Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, April 17, 2008

TERIMA KASIH

Ese nak ucapkan teghimo kasih banyak kek sedaro sey paneh, sobab sudi jemput sey jadi contributor blog dio ni. Dapeklah sey menulih sikit-sikit dan berkongsi apo sajo yang terbotik kek minda sey. Sey pun nak mintak maap banyak-banyak sobab guno bahaso negori, bukan apo lidah tu dah sizen. Laiepun sey nak mempromosikan bahaso negori yang boto. Sekarang ni ramai yang nak berbahaso negori yolah sojak nabil monang raja lawak astro dan nubhan pulak mencanak-canak rating eh kek akademi fantasia tu, tpi malang eh somo bercakap bunyi mengejek jadi kadang kalo paneh jugak telingo mendonga eh. Tapi mengambik sikap bahawa diaorang tu nak belaja sey soba an dado yang mulo dah menggologak. Apo pun kalau porlu sey akan menulih dalam bahasa baku. Kalau tidak mano yang tak faham tu eloklah bertanyo kek kengkawan yang bulih cakap negori sembilan. Kok tidak pun cari jodoh samo oghang negori. Bak kato oghang masuk suku. Amacam!!!!!!!!!!!

P.s. Suku tak suku limolah dah anak………

2 comments:

  1. Welcome my friend. Ado orang kelantan dah syok ngan org nogori. Nak masuk suku. kes kes kes!

    ReplyDelete
  2. oghe klate mano lah pulok hok nok masok suku nih?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive