Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 17, 2008

PERISYTIHARAN RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA, mendukung cita-cita hendak

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

3 comments:

  1. Laa... ini kat belakang buku tulis budak sekolah rendah pun ada. Tak yah tulis la.Tiap-tiap ari Isnin dia orang baca rukun Negara apa.Mungkin dek selalu sangat baca mungkin diorang tak minat menghayati.Itu sume sendiri kena fikirla.

    ReplyDelete
  2. biarlah dia nak tulis..yg ko dengki tu kenapa? Manusia ni kan sifatnya pelupa...apalah salahnya cuba mengingatkan satu sama lain...aku rasa kalau dia tak tulis, ko pun ntah ingat ntah tidak...yg ko ingat tertulis kat buku skolah...cuba lah pk jauh sket...pk byk lapis..jgn tau mkn kek lapis je....

    ReplyDelete
  3. sumo rakyat malaysia mesti baco bondo ni... ini rukun negara.. kalau rukun islam tak buek runtuh islam... kalau tak cukup rukun sembahyang tak sah sembahyang tu...rukun iman kalu tak dhayati kito boleh panggil dio orang takdo iman.. klau rukun negaro ni tak dibaco dan difahami isi eh kito panggil dio orang yang takdo negaro...

    p/s
    hayati rukun negara ni dalam-dalam ok...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete

Blog Archive