Apa yang aku nak cakap kat sini ialah aku betul-betul tak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden CUEPACS, Omar Osman yang menyatakan bahawa lanjutan umur persaraan bagi kakitangan kerajaan tidak langsung berkaitan dengan kadar pengangguran di negara ini. Bodoh sangat ke dia ni bila mengeluarkan kenyataan begitu sedangkan setiap tahun IPT awam mahupun swasta di negara kita ni mengeluarkan kira-kira 60,000 graduan dari pelbagai bidang. Adakah orang-orang yang mementingkan diri sendiri seperti mereka ini tidak sedar bahawa kerana disebabkan oleh mereka inilah ramai graduan-graduan telah dinafikan haknya untuk menjawat jawatan di dalam sektor kerajaan. Kerajaan perlu memikirkan kakitangan yang sudah berumur 56 tahun mungkin tidak dapat menunjukkan mutu perkhidmatan yang baik kerana ditimpa pelbagai penyakit dan lemah keupayaan fizikal dan minda. Apabila tiba masanya bagi seseorang itu bersara maka dia patutlah bersara. Kita percaya, bukan menjadi hasrat kerajaan untuk membenarkan pegawai tidak produktif terus berkhidmat sehingga berumur 60 tahun. Tetapi jika cadangan memanjangkan umur bersara dilaksanakan, adalah tidak mustahil jika pegawai yang tidak produktif juga ingin terus berkhidmat di atas alasan perlu menyara hidup yang tinggi. Sepatutnya kerajaan perlu sedar orang-orang di dalam CUEPACS ini adalah orang-orang yang tidak pernah bersyukur dengan segala keistimewaan yang telah mereka nikmati dan mereka ini adalah orang-orang yang sentiasa tidak berpuas hati. Apakah orang-orang seperti Omar Osman ini masih lagi hendak dijaga kebajikannnya oleh kerajaan? Tidakkah kerajaan mengambil berat terhadap graduan-graduan yang tidak mendapat pekerjaan semata-mata kerana mendengar tuntutan orang yang bodoh seperti Omar Osman ni? Mampukah graduan-graduan yang tidak bekerja membayar balik pinjaman?
Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Recently Popular Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2008
(343)
-
▼
April
(37)
- Malaysia My Home
- Terkejut
- Sempena Hari Pekerja Malaysia
- RAHMAT
- PUNCA
- HATI ATUK TOSONTUH
- ISLAM HADHARI DAN PAS ABAI KEBAJIKAN MUSLIM?
- KHAS UNTUK PAK LAH DAN SELURUH MELAYU
- Sokong bawa rebah
- Lanjutan Persaraan Kakitangan Kerajaan
- Sabotaj di Parlimen Seremban
- Leader in waiting- Dato' Mukhriz Tun Mahathir
- Inflasi negara rendah - APO?
- KERBAU PUN DAH MULA PROTES
- PELAJAR KITA BIJAK TETAPI...
- SALAM UNTUK SEMUA
- Cerito Atuk
- ARE MALAYSIANS RACIST???
- Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?
- A Beautiful State
- Time...the most precious
- ZOMBI KAMPUNG PISANG
- Hadi sayangkan UMNO
- PAK LAH TAK POKAK
- TERIMA KASIH
- UNIVERSITI AL-AZHAR BUKA KAMPUS CAWANGAN DI NEGERI...
- Ketuanan Melayu
- PERISYTIHARAN RUKUN NEGARA
- Segerakan pelan peralihan kuasa
- Ahli UMNO Sabotaj Pilihanraya?
- Lawyers’ Lampoons
- Masa Untuk Perubahan
- TAN SRI ISA TANDING TIMBALAN PRESIDEN?
- Melayu
- Minyak @ Emas Hitam
- Definisi Ketuanan Melayu Mengikut Perlembagaan Mal...
- Menangani Agenda Asing
-
▼
April
(37)
saya setuju dengan puaka desa...walaupun tidak dinafikan ader golongan pesara yang masih berkualiti, namun kita tidak sewajarnya mengabaikan kebajikan dan keperluan graduan2 muda yang pada adatnya masih jauh perjuangan mereka...sudahlah bayaran balik PTPTN cukup membebankan, belum lagi kira sewa rumah,kos sara hidup,kos nak kahwin, nak bantu keluarga terutamanya ibu bapa yang pastinya mengharapkan sesuatu setelah sekian lama menaggung kesusahan...harus diingat pesanan SAIDINA ALI BIN ABI TALIB, untuk melihat samada sesuatu bangsa itu berjaya atau tidak, lihatlah kekuatan golongan mudanya...
ReplyDeletebak kata abafahim...menarik...menarik!
ReplyDeletep/s: loghat menunjukkan lorat
Pada dasarnya saya bersetuju perlanjutan persaraan ini dibuat secara terpilih iaitu orang yang telah dinilaikan dari track record sebagai high performer saja yang dilanjutkan persaraannya kerana keperluan sumbangannya.Takan profesor di university contohnya kita nak bandingkan dengan young graduates.Tentu sumbangan profesor itu lebih besar.Satu lagi takan perlanjutan persaraan tersebut boleh dianggap sebagai sebab langsung penggangguran di Negara ini.Takan suma graduate nak kerja kerajaan.Jadi apa guna sektor swasta. Apa yang perlu graduate perlu buat diri mereka "marketable" untuk mendapat pekerjaan.Jangan asyik nak mintak orang nak bagi jawatan misalnya dalam AJK Bahagian saja semata-mata dia ni graduate.Kena buat diri marketable dan diperlukan dahulu barulah orang nak ambil!
ReplyDeleteSebagai salah sseorang pagawai di jabatan kerajaan, saya setuju dengan pandangan puaka desa...melihat sendiri realiti pentadbiran di sini, memang sakit kepala apabila terpaksa bekerja di bawah orang2 veteran yang hanya lama bekerja(kononnya banyak la pengalaman) tetapi tindakan,keputusan,polisi,etc tidak seiring dengan perkembangan semasa...kalau seorang tak ape lah...ini...mmmm...da nasib kami macam ni dapat bos tua..nak buat macam mana...
ReplyDeleteNasib Pak Lah cover line cepat2 the next day. Kalau tak lunyai lagi org tuo tu.
ReplyDeleteden ngaso takdo la beri kesan sgt pada masalah pengangguran tu kalo umur persaraan dilanjutkan utk kakitgn kerajaan, melainkan ia turut diikuti oleh pihak swasta mgkn kesannya ketara. cuma mgkn perlanjutan had umur bersara tu akan beri kesan kpd produktiviti. elok diberi pilihan utk teruskan perkhidmatan kpd golongan yg mencapai had umur lebih 55thn dlm kerajaan, ttp tawaran terhad kpd jawatan yg memerlukan kepakaran. den byk jumpa kakitangan kerajaan nih. kbykn yg tua ni bak kata pegawai pasrah mmg tak berapa produktif dan up to date. kekalkan yg perlu dan tawarkan kpd mereka yg lebih penting berbanding kurang penting.
ReplyDelete