Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, April 29, 2008

HATI ATUK TOSONTUH

Minggu lopeh cucu atuk datang nyongok atuk kek kampung. Kan main kombang ati atuk nengok cucu atuk sorang ni. Apo tak eh? Keto bosa, bini eh lawa, cicit atuk tu kan main kiut miut la'ie. Yolah, atuk ni pun bukan calang-calang orang hensem eh.Maso atuk mudo-mudo dululah. Sekrang ni pun mudo la'ie. Ati atuk totap mudo, tambah-tambah nengok uwan kau bokomban.

Cucu atuk ni bosa yo kojo eh, maklumlah orang lepasan universitilah.Tontulah golongan profesional. Kek pejabat ado bilik sendiri, ado sec. plak tu. Bilik ekon tu tak payah cakap doh. Keto buruk atok pun ado ekon.
Tapi apo yang atuk nak crito ni adolah kono menogono dengan pepatah oang dulu-dulu. Kok kacang eh dah dimakan, kulit eh jangan lah disepah-sepahkan.

Lopeh botanyo kabar, dengan selambo jo cucu atok botanyo,"Tok! orang kek sini apo bongap bonar? Dari dulu menimbang ngan dacing senget tu, tak yo borubah-rubah. Buek cam den nia hah, kito pangkah lak bulan biru tu. Kok takdo bulan biru kito pangkah bulan hijau, kok tak yo ado kito pangkah roket. Biar copek kito ko bulan." Boleh kito raso camno botuankan Abd LIM tu atu Cik Nuar ko.

Mongirap yo darah tuo atuk ni. Yolah, dio ingat atuk sekolah atap ni tak sepandai dio yang bolaja kek menaro gading tu.

Diceramah eh la'ie atuk : Atuk tau tak, orang BN ni tak ado yang botul eh doh. Kok pasal kontrak, makan duit borilah kek dio orang. Tomasuk ustad-ustad eh. Sumo eh tu ahli norako jahanam. Atuk kono ingat, atuk dah tuo,, sok kok tak sompek botobat.

Uuumang ai, kan main manih la'ie cakap eh. Peh tu atuk tanyolah: kau belaja marin tu sapo yang tanggung, biasiswa sapo, kerajaan mano? Ado ko Amarika na yang bori kau duit. Adoko Israel nolong abah kau motong?
Apo jawab eh? ITU DAH TANGGUNG JAWAB KERAJAAN.

Jadi, atuk raso ramai la'ie kek luar nun yang samo pomikiran eh ngan cucu atuk yang botuah ni. Jadi atuk mintak kau orang tolong jawab soalan-soalan atuk ni dengan ikhlas.

1. Apo maksud tanggung jawab tu?

2. Ponah tak omak abah kau orang suruh kau orang buek cam tu.? Bilo dah dibori susu kito baleh nagn tubo.

3. Kok dah camtu, maksud eh buleh kito lawan omak ayah kito yang dah botanggungjawab membosakan kito, menyekolahkan kito hinggolah kito ni jadi orang.

4. Sanggup ko anak-anak kito ni ORANG MELAYU botuankan orang lain yang bukan sokoturunan mo kito?

5. Satu hari cucu kito botanyo, apo plak orang melayu hanyo duduk dalam sarang merpati cam kek singapor tu, oranglain duduk kek rumah yang bosa2?

JADI ATUK NAK MINTAK KEK CUCU-CUCU ATOK, JAWABLAH SOALAN-SOALN DI ATEH TU DENGAN IKHLAS.

P/S: Atuk tongah sobak ni, air mato meleleh leh dah. Atuk toringat 'anak kecil main api' BUMI DIPIJAK MILIK ORANG'.

3 comments:

  1. sabaq tuk ...jangan la dok layan sangat sedih tu...rugi ayaq mata atuk menangis sebab orang yang tak reti nak bersyukuq macam tuh...eh...termaki cucu atuk lak...maap ye...

    ni, pasai tanggungjawab, kalo bab nak mengata kerajaan memang la depa ni mulut berus...tahu plak ceghita pasai tanggungjawab...yang PAS bulan tu, dok meghintah Kelantan 12 tahun, apa tanggungjawab yg mereka dah jalankan...mereka bukan Pemimpin ka? Pasai apa dok mintak duit kerajaan pisat jugak kalu nak buat pembangunan....apa, tanggungjawab mereka mintak duit ja ka?

    Tak payah la nak ceghita pasai tanggungjawab kalo sendiri pun tak leh nak tunai tanggungjawab sebagai oghang yang menerima nikmat...iaitu tanggungjawabnya kena berterima kasih dulu...ini dah la dok makan duit free, berterima kasih pun dak...tanggungjawab kok tang mana?

    Piiiiiiiiiiiiiiiiirah...

    ReplyDelete
  2. salam...
    Atuk.. sey numpang sodih.. sobak jiwo sey ngonang an apo yang tojadi...

    buek cucu atok tu .. susah ko nak cakap terimo kasih... susah ko nak ucap alhamdulillah... susah sangat ko...

    kito ni, barang satu eh nak mulo an kojo kono bismillah disudahkan dengan alhamdulillah.. baru botul..

    dah pakai pulangkan balik... baik datang eh... baik lah pulang eh.. orang berbudi kito berbahaso..

    hutang omeh boleh dibayar.. hutang budi dibawak mati...

    renung-renungkanlah...

    p/s
    dimana bumi dipijak disitu langit ku junjung...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  3. budak2 zaman skrg semuanya mengatakan itu semua tanggungjawab kerajaan dan itu adalah hak mereka sbg peribumi yg mewarisi tanah nenek moyang. pelajar universiti ramai yg pikir mcm tu tok.

    den bersyukur dilahirkan zaman ini dan pasti ada hikmahnya kita lahir pada masa ini. bagaimana keadaan bangsa kita 497tahun yang lalu agaknya?

    loghat menunjukkan lorat

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive