Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 16, 2011

Terima Kasih! Tapi...

1. Dalam kesempatan ini, ingin aku ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah membuat lawatan kerja ke Ampangan. Kesudian Tan Sri untuk melawat ke pelusuk dan lopak Ampangan, tempat tanah tumpah darah dan tempat kelahiranku, amatlah aku hargai.

2. Ini ditambah lagi dengan pengumuman dari beliau tentang peruntukan untuk mencantik dan menambahbaik bangunan dan kemudahan di Ampangan. Dalam ucapan, beliau mengumumkan peruntukan untuk menambahbaik pasar Ampangan sebanyak RM500,000, pembinaan Bazaar Ampangan sebanyak RM4 juta dan mengecat semula Bangunan Flat UDA sebanyak RM5.4 juta. Kesemuanya berjumlah RM9.9 juta bakal diturunkan ke Ampangan . Inilah kebaikannya apabila pemimpin perdana turun padang dan lumrahnya dia akan bawa turun sekali peruntukan demi untuk kesahjetaraan rakyat.

3. Berbagai reaksi di dengar apakala pengumuman sebegini di buat. Ada yang bersyukur. Ada yang mengatakan ini 'gula-gula' pilihanraya. Ada yang dah mula berkira-kira dan menyiasat siapa yang akan dapat kontrak untuk kerja-kerja penambahbaikan dan kemudahan. Ini semua reaksi-reaksi biasa, tetapi persoalannya adakah warga Ampangan bakal menikmati peruntukan dan manfaat dari kerja baik pulih dan pembinaan kemudahan ini?

4. Adakah kontrak kerja baik pulih Pasar Ampangan, pembinaan Bazaar Ampangan dan kerja mengecat Flat UDA ini dapat kepada kontraktor anak Ampangan? Atau kerja-kerja ini sekiranya dibahagikan kepada beberapa pakej kerja dan pakej kerja ini diberikan kepada kontraktor anak Ampangan? Ampangan tidak kurang dengan kontraktor-kontraktor yang berwibawa. Bolehkah mereka menerima manfaat dari peruntukan yang diumumkan oleh TPM ini?

5. Atau…. hanya (setakat) memerhatikan 'orang luar' sahaja mendapat kontrak kerja ini dan hanya menggigit jari? Sebenarnya dah beberapa kali aku melihat kerja–kerja penambahbaikan yang berlaku di Ampangan diberikan kepada 'orang luar', termasuklah kerja-kerja mencantikkan kawasan Ampangan dalam persediaan menerima ketibaan Tan Sri Muhyidin tempohari. Kenapa tidak diberikan kepada anak-anak Ampangan? Aku amat sentimental mengenai perkara ini dan aku tidak mahu anak-anak Ampangan bagaikan "ayam di kepuk mati kelaparan dan itik di air mati kehausan"!

6. Aku tahu suara pemimpin kecil seperti aku ini mungkin tidak diapikkan oleh pihak-pihak berwajib seperti pihak Majlis Perbandaran Seremban. Namun, Ampangan adalah lopak aku dan sebagai anak Ampangan aku wajib mempertahankan kepentingan anak-anak Ampangan!

7. Seperkara lagi yang membuatkan aku menjadi sentimental mengenai lawatan Tan Sri Muhyidin ke Ampangan apabila aku perhatikan pemimpin-pemimpin tempatan langsung tidak diberikan penghormatan dalam sambutan mahupun majlis yang diadakan untuk Tan Sri Muhyidin. Aku dapat lihat YBhg Dato Ishak, Ketua UMNO Bahagian Seremban tercari-cari tempat duduk kerana tiada tempat duduk bagi beliau disediakan oleh pihak penganjur. Ampangan adalah dalam Bahagian Seremban dan YBhg Dato Ishak adalah pemimpin UMNO di Bahagian Seremban. Banyak sangat ke kos atau belanja untuk memberikan penghormatan kepada pemimpin tempatan ini? Tan Sri Muhyidin naik ke jawatan Timbalan Presiden UMNO atas sokongan dari akar umbi UMNO. Atas sifat jawatannya beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pemimpin tempatan tidak mahukan wang ringgit tetapi sedikit penghargaan pun sudah mencukupi. Apatah lagi apabila majlis diadakan di kawasan pemimpin tempatan tersebut. Adakah pihak penganjur majlis ini tidak faham sensitiviti sebegini? Atau sengaja buat-buat tak faham? Atau merasakan perkara ini tidak releven?

Selanjutnya di sini.

5 comments:

  1. ha ha ha....mb agak agaknya colek ko mato dio,nak bagi kat orang n.sembilan.orang ampangan jauh sekali lah...gigit jari ajo....korjo korjo camne laei baik...mb dan pej suk bagi kat koleng.....atau cina.kalau tak cayo....khemah ,kerusi mejo nie pun tak habeh habeg bagi kat koleng krishna...satu malaysialah katokan.orang melayu disuruh jadi pasu bungo sambot tpm datang,,,yg kayo koleng lah jugo.......ramai anak anak melayu yg boleh bekalkan korjo korjo nie....tapi pej suk n9 yg dah jadi ular sawo mentedarah duit agaknya,,,,totap bagi kat orang yg samo....ok ketuo kita sibuk main golf agaknyo

    ReplyDelete
  2. haah.....saya rasa say tahu keling yg dimaksudkan tu.krishna namanya. 6 tahun direct project supply untuk suk n9. kalau pembekal melayu dah tentu sprm ikut.tok ketuo tlglah tengok tengokkan anak buah dibawah.setakat mejo,kerusi,mejo dan percetakan nie bglah sikit sikit kat melayu.ini tak asyik ayik krishna atau joy chan ,,,cino melako.usahawan melayu n9 gigit jaro ajo

    ReplyDelete
  3. Orang kampung semua tahu tahap perhubungan MB dan Dato Ishak, paling baik hanya suam-suam kuku. Namun demikian, ketika pemimpin pusat seperti TSMY melakukan lawatan ke Seremban janganlah tunjukkan sangat. Ianya seolah-olah sengaja nak menghina Dato Ishak memandangkan beliau (Dato Ishak) aadalah pemimpin tempatan.

    Ketika PM menyeru ahli-ahli UMNO di setiap peringkat bersatu dan merapatkan barisan, apa yang terjadi dalam lawatan tersebut seperti mencabar PM. Dato Ishak boleh bertindak balas kalau dia mahu, tetapi saya percaya beliau tidak akan berbuat demikian kerana tahu apa akibatnya kerana beliau seorang veteran dan lebih mengetahui sepak terajang UMNO NS daripada MB.

    Kalau MB masih mahu UMNO/BN terus berkuasa di NS, berilah penghormatan sewajaranya baik kepada rakan mahupun pesaing-pesaingnya dalam UMNO NS.

    ZMS

    ReplyDelete
  4. Salam mamak tokey Restoren Rakyat ni pun tak kurang hebatnya.
    Tok King ado syer ko...

    ReplyDelete
  5. jago baik-baik nogori tu nanti dapet kan pr gigit jarilah kau jang

    ReplyDelete

Blog Archive