Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, April 15, 2008

Segerakan pelan peralihan kuasa

JOHOR BAHRU 13 April – Pelan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu disegerakan pelaksanaannya secara tersusun dan teratur. Ini, kata Ketua Penerangan UMNO Johor, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, demi memastikan rakyat tidak tertanya-tanya mengenainya.

“UMNO Johor pada perjumpaan dengan Abdullah Jumaat lepas meminta Perdana Menteri menyediakan pelan peralihan kuasa.
“Ia merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan. Ada juga ketua bahagian yang mahukan pelan itu dilaksanakan dengan segera,” katanya hari ini.
Kesemua 26 Ketua UMNO Bahagian di Johor, kecuali Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, menghadiri perjumpaan dengan Perdana Menteri pada Jumaat lepas yang diadakan secara tertutup.

Hmmm...aku rasa la Paklah nak setel dulu beberapa kes penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Khairy dan segala yang berkaitan pecah amanah menantu kesayangan dia tu. Kemudian barulah dia nak lepaskan jawatan. Biasalah, cover line dulu yang penting. Tutup lubang mana-mana yang patut. Kang tak pasal2 bila dia step down, menantu dia kena ISA. Malu la plak.

5 comments:

  1. Salam;

    This is what Mahathir said "call a spade a spade". Looking forward new postings.

    ReplyDelete
  2. pada pandangan peribadi saya, sebagai rakyat yang sentiasa memerhati, paklah adalah seorang yang tak mahu lari daripada tanggungjawab.dia mahu melihat umno itu bersatu seperti mana yang tun M tiggalkan kepadanya.
    dalam konteks ini, kerjasama orang-orang umno amat penting.jadikan pemilihan ini sebagai satu platform untuk memilih pemimpin yang betul2 berjiwa melayu dan memperjuangkan islam.Rakyat mungkin tidak dapat mengenal karektor paklah yang sebenar.Pandangan inidividu terhadap paklah yang dikatakan lembik membuatkan rakyat mengangguk dan ini disertai beberapa tindakan paklah yg tidak memuaskan.bagi saya, paklah perlukan 1makenisme lain untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap dirinya.
    penyelesaian terhadap konflik dalaman umno perlulah ditangani dengan bijak sana.melayu tidak akan berpecah jika umno bersatu padu.Justeru, orang2 umno perlulah bertenang dan bagilah peluang kepada paklah untuk dia melaksanakan tanggungjawabnya.

    ReplyDelete
  3. Pak Lah is a very boring leader.

    ReplyDelete
  4. Setuju... memang mungkin paklah nak memperbaiki UMNO untuk semua orang melayu di dalam UMNO ni kembali bersatu padu balik sepertimana yang ayahanda TUN M tinggalkan untuk dio dulu, yang mano dio ngan kj tolah hancurkan pulak... boleh baiki tapi satu nasihat ikhlas "jangan macam tikus memperbaiki labu" makin lamo makin hancur sampai tak boleh dibaiki... sampai nasik jadi bubur, kok tolan bubur kito sumo tambah-tambah boreh dah naik rogo sekarang ni... jadi orang sakit kito sumo..

    P/s
    bubur pun sodap yo kok kono dengan caro eh...

    duduk kl tapi masih jiwo negori...

    ReplyDelete
  5. anonymous kok ado email bagi2 la, leh jadi author kat blog nih. paneh mesti kasi punyo.

    ReplyDelete

Blog Archive