Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, April 21, 2008

Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?

Saya sebelum ini amat biasa dengan kritikan dan serangan Ahli Parlimen DAP terhadap Barisan Nasional dan Parti Perikatan sebelumnya, kononnya kerana terdapat apa yang dikatakan sebagai salahlaku. Bagaimanapun, selepas Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih, salahguna kuasa yang dilakukan secara terang, dan tindakan yang salah yang dilakukan Kerajaan tidak sedikitpun mengundang teguran orang kuat DAP macam Karpal dan Lim Kit Siang.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Karpal Singh yang telah menyelesaikan satu misteri yang menganggu fikiran saya selama lima tahun kebelakangan ini, setelah saya melepaskan jawatan Perdana Menteri. Saya tidak faham. Saya tidak percaya cerita yang kononnya terdapat pakatan atau konspirasi membabitkan Dato Seri Abdullah dan DAP. Tetapi apabila Karpal menasihatkan saya untuk bersara dengan hormat dan berhenti daripada mengkritik Perdana Menteri yang sedia ada, barulah saya sedar yang DAP sebenarnya menyokong Dato Seri Abdullah dan pengekalan kepimpinannya.

Kenapa DAP beria-ia mahukan Dato Seri Abdullah terus menjadi Perdana Menteri? Sebagai pembangkang DAP mesti tahu bahawa masyarakat Cina secara umumnya tidak suka kepada pentadbiran Kerajaan Abdullah. Mereka telah secara terbuka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan hasrat mereka untuk tidak mengundi Barisan Nasional di dalam Pilihanraya 2008. Kesilapan Dato Seri Abdullah menangani isu Hindraf juga telah meminggirkan kaum India. Sudah tentu parti pembangkang mengetahui yang masyarakat Melayu, termasuk ahli UMNO juga amat tidak berpuashati dengan pentadbiran Dato Seri Abdullah.

Sudah tentu DAP dan parti pembangkang yang lain akan meraih untung dengan hilangnya keyakinan terhadap kepimpinan Dato Seri Abdullah di kalangan penyokong setia Barisan Nasional. Dan seperti yang dijangka, mereka secara beramai-ramai telah tidak mengundi BN di Pilihanraya Umum Mac 8. Yang tidak sanggup mengundi parti pembangkang telah secara sengaja merosakkan kertas undi mereka. Ini menjelaskan kenapa terdapat lebih 300,000 undi rosak seluruh negara pada pilihanraya kali ini.

Apabila Karpal suruh saya berhenti mengkritik Perdana Menteri, sudah tentu kerana beliau tahu yang Perdana Menteri yang sedia ada ini akan terus meminggirkan penyokong-penyokong BN. Di pilihanraya umum yang akan datang, orang ini akan lebih benci terhadap PM dan akan sebabkan BN kehilangan majoriti di Parlimen dan tidak lagi berupaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, "Pakatan" (yang maksud sebenarnya dalam Bahasa Inggeris adalah "conspirators") akan menang secara kebetulan dan akan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Inilah sebabnya DAP nampak begitu sekali baik dengan Dato Seri Abdullah dan kenapa Karpal mahu saya berhenti mengkritik Dato Seri Abdullah. Dia dan sekutunya menentang apa-apa tindakan atau cubaan untuk menurunkan Dato Seri Abdullah.

Tunku pernah mengkritik saya dan juga cuba untuk menurunkan saya dengan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah. Tun Hussein Onn tidak setuju dengan tindakan saya berkaitan polisi "Buy British Last" tetapi beliau tidak sihat untuk menegur secara terbuka. Jadi teguran terbuka saya bukanlah seuatu yang asing. Ianya boleh dikatakan kesinambungan tradisi.

Berkenaan dengan "phobia" saya terhadap peguam, ini merupakan sesuatu yang dijaja peguam pembangkang untuk tujuan politik. Karpal mengatakan bahawa saya benar-benar ingin menggantung peguam. Sebagaimana yang semua orang maklum, Shakespeare telah menggantung semua peguam pada masanya. Karpal boleh terus-menerus percaya bahawa saya tidak berseloroh. Itu hak beliau. Tetapi ramai peguam lain yang tidak berfikiran begitu. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Karpal yang membantu saya menyelesaikan misteri politik yang telah menghantui saya selama lima tahun. Bagaimanapun, sebagai rakyat yang cintakan negara ini, saya akan terus bercakap, lebih-lebih lagi kerana pemimpin dan ahli UMNO takut untuk mengkritik ketua mereka. Mereka akan digelar pengkhianat dan akan dihukum.

Dr Mahathir bin Mohamad

6 comments:

  1. Buak ayahanda Tun Mahathir...

    Teruskanlah berjuang.. anakanda mohon kepada Allah semoga yang benar akan tegak jua akhirnya.. saya akan terus dibelakang mu ayahanda.... Moga Allah berikan kesihatan dan kebahagiaan kepada mu ..

    wei sumo orang negori bangkit... tgk apo yang paklah buek.. nyakit an ati botul... iniko yang diperjuangkan kek kj...

    p/s
    nak tgk la, apo kato pas....

    duduk kl tp masih jiwo negeri...

    ReplyDelete
  2. bangang la kau orang semuo mahathir dah tuo dah pi minta tolong buek apo tula kalau pemimpin kat ateh tu semua cam taik kat bawah pun ikut cam taik ....semuo dah tak do karisma dah oii...ni satu lagi orang rembau ni bagi monang kan kj tu buek apo ha rasokan....terlopong la kau jang oiii...

    ReplyDelete
  3. kesiannya la kat mamat/minah ni...memang kesian...ni la yang dikatakan pekak telinga,buta hati,buta mata....tapi xpe,kita anggap je lah dia ni xde keja lain dan mungkin ini kepakaran dia....

    ReplyDelete
  4. den marah kek paklah.. bukan kek UMNO do... namo den nak undi pakatan rakyat ghontianlah... Tun Mahathir seorang pemimpin yang terbaik kito ado sekarang ni...dio dah bersaro tak salah kito ucap terima kasih ayahanda atas segala jasamu... jaso kito kono konang.. kalau tidak kurang ajar namo eh...

    p/s
    dulu den makan penampar dek buek kurang ajar ni... ehhehehheh

    duduk kl tapi masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  5. Kito biar jo Tun Mahathir cakap apo yg beliau fikirkan. Ini kerana masalah yg melanda ummat Islam masa kini adalah berkata jujur dan benar. Call A Spade A Spade.

    ReplyDelete
  6. Israel mengutuk keras Tun bila Tun mengatakan yang benar. Sedarlah demi anak-anak generasi masa depan kita.

    ReplyDelete

Blog Archive