Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, April 24, 2008

Cerito Atuk

Arwah dulu ponah cakap, kok nak melompek botumpu, kok nak nyolam ado lubuk eh, kok nyolam ateh jalanrayo, lepe idung. Kok nak ngadu kek yang sayang, kok nak mominjam kek yang boduit. Kek along pun buleh tapi tanggunglah sendiri.

Bukan itu yang sebonar eh atuk nak cito doh. Cito eh, ari tu atuk poi nyongok anak cucu atuk kek Sepang. Mak oi! meriah amek kampung cucu atuk. Kok kek kampung atuk, kobau, lombu,
kambing, ayam dan itik yang merayau-rayau sekeliling kampung. Takat nak buek korban ko, qeqah ko, takdo masalah. Po'ie yo jumpo Pak Long Wandey kau, kok takdo rumah deh, jumpo Ombong Udin kau. Nak lombu ko, nak kobau ko, nak kambing ko, boli jolah. Tak mahal, 200 dapek seko kambing. Tulah kek kampong atuk yang Abah atuk bino dulu. Sepakat yo sumo eh. Tak do nak gaduh-gaduh,

Balik cito kek Sopang tadi, yang meriah atuk cakap tu, bukan eh orang eh doh. tapi sepanjang jalan eh tu, nangoi sama omak eh boderet-boderet topi jalan, macam kambing kek kampung atuk. Goli goloman tokak atuk. Bilo bukak pintu keto, abah nangoi datang nak sondol kaki atuk, mak oi, toporanjat boruk atuk. Agak atuk lah, orang sopang ni kok nak korban ko, nak qeqah ko, sonang amek, cokau dopan rumah yo. Boto lah cakap orang tu, nilah hadiah Akak Teresakok yang ekau sumo sokong tu.

Cubo kau bayangkan, kek kodai mamak ado jual muncung babi salai. Tu lah atuk cakap tadi, kok nak melompek ado tompek botumpu, ni tak, main rodah yo. Tojorombab dalam rhgobo. Selumbar tolo. Nasib baik tak mati pucuk.

4 comments:

  1. pertamonyo den nak ucapkan slamat datang ke blog paneh buek keronai. dio ni antaro sahabat baik den nih. buek pembaco smuo, hayatilah maksud tersurat dan tersirat di sebalik kato2 beliau.
    pasal artikel plak, den ingin memotik kato2 abafahim...menarik...menarik!

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum atok..

    pertamo eh sey raso terubek rindu baco post atok ni... ontah la.. teringat sey kek kampung halaman n9

    tp botul ko sopang dah jadi pusat ternak nangoi.. sampai ado kodai mamak yang jual eh... iskh.. goli geloman tokak sey..

    Tan Sri Khalid Ibrahim kok tak yo paham taktau la... kito tanak jadi negaro pengimport babi..

    P/s
    jangan salah langkah yo....

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  3. anonymous, negaro pengeksport kot...yang saya pelik, kenapa la kerajaan pusat yg kononnya menang ni tak boleh nak bangkang secara agresif mewakili rakyat nih>...? atau nak tumpang sekaki dari keuntungan jualan babi2 tuh? Ye lah ekonomi skang ni pun bukan baik benar...koridor2 ntah ke mana...islam hadhari entah ke mana...

    p/s: org singapore yang kuat makan babi pun tak berani nak ternak,eksport apatah lagi...kita yg konon negara islam lak lebih2...

    ReplyDelete
  4. botul... negaro pengeksport... tersalah la... terimo kasih kepado sedaro sojuk...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive