“ Saya ada dua telinga dan saya dengar…saya bukan pekak,” itulah kenyataan spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diajukan soalan mengenai desakan supaya beliau mengemukakan pelan peralihan kuasa sebagai usaha untuk memulihkan UMNO. Katanya beliau faham dengan pandangan yang diberikan dan mendengar pandangan pihak-pihak tertentu dalam soal peralihan kuasa tetapi beliau mahu proses berkenaan berjalan dengan lancar dan parti berada dalam keadaan baik. Demikian yang dilaporkan media selasa lalu.
Nampak eh Pak Lah terpakso menjawab demikian bagi memuehkan hati rakyat. Apapun sey raso jawapan tu masih bolum mencukupi laie. Apo tidak eh, lain yang ditanyo lain pulak yang dijawab. Laiepun oghang tahu Pak Lah tak pokak malah kalau kito samo-samo ingat balik Pak Lah jugak yang mahu kito somo ni bercakap apo sajo yang perlu dio dongar. Bukan apo yang dia nak dongar tapi yang patut dio dongar.
Malah dio jugak yang mahu akar umbi bersuaro. Bilo dah semuo bersuaro Pak Lah kato ado jugak yang mahu dia kokal. Memanglah Pak Lah dalam situasi macam ni memang ado yang sokong dan ado yang tak sokong. Ini somo politik. Tak akan Pak lah tak paham. Tapi yang ponting eh ialah mendongar suaro hati rakyat. Dan dio bukan pakai telingo tapi hati. Kok buleh Pak Lah cubolah dongar pakai hati. Pemimpin yang baik tentulah mendongar rintihan rakyat dan dio bukan setakat mendongar pakai telingo jo doh. Ontah lah bolun pornah sey dongar ada pemimpin pokak dipilih rakyat. Pemimpin buto ado. Contoh eh Gus Dur kek Indonesia. Makno eh mungkin rakyat boleh teghimo pemimpin buto dan bukan eh pemimpin pokak. Nasib baik Pak Lah mengaku yang dio bolun pokak laie doh. Tapi kalau dio masih bagi jawapan yang seolah berdolak dalik bak kato kawan sey paneh takut ado pulak reporter bertanyo pada Pak Lah apa bezo eh pokak dengan bobal.
P.s. Teringat kisah sepasang suami isteri berusia lanjut. Sisuami mengadu isterinya tidak lagi melayannya dnegan baik kerana lain disuruh lain di buat nya. Suatu hari ketika baru pulang dari pekan sisuami memanggil nama isterinya berkali-kali. Mula-mula dari pintu pagar, tiada jawapan. “osah lah pokak eh bini den ni” getus sisuami dalam hati. Sisuami memanggil lagi nama isterinya sebaik sampai ke muka pintu. Masih juga tiada jawapan. Begitu juga dari bilik tamu tetap isterinya membisu seribu bahasa. Sampai didapur dilihat isterinya sedang memasak sisuami terus memanggil nama isterinya dnegan kuat dan bertanya buat apa tu??? Masih juga isterinya tak berpaling dan menjawab. “Osah lah pokak eh kau ni kan dah dokek macam ni pun kau tak dongar laie ko?”. Kata sisuami. Isterinya lalu berpaling dan menjawab “Oghang dah ponek menjawab tau tak. Sojak dari pintu pagar tadi laie oghang dah jawab tak dongar-dongar, dio yang pokak dikobakan kito lak yang pokak……..”.
Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Recently Popular Posts
Thursday, April 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2008
(343)
-
▼
April
(37)
- Malaysia My Home
- Terkejut
- Sempena Hari Pekerja Malaysia
- RAHMAT
- PUNCA
- HATI ATUK TOSONTUH
- ISLAM HADHARI DAN PAS ABAI KEBAJIKAN MUSLIM?
- KHAS UNTUK PAK LAH DAN SELURUH MELAYU
- Sokong bawa rebah
- Lanjutan Persaraan Kakitangan Kerajaan
- Sabotaj di Parlimen Seremban
- Leader in waiting- Dato' Mukhriz Tun Mahathir
- Inflasi negara rendah - APO?
- KERBAU PUN DAH MULA PROTES
- PELAJAR KITA BIJAK TETAPI...
- SALAM UNTUK SEMUA
- Cerito Atuk
- ARE MALAYSIANS RACIST???
- Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?
- A Beautiful State
- Time...the most precious
- ZOMBI KAMPUNG PISANG
- Hadi sayangkan UMNO
- PAK LAH TAK POKAK
- TERIMA KASIH
- UNIVERSITI AL-AZHAR BUKA KAMPUS CAWANGAN DI NEGERI...
- Ketuanan Melayu
- PERISYTIHARAN RUKUN NEGARA
- Segerakan pelan peralihan kuasa
- Ahli UMNO Sabotaj Pilihanraya?
- Lawyers’ Lampoons
- Masa Untuk Perubahan
- TAN SRI ISA TANDING TIMBALAN PRESIDEN?
- Melayu
- Minyak @ Emas Hitam
- Definisi Ketuanan Melayu Mengikut Perlembagaan Mal...
- Menangani Agenda Asing
-
▼
April
(37)
memang la tak pokak...dungu je...
ReplyDeleteDen dah koba sebelum ni, paklah tengah nak setelkan masalah pecah amanah KJ dulu,baru letak jawatan agak eh. Dio tak sodar laie dlm harakah dah declare yg BN hanya diberi masa 2 bulan sebelum ahli parlimen sabah lompek masuk pembangkang dan membentuk kerajaan persekutuan. Tak penah sebelum ni harakah berani declare mcm tu. Tak yo sodar lagi paklah tu. Memang tak pokak tapi bingai.
ReplyDeletePosting yang menarik! hehe
ReplyDeletePak Lah memang tak pokak.. tapi tuli.... hahahha... orang negori panggil tuli hati. Tuli hati ni payah nak di ubek an.. kok adik-adikla maun dilompang an yo... lopeh tu cakap " ha.. kan dah kono.. tak yo paham laie....."
ReplyDeleteP/s..
Paklah kok baco blog ni.. kalau tak paham bahaso negori mintak tolong kj... diokan orang rembau.. kok kj pun tak yo paham bahaso ni... mintak tolong yo... "Lu Pikir la sendiri..." Salam...
duduk kl tp masih jiwo negori..
KJ cakap negori? kok kluar slang oxpod. torus terkalipot kito di buek eh. konpem rego nasi kalipot mahal skrg nih.
ReplyDelete