Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, September 26, 2010

Si Tempang MISTERI

Ha..ha..ha...Gelak dan Ketawa Orang Kaya. Pak Sedaro tengok banyak blog PAS membodohi diri memasing dengan meliwat dan melacur minda miskin kalian. Ado juo blog UMNO atau blog pengyokong BN yang sekutu dan sewaktu dengan bloggers PAS tersebut. Kasian...kasian.

Begitu ramai pengulas upahan dan pengulas sembrono, yang memberi petunjuk "cas-cas negatif". Pembacaan tentang si tempang misteri "I'Da"...

Ado yang cubo jolok Pak Sedaro untuk bongkar siapa sobonar ARAW! Pak Sedaro dah posan, tugasan bongkar kain dalam siapo ARAW bukan natijah dan nawaitu wacana Pak Sedaro! Pak Sedaro kenal ARAW bukan untuk diperkenal kepada awam, yang hari ini menjadi "mee-segera" dalam tabloid dan blog rakyat Malaysia.

Pak Sedaro tak menyambut "gayung" dan kato komentar dalam PM. Kalian seperti yang Pak Sedaro posan, caro nak selidik orang konolah beradab dan beradat. Bak pepatah Melayu "Lain Padang, Lain Belalang"...

Si tempang misteri, merupakan bahan bualan yang disama wajah sebagai kader 1Malaysia, barua Najib Tun Razak, balaci UMNO dan sebagainya! Si tempang misteri, dimadu juga sebagai penipu seperti "Lebanon Putar Alam", Supandi-KRI Development yang mombolit isu Felda Pasoh dan Kontraktor Kelas A sebagai "mandate of trustee-government of Malaysia". Si tempang dilabel pelbagai wajah kerana punyo gambar dengan Khalid Uban untuk XPDC Everest 2011, Jamuan Di Raja Persatuan Hoki Malaysia, Penyumbang di Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2010, Mengadap Sultanah Johor, dan sebagainya. Si tempang juga dikutuk kerana "orang gilo sumbang RM4b tanpo sobab", "di arah PDRM, SPRM siasat"....

Lain kali, kalau nak suruh siasat...buat laporan polis mengesa Jabatan Jenayah Komersil PDRM siasat, SPRM siasat, BNM siasat, Al-Rajhi Kelana Jaya siasat, SSM siasat, LHDN siasat, MoF siasat, Interpol siasat, Bank yang bersekutu dengan I'DA World siasat dan disiasat, MKN siasat siapo ARAW, barulah nampak bijaksana...teknik memukul dan memalu ARAW dan I'DA world ini.

Pak Sedaro nak beri banyak "maklumat" kepada pembaco sebonar, yang mengguna "hikmah" akal dan minda KAYA dalam mengupas siapa ARAW dan I'DA World. Segala yang tersurat terjawab secara lahir batin dalam rangka wacana Pak Sedaro. Kali pertama, Pak Sedaro tulis artikel tontang insan ini, ado yang komen "Pak Sedaro gilo bicara soal RM1 trillion projek di Kelantan"..."Pak Sedaro biol bilo bicara soal harta RM6.32 trillion=USD 2.3 trillion milik I'DA".

Kini, si tempang misteri telah memberi "pekikan" dan tamparan jarak jauh kepada bangsa Melayu. Namun, ado yang masih kato dio gilo. Si tempang ini sudah 3 orang bini. Yang terkini tulah yang diusung kulu-kilir, yang lain telah jumpa jalan pulang. Keperibadian si tempang yang mendalam, tidak wajar Pak Sedaro dedah kepada awam. Kalian hendak kenal dio, poei jumpa sendiri di Kelana Jaya, botul sobolah Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Dio gomar minam kek kodai bawah pejabat dio. Agak semerah padi juga.

Mungkin hari ini Cawangan Khas dan Cawangan Perisikan BNM telah pasang kaki di lokasi pejabat ARAW memantau gerakan langsung I'DA World. Jadi sesapo yang ngimpit ARAW konalah awas.

Si tempang misteri, bukan orang asing dikalangan anak Melayu yang seusia dia. Sobab itu pembesar negara generasi umur 75-90 tahun ke atas, tidak beri komentar tentang wujudnya insan ini dalam diari Malaysia.

Moga Allah beri rahmah dan maghfirah kepado si tempang misteri ini dan dilimpah kekayaan kepada anak Melayu yang berjuang untuk meningkat martabat JIHAD WANG DAN JIHAD EKONOMI kepada keturunan dan bangsa Melayu.

7 comments:

  1. Akur dengan penilaian Pak Sedaro.Saperti yg saya kata diakhir posting saya "Hanya Jauhari Kenal Manikam"..Biarlah yang tersirat terus jadi yang tersirat.Salam

    ReplyDelete
  2. PENDEDAHAH TULUS DAN PENGAKUAN DIRI SEBAGAI BEKAS CEO KRI DEVELOPMENT SDN.BHD SEBAGAI MAKLUM BALAS DI ATAS FITNAH DAN TOMAHAN KEATAS SAYA.

    Saya Muhamad Sobri Bin Din yang di tugaskan sebagai CEO oleh Hj Supandi Mohamad selaku President ( yang mengaku dirinya Mandate and Trustee of The Government ) dan juga En.Suhaimi sebagai Vice-President syarikat KRI DEVELOPMENT SDN BHD.
    Selaku CEO syarikat,saya telah ditugaskan mencari dana untuk perlaksanaan projek-projek KRI Development Sdn Bhd di Kedah dibawah naungan IMT-GT Malaysia.

    Secara tulus saya juga (seperti ramai yang lain)terpedaya dengan pengakuan Hj Supandi Mohamad akan kedudukan beliau sebagai pemegang mandat negara ditugaskan untuk membantu Negara bagi pihak Kerajaan Malaysia,memandangkan terlalu ramai yang datang berjumpa beliau terdiri dari pihak atasan Istana,Putrajaya,Koprat juga pegawai pegawai polis dan segala pertemuan dengan beliau diadakan di KL International Hotel ( milik Koperasi Polis ) di Kuala Lumpur.

    Dalam pencarian dana pada tahun 2003 saya telah bertemu dengan Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab yang bersedia membantu mengadakan dana dengan menyerahkan pada saya documen kewangan (asal) berserta Hard Disk berjumlah USD 25 Billion dan bersama beliau kami kemudiannya menyerahkan kepada Hj Supandi Mohamad.

    Hj Supandi Mohamad dengan sukacitanya yang kemudiannya menyerahkan dokumen kewangan tersebut kepada seorang wakil berbangsa cina yang dikatakan boleh melakukan kecairan kewangan tersebut melalui pebankan di Singapura dan Hong Kong.
    Setelah beberapa tahun menunggu, pada awal tahun 2005 saya kemudian nya dihubungi oleh Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab menanya tentang perkembangan kewangannya dan malang bagi saya, lelaki cina tersebut tidak dapat dikesan serta dihubungi.
    Kewangan yang ada dalam KRI juga dilihat dipergunakan oleh Hj Supandi dan En,Suhaimi dengan sesuka hati yang membabitkan jumlah yang besar.
    Dengan keadaan sebegini saya telah hilang kepercayaan kepada kedua dua pengarah tersebut lantas mengambil keputusan meletak jawatan CEO dan menyerahkan surat perletakan jawatan untuk membuat kerja sendiri.

    Pada awal bulan January 2007 saya secara kebetulan berjumpa dengan Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab dan beliau bertanya kepada saya apakah masih lagi berkerja dengan 'Si-penipu' tu?Terkejut saya lantas saya tunduk sedih dengan segala keadaan yang telah berlaku.
    Adakah kamu masih mahu meneruskan perjuangan membantu raayat serta mengubah haluan hidup ? Kalau kamu sedia tulus didalam urusan itu saya sedia membantu kamu walaupun dokumen kewangan tersebut telah hilang dalam simpanan kamu.
    Saya terasa amat sebak dengan tawaran tersebut dan berterima kasih yang amat kepada Tuan Haji Abdul Rahim kerana menerima saya.Mungkin beliau sedar pelbagai keperitan yang telah saya lalui.

    Mulai dari saat itu Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab mula memberikan bimbingan kepada saya dan seterusnya mendaftarkan syarikat yang mana tertubuhnya I'DA WORLD GROUP SDN BHD pada 3 April 2007.Saya telah diberi kuasa sebagai CEO syarikat .
    Saya dengan ini memohon maaf seandainya semasa menjalankan tugasan saya dahulu sebagai CEO di KRI DEVELOPMENT SDN BHD ada membelakangi mana mana pihak berbabit.Saya juga merupakan salah seorang pemangsa Hj Supandi Mohamad yang telah bertungkus lumus tanpa mengetahui penipuan serta perangcangan licik Hj Supandi.

    Dengan pengumuman ini saya harap semua pihak berpuas hati serta tidak MENGAITKAN Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab juga I'DA WORLD GROUP SDN BHD yang jelas tidak ada bersangkut dengan Hj Supandi Mohamad atau KRI DEVELOPMENT SDN BHD atau mana mana yang bersangkutan pada kedua duanya dalam bentuk apa sekali pun.

    Sila hubungi saya seandainya anda perlu penjelasan lanjut sebagai penafian kritikan diatas.
    Muhamad Sobri Din - H/p 019 311 8217 dari jam 10am ke 6 pm atau
    datang kepejabat saya di Kelana Jaya.Selangor
    lamanweb: www.idaworldgroup.com.my

    ReplyDelete
  3. PENDEDAHAH TULUS DAN PENGAKUAN DIRI SEBAGAI BEKAS CEO KRI DEVELOPMENT SDN.BHD SEBAGAI MAKLUM BALAS DI ATAS FITNAH DAN TOMAHAN KEATAS SAYA.

  4. Salam buat Pak Sedaro.

    Tahniah kerana berjaya mengetengahkan satu isu yg sangat menarik.

    Maaflah saya nak bertanya, apakah Melayu sekaya ini benar2 wujud?

    Setahu saya, manusia Melayu kaya di Malaysia (bukan semua )adalah drpd kalangan mereka yg mencekik dan mencuri harta negara. Dari peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat cawangan. Kekayaan ini digunakan utk membina empayar,nama dan kekuasaan bukan utk negara!

    Kita sedia maklum, di Kelantan lebih 90% penduduknya org Melayu.
    Saya bukan nak berpoitik tp mengikut logik akal, apa salahnya wang royalti minyak Kelantan dikembalikan kepada rakyatnya.

    Menyekat wang ini samalah dgn mengkhianati bangsa Melayu itu sendiri.

    Siang malam kita menjerit utk menyelamatkan bangsa Melayu, tp kenapa pengkhianatan semacam ini masih berlaku?

    Idea I'Da World utk membantu memajukan Kelantan merupakan satu idea sangat murni.

    harap jangan disalah mengertikan tulisan saya ini.

    ReplyDelete
  5. Kepada saudara Mohd Sobri Din saya pohon maaf atas artikel yg saya tulis mengenai sdra,KRI dan I'da World.

    Permohonan maaf secara terbuka ada saya postkan di blog saya pada 24 Sept.

    Saperti kata saudara kita sama sama menjadi mangsa keadaan,dan saya bersetuju.

    Diharap penjelasan saya dapat sdra terima.Salam

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Saya kagum dan hormat pendirian Muhammad Sobri kerana berani tampil memberikan penjelasan atas apa yang ingin dilakukan. Solute gak kat ARAW kerana satu-satunya anak melayu yang ingin membantu membangunkan rakyat malaysia. Insya'allah niat yang murni akan diberkati oleh ALLAH

    ReplyDelete
  7. PT, En Sobri dan group of I'da World.Hanya Allah yg lebih tahu segalanya.Good luck in your future undertakings..sy doakan segalanya dipermudahkan Allah serta kejayaan ini milik semua.haya kita yg lebih tahu apa yg kita lakukan..

    ReplyDelete

Blog Archive