Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, April 12, 2008

Minyak @ Emas Hitam

Petronas hanya kuasai 30% saja pasaran petroleum di Malaysia. Petronas hanya ada 3 loji penapis minyak petrol dengan keluaran 256,000 tong sehari atau 47% yang semakin menyusut. Baki 53% dikuasai oleh syarikat asing seperti Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari), Conoco Phillips (48,000 tong sehari) dan penjual petrol lain seperti Caltex, BP dan Projet.

Jadi jika banyak subsidi yang kerajaan berikan, secara tidak langsung turut membantu banyak syarikat minyak asing di Malaysia. Wajarkah saranan agar kita guna duit Petronas untuk bantu syarikat asing? LEBIH BAIK KITA GUNA DUIT TU UNTUK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR LAIN SEPERTI SEKOLAH, HOSPITAL, TAMBAH ANGGOTA POLIS, PERTAHANAN, JAMBATAN, JALANRAYA DAN SEBAGAINYA.

Arab Saudi antara negara terawal di dunia yang memulakan proses carigali minyak sehinggi kini hanya memiliki lebih kurang 100 loji penapis minyak sahaja seluruh dunia. Berbeza dengan Petronas yang tidak sampai 5o tahun penubuhannya, telah berjaya meneroka carigali minyak di 50 buah negara. Justeru, rakyat Malaysia perlu berkorban demi sayangkan khazanah negara dengan semangat patriotik agar duit keuntungan Petronas itu dapat dilaburkan untuk mencari peluang baru carigali minyak sebelum Malaysia kehabisan bekalan dan menjadi negara pengimport minyak sepenuhnya pada tahun 2015. Mulai saat ini, marilah kita rakyat Malaysia hanya membeli minyak dan gas keluaran Petronas je. Tanamkan patriotisme untuk sokong produk negara sendiri. Ini tidakk..asik isi shell je sebab nak dptkan 'ferrari'. Kita kena bantu Petronas dari segi tambahan modal untuk terus meneroka hasil minyak di negara lain demi menjamin bekalan minyak yang mencukupi untuk rakyat Malaysia pada masa hadapan; demi genarasi kita.

Zaman Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan, harga minyak dunia paling tinggi cuma USD 32 setong. Boleh la dia cakap besar. Kini harga minyak dunia dah mencecah USD 118 setong. Jadi marilah kita bersama2 untuk berkorban menghadapi krisis ini agar kehidupan kita lebih sempurna di kemudian hari. Seluruh dunia menerima kesannya. Janganlah kita menjadi bangsa yang hanya mementingkan diri.

1 comment:

  1. Paham la aku. Kena tipu hidup-hidup dengan nuar...cis!

    ReplyDelete

Blog Archive