Satu lagi kejayaan besar umat islam di negara ini tercipta apabila Universiti Al Azhar yang tersohor dengan keagungan dunia ilmunya dan sejarah kesarjanaan lebih 1000 tahun mengorak langkah paling berani.
Mereka akan mewujudkan kampus cawangan pertama diluar dari “bumi para ambiya” Mesir.
Lokasi bertuah ialah di Kampong Bukit Sembilan, Rembau, Negeri Sembilan.
Petang Sabtu lalu (12 April 2008) detik itu dirakam dalam tinta emas Negara, apabila majlis pecah tanah dan perletakan batu asas kampus disempurnakan sendiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad b Hassan.
Dalam ucapanya Datuk seri Mohamad menegaskan tiada kata yang dapat diluah melainkan kesyukuran melihat betapa Malaysia dipilih untuk melangsungkan salah satu tradisi ilu terhebat milik umat islam.
Legasi Al Azhar yang merupakan benteng utama amalan dan akidah ahli sunnah wal jamaah kini beroperasi dinegara bertuah ini.
Bagaimanapun katanya Al Azhar perlu berubah untuk mengadaptasikan elemen baru bagi memastikan ia terus dapat berperanan dalam ,menghadapi cabaran baru umat pada masa kini.
Keputusan senat Al Azhar katanya yang membenarkan universiti itu keluar dari bumi Mesir itu sendiri merupakan keberanian mereka untuk melakukan perubahan.
Beliau juga yakin kampus pertama itu akan dapat memberi sumbangan besar bukan sahaja kepada umat Islam dinegara ini namun seluruh dunia mengatasi batasan agama dan bangsa.
Justeru Al Azhar juga perlu mula menawarkan bidang-bidang baru khususnya berkaitan sains dan teknologi selain perubatan yang ada sekarang.
Sementara itu wakil Universiti Alazhar Mesir profesor Dr Umar Abdullah Kamil ketika ditemui berkata Malaysia dipilih kerana kekuatan umat islam negara ini.
Ini boleh dilihat katanya bailk dari segi kemampuan menguasai ilmu, keterampilan dan potensi yang ada pada mereka.
Beliau juga menyatakan keyakinanya yang Universiti Al Azhar Malaysia akan berjaya memainkan peranan dalam menyebar luas serta mempertahankan tradisi dan kekuatan yang ada pada nama Al Azhar itu sendiri.
Antara tulang belakang kepada kejayaan itu ialah ustaz Haji Fuad Kamaludin Al Maliki seorang daie muda yang juga penasihat dan pengasas kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan.
Ketika ditemui dimajlis itu Ustaz Fuad berkata kewujudan Al Azhar di Malaysia akan memberi banyak impak kepada umat Islam negara ini khususnya dalam membetulkan pegangan agama beberapa golongan orang Islam.
“Apa yang penting Al Azhar Malaysia akan terus memainkan peranan tradisionalnya dalam bentuk moden dan terkini sesuai dengan tradisi ilmu yang dipegangnya,” katanya lagi.
P.s. Dengar khabar Universiti Islam Malaysia UIAM dan Universiti Sains Islam Malaysia USIM, tak berapa gembira dengan penubuhan Universiti Al Azhar
Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Recently Popular Posts
Thursday, April 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2008
(343)
-
▼
April
(37)
- Malaysia My Home
- Terkejut
- Sempena Hari Pekerja Malaysia
- RAHMAT
- PUNCA
- HATI ATUK TOSONTUH
- ISLAM HADHARI DAN PAS ABAI KEBAJIKAN MUSLIM?
- KHAS UNTUK PAK LAH DAN SELURUH MELAYU
- Sokong bawa rebah
- Lanjutan Persaraan Kakitangan Kerajaan
- Sabotaj di Parlimen Seremban
- Leader in waiting- Dato' Mukhriz Tun Mahathir
- Inflasi negara rendah - APO?
- KERBAU PUN DAH MULA PROTES
- PELAJAR KITA BIJAK TETAPI...
- SALAM UNTUK SEMUA
- Cerito Atuk
- ARE MALAYSIANS RACIST???
- Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?
- A Beautiful State
- Time...the most precious
- ZOMBI KAMPUNG PISANG
- Hadi sayangkan UMNO
- PAK LAH TAK POKAK
- TERIMA KASIH
- UNIVERSITI AL-AZHAR BUKA KAMPUS CAWANGAN DI NEGERI...
- Ketuanan Melayu
- PERISYTIHARAN RUKUN NEGARA
- Segerakan pelan peralihan kuasa
- Ahli UMNO Sabotaj Pilihanraya?
- Lawyers’ Lampoons
- Masa Untuk Perubahan
- TAN SRI ISA TANDING TIMBALAN PRESIDEN?
- Melayu
- Minyak @ Emas Hitam
- Definisi Ketuanan Melayu Mengikut Perlembagaan Mal...
- Menangani Agenda Asing
-
▼
April
(37)
kalau benar lah UIAM dan USIM tidak gembira dengan kehaddiran Al-Azhar sebagai slh satu lagi pemangkin kemajuan umat islam, saya kira ini adalah sesuatu yang memalukan...It's really a shame!!!!......Kalau ader orang UIAM atau USIM yg membaca komen ni, pesan saya satu je....bak kata Nabil....LU PK LA SENDIRI
ReplyDeletejangan la camtu UIAM ngan USIM... itu yo dah menggambarkan institusi pendidikan kito ni dah tak bersatu .. malu la.. ingat posan ni.. kuek kan diri sendiri, jangan asyik nak carik salah orang lain yo... barulah hidup ni ponuh bermakno..
ReplyDeleteP/s
teringat lak cerito tigo abdul.. masing-masing ado agenda sendiri..
yang hancur eh orang melayu + islam...
duduk kl tp masih jiwo negori..
Masing2 ado kelebihan. Tapi yang den syok tu skrg dah ada matrik uia di nilai, usim dan skrg al-azhar. lopeh ni n9 akan jadi negori Islamik. Lobih Islamik dari Kelate. Kalo Kelate dikatokan serambi Mekah, n9 lopeh ni bole panggil beranda Mekah.
ReplyDeleteAlhamdulillah..... kalau n9 jadi beranda mekah... kiro ok la kan universiti al-azhar tu ... selangor rm 100 juta peruntukan nak buat kandang babi... hahahhaha..
ReplyDeleteP/s
nasib baik tan sri isa dulu dapek selosaikan masalah babi ni kan..
duduk kl tp masih jiwo negori...
saudara anonymous ko minat tak jadi contributor. kok minat email la den. pencakmelayu@yahoo.com
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya sendiri adalah pelajar uiam yg kini menuntut di gombak. rembau itu sendiri adalah kampung bapa saya dan saya sendiri. dan saya telah memerhatikan perkembangan daerah rembau dari kecil sampailah skrg...
nasihat saya kpd majlis daerah rembau.. indahkan lah permandangan n suasana di rembau tu jika nk dirikan campus al azhar..xmanis jika institusi pengajian tinggi ditubuhkan di tempat yg xseperti suasana pembelajaran n pengajaran..
p/s...imej kena jaga..mungkin akan ada org dari timur tengah yg akan blaja di rembau tu nanti...
sebelum bagi nasihat cam tu dik,saya rasa baik anda teliti dulu keadaan sebenar di al-azhar di mesir tuh....walaupun tarafnya adalah universiti terunggul dan tertua di dunia, tp.......
ReplyDeletep/s:jangan kita terlalu mementingkan form tetapi pentingkan lagi content...UIAM di gombak tu rasanya antara uni tercantik di mesia, tapi pencapaiannya belum lagi yg tercantik....
kalau kito pikir ado yo univesiti luar mesti nak cantik... susah la... ado la sobab eh senat Al-Azhar tu pilih rembau n9... mungkin tanah tu sojuk... tompek yang baik untuk menimbo ilmu.. apo-apo hal den stuju ngan abg sojuk ni.. yang ponting content eh....
ReplyDeletep/s
lopeh ni Tok Mad kono belajar Arab lah nampak eh...
duduk kl tp masih jiwo negori..
Tak baik gaduh2..!!sebab agama pun nak gaduh buat ape..??penubuhan universiti ini nabi dah penah cakap dah..!!sejak dulu lagi...Akan datang suatu hari dimana kebangkitan umat islam adalah dari timur..!!kaum Tamim...!!Ulama ada terfikir mungkin ta bermaksud tanah dan mim bermaksud melayu..
ReplyDelete