Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, November 15, 2012

Please la brader...

1. Sekarang musim cuti sekolah. Maka akan kelihatanlah remaja bersongkok dan bertudung berkeliaran mengutip derma untuk sekolah atau pondok mereka kononnya. Suatu pandangan biasa di kedai-kedai makan, depan bank dan ruang pejalan kaki di sekitar bangunan komersil.

2. Tidak kurang juga OKU buta dipimpin ke sana sini oleh manusia celik sambil menjual tisu dan kelendar di tempat awam.

3. Belum masuk lagi manusia berkupiah dan  bertudung litup meminta derma dengan menggunakan sehelai kertas sebagai 'bukti' mereka mewakili pertubuhan tertentu, sama ada untuk rumah anak yatim, ataupun kononnya untuk membina masjid di Selatan Thailand atau Filipina etc.

4. Tak cerita lagi OKU yang bermain alat muzik atau bertongkat, kudung kaki dan tangan di pasar malam sekitar Negeri Sembilan sambil menjual tisu atau sticker ayat-ayat suci Al-Quran.

5. Ini suatu pemandangan biasa di Negeri Sembilan dan juga di negeri-negeri lain umumnya. Kaedah mengemis sebegini sering digunakan supaya orang ramai simpati dan tanpa ragu menghulurkan wang yang tidak pasti akan disalurkan ke mana pula selepas itu. Sama ada mereka ini terlibat dengan sindiket minta sedekah? Atau hanya asnaf yang sememangnya mendambakan bantuan? Wallahualam.

6. Didorong dengan faktor masyarakat Malaysia yang amat pemurah dan sanggup pula menghulurkan sumbangan, secara tidak langsung telah membuka ruang kepada individu atau kumpulan pengemis sebegini bercambah demi mengambil kesempatan untuk meraih pendapatan mudah.

7. Malaysia pernah diiktiraf sebagai negara Islam termaju di dunia. Walaupun ranking itu telah 'dirampas' UAE sejak 2008 dek kacau bilau politik dalam negara, namun Malaysia masih lagi diiktiraf antara negara Islam termaju di dunia. Dan sebagai sebuah negara Islam termaju di dunia, mengapa masih ramai pengemis di kalangan umat Islam di negara ini?

8. Saban tahun akan kedengaran Baitulmal, pusat zakat dan masjid-masjid mengumumkan derma dan kutipan yang diperolehi hingga ada yang mencecah jutaan ringgit. Mereka dengan bangganya mengumumkan simpanan masing-masing, dan ada juga yang turut membentangkan rancangan pelaburan, hasil daripada kutipan zakat dan derma.

9. Kami amat sedih dan malu melihat masih wujud umat Islam di negara ini yang berkeliaran mengemis tanpa dipantau atau dibantu secara konsisten oleh agensi yang sepatutnya bertanggungjawab. Amat jarang sekali melihat kaum lain mengemis selain Melayu di tempat awam.

10. Sempena Maal Hijrah 1434 ini, kami mendesak agar pegawai-pegawai Baitulmal, Majlis Agama, JKM, Majlis Daerah, KDN etc. berhijrahlah daripada sikap malas masing-masing. Selesaikanlah masalah pengemis dikalangan umat Islam. Bukan hanya duduk dalam aircond, goyang kaki di pejabat sambil menunggu asnaf datang MERAYU bantuan. Kurangkanlah karenah birokrasi. Laksanakanlah amanah yang Allah dan Rasul kamu perintahkan.

11. KELUARLAH WAHAI PEGAWAI-PEGAWAI ISLAM MENCARI ASNAf LAPAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT. JIKA TIDAK SETIAP HARI, JADIKAN IA RUTIN MINGGUAN. KELUARLAH...JANGAN KASI MALU KAUM DAN ISLAM DI TANAH MELAYU NI!!!

12. Takkan nak tunggu sampai kiamat, baru perihal umat Islam mengemis ni boleh selesai?!


Nota Asnaf Lapan:

1. Fakir
Orang Islam yang tidak mempunyai harta benda atau pekerjaan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencapai lima puluh peratus daripada had kifayahnya untuk keperluan diri dan tanggungannya.

2. Miskin
Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lima puluh peratus untuk keperluan diri dan tanggungannya tetapi tidak mencapai had kifayah.

Bahagian Fakir dan Miskin ini tidak boleh diberikan kepada orang kaya dan kepada orang yang mampu bekerja dan menghasilkan keperluan yang cukup untuk diri dan mereka yang di bawah tanggunggannya.

3. Amil (pengurus zakat)
Dalam istilah sekarang di Malaysia, Amil ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang padanya terdapat kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan zakat, begitu juga pertubuhan atau individu yang dilantik oleh badan tersebut.

4. Al-Muallafatu Qulubuhum
Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum di bahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.

Golongan Muslim meliputi :
a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.
b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang menpunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap Imannya tetapi masih berpengaruh.
Golongan bukan Muslim (Kafir) pula meliputi :
a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

5. Fir Riqab
Pada dasarnya ia bererti membebaskan seseorang itu daripada perhambaan. Bahagian ini adalah bertujuan untuk disumbangkan kepada usaha-usaha untuk menamatkan sistem atau amalan perhambaan. Apabila amalan perhambaan secara tradisi sudah terhapus sepenuhnya sekarang, ulama' bersetuju memfatwakan takrif Ar Riqab ini perlu diperluaskan lagi kepada pembebasan yang mencangkupi segala bentuk perhambaan dan penindasan yang ada seperti pembebasan dari belenggu kejahilan, pembebasan golongan lemah dari cengkaman orang-orang yang berkuasa dan pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik dan sebagainya.

6. Al- Gharimin (Orang-orang berhutang)
Orang-orang berhutang yang layak menerima zakat ialah orang yang berhutang untuk faedah awam seperti untuk menghapuskan persengketaan dua pihak dan sebagainya. Bagi individu yang berhutang untuk tujuan peribadi, mereka hanya boleh dimasukkan ke dalam asnaf ini dengan syarat beliau mestilah tidak memiliki harta dalam kadar yang mencukupi (haddul kifayah).

7. Fi Sabilillah
Ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas iaitu segala bentuk usaha yang ikhlas bagi mencapai keredhaan Allah. Oleh itu ia merangkumi segala bentuk kebajikan seperti bantuan untuk peperangan menentang musuh Islam, bantuan kepada pelajar dan apa sahaja bentuk ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah.

8. Ibnu Sabil
Iaitu orang-orang musafir yang dimaksudkan dengan musafir dalam konteks ini bukan sahaja orang yang sedang dalam perjalanan tetapi juga orang yang berniat untuk bermusafir. Begitupun, musafir itu mestilah dengan tujuan bukan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam atau maksiat.

8 comments:

  1. Oghang kito pemurah bonar. Pehtu complain itu tak cukup ini tak cukup, barang mahal bala..bala. Sedokah kek pengemis boleh pulak. Pengemis lagi kayo dari kito kek malaysia ni. Sehari collection kalo koncang boleh cocah rm200. Sebulan dah berapo. Polak den nengok budak2 bersongkok kutip derrma nih. Dah la parti kupiah putih dtg ceramah pun kutip derma. Pihak berkuaso buek apo? Xkn ontok yor.

    ReplyDelete
  2. Pegawai agama kek jabatan agamo islam sibuk pro pembangkang kot. X ramai ustaz yg sanggup turun padang. Dongar cito ramai antaro mereka pro PAS! Enam jahanam boto dioghnag nih!

    ReplyDelete
  3. Depa ni peminta sedekah professional. Untouchable. Pihak berkuasa x boleh buat apa. Terutamo budak2 yg kutip derma utk sekolah dan pondok memasing. Dulu kan pernah ada kes eksiden bebudak ni yang nak balik utara lepas diperalatkan kutip derma kat kl. Sampai mati bebudak tu. Kecoh kejap. Pastu ramai balik yg kutip derma. Siap dgn resit. Macamlah resit tu boleh guna kurangkan cukai.. Malaysia ni camtulah. Penguatkuasaan lemah. Dah jadi rahsia umum.

    ReplyDelete
  4. Jang,
    Kito berkhidmat ni mesti jujur dan ikhlas.Jika sikap ini diamalkan olih pihak-pihak yang bertanggungjawab dan diberi kuasa melaksanakan penguatkuasaan ,berkemungkinan perkara ini tidak ujud.Salam

    ReplyDelete
  5. Sedaraku paneh. Ekau lately ni dah jarang menulih den nengok. Pehtu nulis plak bukan cerito politik. Lamo dah den tak baco analisis-analisis kau yang mencongkam tu. Harap ekau rajin la nulih lagi pehni. Seronok den nengok pembangkang teloncek komen tiap kali kau samash dorang.

    Bab peminto sedokah ni den maleh nak komen panjang. Cumo elok la besedokah selagi mampu sobab sodokah tu boleh memanjangkan umor. Timo kasey.

    ReplyDelete
  6. Ada kuasa 55 tahun, melayu masih mengemis dibumi sendiri. Angkara siapa agaknya ia.

    ReplyDelete
  7. den raso lobih baik minto sedokah daripado curi kabel letrik, rogol anak orang, berzina, pocah rumah orang, pocak keto orang, meragut, mencuri, isap dadah yang banyak tidak dilaporkan sobab nak jago aib keluargo seperti mano yang banyak berlaku selama 22 tahun PAS merintah kelantan.

    ReplyDelete
  8. Orang nak buat amal pon nak komplen.Suko ati orang tu la.duit dio bukan duit ekau pon.kok dio mintak duit ekau boleh la nak memokak.Post kat atas pasal pentadbiran zakat.Yang poie ke kiro berapo pengemis tu dapekla,dongar cito ramai yang pro PAS la..main donga yo pulak ontah boto ko tidak kahkahkah Gangnam ekau rajin ko nak tolong kutip derma untuk sekolah budak utara yang meninggal macam ekau kobaan tu???
    " Please la brader..."

    ReplyDelete

Blog Archive