Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, April 13, 2008

TAN SRI ISA TANDING TIMBALAN PRESIDEN?


Ese ke ghumah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad siang tadi memenuhi undangan bergholek nikah anak sulung eh Najib. Punyolah ramai orang sampai ado yang kono berbotih kek satu kilometer sebelum sampai ke rumah agam eh ke Nilai Spring tu.
Maso salam dengan dio se pun gatal mulut bertanyo, “Tuk ghamai eh oghang, ini bukan tahap naib presiden, Ini dah tahap Timbalan Presiden nih….” Kau oghang tau apo jawab eh.. “Tu lah aku tak bertanding naib”.
Uwah sey khoba “Dah nampak aura eh tuk”.
Oghang kek situ somo tegolak. Tegolak oghang politik. Tapi sey yakin kok dio nak betanding apolak salah eh. Cumo edah gantung tiga tahun eh hanyo akan selosai Jun ni. Ontah sompek dio nak samo masuk race ontah lah. Ceghito konon dio akan dilopehkan awal dah lama sey dongar tapi ontahlah sonyap yo. Mungkin maso tu sobab bolun pilihanraya laie. Takut kok lopeh awal namo dio lopeh balik jadi calon kut. Yang tu tak dapeklah sey nak sahkan.
Apa pun oghang kuek Tan Sri Isa yang sey jumpo ado juo sey tanyokan boto ke dio tak nak laie bertanding naib seperti keluar dalam suratkhabar tu.
Kato dio reporter tu salah tulih. Tan Sri tak cakap macam tu. Kato dio Tan Sri kato dia masih kono gantung jadi dia tak boleh nak komen samado nak bertanding ke tidak. Yolah nak bertannding macam mano lesen pun tak ado.
Jadi dah lopeh keluar ceghito tu ado juo sahabat yanag bertanyo boto ke Tan Sri tak nak bertanding ? “Dio kato aku hanya kata tak bertanding naib tapi tak ada lak kata tak bertanding Timbalan ke atau lain-lain”.
Jadi ramai juo yang donga seloroh Tan Sri Isa mengenai jawatan Timbalan ni. Yolah Tan Sri mungkin satu dua kali boleh kato bergurau, tapi kok dah di ulang banyak kali dah jadi lain macam tu. Apo kato Tan Sri Lontung (redah) ajo lah. Kok yo pun Tan Sri tak rugi apo-apo. Bak kato oghang kito Kalah dah tontu monang bolun tahu. Mano tahu ado joki oghang negeri sembilan pulak jadi Timbalan Presiden. Apo oghang kito ni tak layak ko?

1 comment:

  1. den sokong yo. janji tak lupo sahabat maso jatuh dulu. md asan tu tukar copek. asik ikut cakap abang dio jo.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive