Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, April 24, 2008

KERBAU PUN DAH MULA PROTES

Berikut keratan akhbar yang dilaporkan di dalam Utusan....

"Sebelum itu, kerbau berkenaan kalah ketika berlaga dengan seekor kerbau lain di Kampung Baru berhampiran bandar ini.

Apabila terlepas dari tali pengikatnya, haiwan itu menggemparkan orang ramai apabila ia memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kawasan kediaman penduduk dan pekarangan sebuah masjid di sini.

Situasi panik tercetus kerana kerbau itu turut merempuh beberapa buah motosikal dan mengejar kanak-kanak."

“Walaupun terkena tembakan, kerbau itu masih gagah berlari dan menakutkan orang ramai.

“Keadaan itu menyebabkan kami bersama penduduk kampung terpaksa menembaknya sekali lagi menggunakan dua butir peluru tambahan tetapi ia tetap mempunyai tenaga untuk mengamuk,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Redzuan memberitahu, dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat Pasir Puteh, tali digunakan untuk menjerat kaki haiwan tersebut.

Beliau berkata, kerbau yang berharga RM3,000 itu tidak lama kemudian jatuh kerana terkena jerat di kawasan kediaman bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Mohamed Idris.


p/s: kejadian ni macam nak perli manusia jer....

8 comments:

  1. mungkin kerbau ni nak bagi petunjuk pada pak lah supaya cepat2 turun jangan sampai terima nasib yang sama macam dia tak???

    ReplyDelete
  2. Contoh akhlak pemimpin UMNO (Mungkin kerbau ni marah dengan pemimpin UMNO yg buat benda tak baik ini)

    Laporan Malaysiakini

    Cabul: Tidak boleh tarik laporan polis sesuka hati
    Apr 24, 08 3:51pm
    Wanita yang membuat laporan polis mendakwa bekas seorang menteri telah mencabulnya, tidak boleh, mengikut undang-undang, menarik balik laporannya itu, kata peguam terkemuka Karpal Singh.

    Beliau yang juga pengerusi DAP berkata, seseorang yang membuat laporan polis tidak boleh sesuka hati menariknya melalui surat atau akuan berkanun.

    Beliau mengulas tindakan seorang wanita - yang mendakwa dicabul ketika sedang bertugas di sebuah hotel di KL Sentral - menarik balik laporan polis yang dibuatnya itu, selepas menyedari wujud salah faham berhubung kejadian pada 14 April lalu.

    Akhbar melaporkan, wanita tersebut turut membuat satu akuan berkanun bagi menjelaskan situasi tersebut.

    Laporan itu memetik peguam Datuk Muhammad Shafee sebagai berkata, akuan tersebut telah dihantar kepada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail kira-kira jam 4.30 petang semalam.

    Katanya, wanita itu juga mengaku mengenali bekas menteri itu sejak lima tahun lalu dan sepatutnya telah biasa dengan cara individu berkenaan.

    Risiko laporan palsu

    Mengulas lanjut mengenainya, Karpal berkata, seseorang yang membuat laporan polis, berisiko membuat laporan palsu. Dia adalah terikat dengan kandungan laporannya.

    "Polis mesti menyiasat laporan wanita itu walaupun dia telah menariknya balik," katanya dalam satu kenyataan hari ini

    "Jika laporan terhadap bekas menteri itu didapati benar, maka polis tiada pilihan tetapi mesti mengambil tindakan terhadap bekas menteri itu kerana mencabul wanita tersebut - satu kesalahan serius mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara atau disebat, atau kedua-duanya sekali.

    "Sebaliknya, jika siasatan polis mendapati kandungan laporan itu palsu, maka wanita itu mesti didakwa kerana memberi maklumat palsu kepada polis yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

    "Saya menggesa pihak polis supaya menjalankan siasatan mendalam bagi menentukan kebersalahan bekas menteri tersebut terhadap dakwaan mencabul wanita itu atau kebersalahan wanita tersebut memberi maklumat palsu kepada polis," katanya.

    ReplyDelete
  3. menarik...menarik (dialog abafahim) kerbau yg kalah itu umpama paklah yang cuba berjuang untuk pertahankan jawatan tapi akhirnya kecundang juo. adat berjuang biosalah kalah monang nih. tapi biarlah undur terhormat daripada tumpas menanggung malu.

    ReplyDelete
  4. Apalah korang ini, kerbau nak diibaratkan dengan manusia lak.Lebih-lebih lagi korang samakan dengan Pak Lah.Pak lah tak mengamuk bila BN tak dapat majoriti Dia dok kata BN tak kalah.Pak Lah selalu nampak positif sight yang mungkin kita semua tak nampak. Kita dok marah dia sedangkan kita patut marahkan bangsa kita sendiri. Bila ketuanan bangsa tergugat kita nak cari siapa yang boleh kita lampiaskan perasaan marah kita. Terpandang gambar dia kat dinding tengah senyum jadi kita marah kat dia kerana kita tahu dia tak akan marah kita balik.Jadi mari kita mula muhasabah,jangan kita jadi kerbau!

    ReplyDelete
  5. botul tu said. kito kono muhasabah diri. tapi kalo kito jo muhasabah, pemimpin tak buek tak yo guno doh. pemimpin no 1 negaro kono muhasabah diri demi kepentingan Islam dan Melayu itu sendiri.

    ReplyDelete
  6. hai 8387...mungkin ko ni baca Quran tapi tak pernah baca terjemahan tak?? Cubo lah amik iktibar daripada kisah2 dalam al-Quran tu dan belajar bagaimana ilmu2 perbandingan yang telah di ajar kepada kita melalui al-Quran...Dah kalau memang pemimpin tu ader otak tapi takde akal macam kerbau ni, ape lah bezanya? Salah ke perbandingan tu? Orang kampung macam aku ni yang tak berapa nak reti baca statistik macam ko ni pun boleh pk..

    ReplyDelete
  7. apo nak susah2 kobau tu sompek sembolih tak... kok sompek ado la kenduri kobau mengamuk.. yo tak..

    apo2pun.. kobau pandai mengamukkan.. inikan pulak orang.. tp orang kalau mengamuk laie toruk. sobab eh dio hilang akal.. kobau tontu tak do akal... otak eh ado.. kok masak gulai mo daun kunyit umak aih sodap eh..

    kok paklah baco blog ni.. ingatlah... paklah.. maso sudah time.. sebolum rakyat mengamuk hilang akal... mintak mintak paklah gunokanlah akal yo...

    p/s
    akal ni tuhan bg kek manusio yo..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  8. kerbau dipegang pada tali.....manusia dipegang pada janji....lu pikirlah sendiri.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive