula manusia durjana yang sewenang-wenang membakar JALUR GEMILANG di hadapan warganegara semasa Perarakan Kemerdekaan Ke-53 atau ke-100.

Moga ALLAH tempatkan Sufiah Mumairah dan sekalian anak-anak kecil yang terkorban akibat DURJANA manusia baghal di Syurga Langit Ke-7. Mereka inilah Bidadari Syurga dan Pembawa Kasturi Syurga.

6 comments:

  1. ade satu blog tu... bagi pendapat konon2 orang takut nak pegi tolong budak tu...

    kata da ramai2 kan... yang pukul budak tu sorang je... takkan la takde yang sanggup nak pegi "sabarkan"?

    saya sokong artikel ni... sebab banyak benda meragukan disebalik kematian kanak2 tu...

    kesian dia jadi mangsa... al-fatihah...

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, kalau kita kaji2 balik, berpegang pada iman dan qada' dan qadar, kita boleh nampak.. sebenarnya setiap yg berlaku adalah kehendak Allah semata-mata..

    saya berpendapat, Allah jugak tidak memberi gerak kepada 10 org yg bermain bola itu untuk membantu.. sebab dengan kejadian ini lah, terbongkar lah dosa2 besar keluarga mak Syafiah.. mereka cuba menipu masyarakat, hidup bergelumang dosa, disokong pula oleh datuk dan neneknya.. tapi Allah juga yg Maha berkuasa.. tak boleh menipu Allah.. akhirnya terbongkar dosa dan aib mereka... walaupun Syafiah menjadi mangsa, itulah dia kehendak Allah SWT, dialah menjadi punca semua ini terbongkar..

    Anak syurga insyaAllah.. dan ada lah hikmah dia tidak hidup lama, kalau tak, mungkin kehidupannya lebih sengsara didera, ataupun, dia akan terjerumus ke lembah yg lebih hina memandangkan org2 dewasa di sekelilingnya semua adalah manusia yg tidak ada iman dan tidak berhati perut...

    Wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  3. Sedih dengan tragedi ini. Kasihan kepada kanak2 ini yang mati dalam keadaan yang memilukan. Binatang mereka ini. Ibu arwah juga berzina dengan pembunuh sehingga lahir anak luar nikah. Keruntuhan akhlak mereka inilah segala punca. Dua-dua mereka mesti menerima balasan yang setimpal.

    Jay

    ReplyDelete
  4. MANUSIA SEKARANG KEBANYAKAN HANYA SUKA MENONTON DARI MEMBANTU...CUBA LAH GUNA AKAL FIKIRAN UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK YANG TIDAK BERDOSA SEKURANG-KURANGNYA DAPAT JUGA MEMBANTU ADIK YANG MALANG ITU DAPAT MELIHAT KEINDAHAN DAN KENIKMATAN DUNIA..

    ReplyDelete
  5. ORANG2 SEPERTI INI TIDAK HARUS DIBIARKAN KEKAL DIMUKA BUMI DAN TIDAK HARUS DIBERI PENGAMPUNAN DIDUNIA MAHU PUN DIAKHIRAT...
    ORANG2 SEPERTI INI BERKELAKUAN SEPERTI BINATANG TUNJUK KUAT KENAPA TIDAK DI HANTAR SJA PI GAZA KA BOSNIA KA TUNJUK LA BELANG DI SANA PUAS2 BARU NGAM NI NAK TUNJUK DENGA BUDAK2...BTUL TADA OTAK PUNYA MANUSIA..

    ReplyDelete

Blog Archive