Difahamkan salah seorang Ketua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin UMNO. Laporan telah pun di buat oleh beberapa individu yang merupakan ahli UMNO berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini. Kempen dibuat oleh ‘orang-orang’ Ketua Bahagian tersebut yang meminta agar ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang amatlah menyedihkan. Mereka berkempen di tiga kawasan DUN dalam parlimen yang sama untuk memastikan calon BN tewas sedangkan mereka adalah ahli-ahli UMNO.
Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian tersebut baru-baru ini turut membincangkan mengenai perkara ini dan akan mengemukakan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO mengenai perbuatan sabotaj pengikut setia Ketua Bahagian berkenaan.
Inilah masalahnya kalau fikiran dikuasai syaitan dan mabukkan kuasa sampai lupa perjuangan sebenar. Untuk mengekalkan jawatan demi kepentingan peribadi masing-masing, mereka sanggup menggadai maruah dan memperjudikan nasib bangsa sendiri. Orang-orang seperti ini tidak seharusnya berada dalam UMNO dan kalau nak kekalkan pun elok ‘brainwash’ cukup-cukup. Kasi ajar sikit asas perjuangan dan ketuanan Melayu.
Tapi tak boleh juga salahkan semua kat Ketua Bahagian tu. Pengerusi Perhubungan Negeri pun patut dikenakan tindakan disiplin juga. Lain kali jangan la syok sendiri sampai nak ‘bunuh’ semua calon UMNO yang dilihat berpotensi untuk menggugat kedudukan awak tu. Tanya la pendapat akar umbi dulu kalau nak letakkan calon di sesuatu kawasan. Presiden UMNO pulak, jangan la main terima je apa kata Pengerusi Perhubungan. Buat la ‘research’ sendiri. Penyudahnya banyak kawasan kubu kuat UMNO kalah. BARU PADAN MUKA HANG. BILA MAU LETAK JAWATAN?
Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Recently Popular Posts
Monday, April 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2008
(343)
-
▼
April
(37)
- Malaysia My Home
- Terkejut
- Sempena Hari Pekerja Malaysia
- RAHMAT
- PUNCA
- HATI ATUK TOSONTUH
- ISLAM HADHARI DAN PAS ABAI KEBAJIKAN MUSLIM?
- KHAS UNTUK PAK LAH DAN SELURUH MELAYU
- Sokong bawa rebah
- Lanjutan Persaraan Kakitangan Kerajaan
- Sabotaj di Parlimen Seremban
- Leader in waiting- Dato' Mukhriz Tun Mahathir
- Inflasi negara rendah - APO?
- KERBAU PUN DAH MULA PROTES
- PELAJAR KITA BIJAK TETAPI...
- SALAM UNTUK SEMUA
- Cerito Atuk
- ARE MALAYSIANS RACIST???
- Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?
- A Beautiful State
- Time...the most precious
- ZOMBI KAMPUNG PISANG
- Hadi sayangkan UMNO
- PAK LAH TAK POKAK
- TERIMA KASIH
- UNIVERSITI AL-AZHAR BUKA KAMPUS CAWANGAN DI NEGERI...
- Ketuanan Melayu
- PERISYTIHARAN RUKUN NEGARA
- Segerakan pelan peralihan kuasa
- Ahli UMNO Sabotaj Pilihanraya?
- Lawyers’ Lampoons
- Masa Untuk Perubahan
- TAN SRI ISA TANDING TIMBALAN PRESIDEN?
- Melayu
- Minyak @ Emas Hitam
- Definisi Ketuanan Melayu Mengikut Perlembagaan Mal...
- Menangani Agenda Asing
-
▼
April
(37)
inilah penyakit yang serius menyerang bangsa melayu...hebat penyakit ni..dan sangat bahaya kepada kehidupan...datangnya tidak diundang,nak dihalau sukar sekali...PHD..penyakit hasad dengki...aku kira bangsa ini wlaupun pernah tercatat dalam sejarah sebagai sebuah bangsa yg hebat, menakluki seluruh nusntara, akhirnya jatuh ke tangan musuh dan kekal berada dalam cengkaman dan belenggu...tidak lain kerana PHD...yang hebatnya, penyakit ini menyerang tanpa mengenal latarbelakang individu,mahupun kekuatan pegangan agama,apatah lagi fahaman politik...adakah penyakit ini menyerang MELAYU kerana bangsa ini suka sangat berdusta pada diri sendiri? Melayu sinonimnya ISLAM,namun dlam banyak keadaan Islam ke mana,bangsa pun entah ke mana...selalu saja menggunakan ISLAM sebagai penyelamat diri tapi hakikatnya lebih kafir dari Amerika...Saya kira ubat kepada penyakit ini cuma satu...kembali kepada ajaran asas islam..."sayangilah saudara kamu sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri"..."tidak lengkap iman seseorang muslim sehingga dia menyayangi saudara seagamanya"...dan saya kira ajaran ini untuk semua yang melafazkan syahadah,yang meyakini islam bukan sekadar di hati tetapi diiringi dengan tindakan yang selari dengan ajaran sebagai menifestasi keimanan...dan saya kira ajaran ini melangkaui batas fahaman politik,latar belakang pendidkan atau apa sahaja...asal sahaja kita ini islam maka ianya untuk kita semua....JANGAN KITA HANYA PANDAI MERANGKA POLISI,konon nya mengamalkan ISLAM HADARI mahupun PEMERINTAHAN ULAMA' sekiranya hukum asas ini tidak mampu untuk kita hayati dan amalkan...akhirnya kita juga tersungkur, bangsa tergadai, maruah di perkotak-katik...kerana yang menanggung bahana bukan seorang, namun seluruh bangsa ini...malah juga mungkin annak cucu kita...Siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk selamatkan bangsa dan agama kita? Takkan merak yang sanggup bersekongkol dengan ISRAEL menjadi harapan??? Apatah lagi kafir harbi...
ReplyDeleteBotul tu sojuk. Den sokong.
ReplyDeletepaneh
ReplyDeleteKita kena kaji sehingga ke akar umbi kenapa mereka sabotaj? puncanya pada sapa? Tok Mat? mmm..kurang tepat pada pandangan hamba
Agak-agak la... maso pakatan rakyat kalah pru 11 dulu la... ado tak isu orang diorang sabotaj... den raso la isu ni kocik... isu yang sebonar eh pada pandangan den rakyat marah dengan BN.. bukan rakyat suko pado pakatan rakyat ni.. rakyat dah polak dongan perangai Pak Lah + KJ + Patrick dan segalo makluk yang dikenali dengan namo kroni Pak Lah... lopeh tu pulak ado orang UMNO yang belot atau sabotaj... sodap la..
ReplyDeleteP/s
cubo kito renung balik apo hikmah eh di sebalik pru 12 ni..
rindu la kek ayahanda Tun M
duduk kl tp masih jiwo negori