Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, November 2, 2008

Paklah minta masa tambahan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebaik sahaja Perhimpunan Agung Umno selesai diadakan.

"Beberapa hari selepas (perhimpunan)... bagi menyelesaikan beberapa perkara," kata Presiden Umno itu di sini semalam.

Sekarang baru bulan November. Nak tunggu 24 hingga 28 Mac 2008 masa perhimpunan tu ada lagi 4 bulan. Tak akan lah 4 bulan tu tak cukup lagi masa nak setel keja wahai Paklah? Tapi kalo dari sekarang pun masih lagi dok melangut, sampai bila2 pun keja tak siap dan takde masa. Setakat beberapa hari tu apalah sangat yang boleh dibuat lagi Paklah? Bersara jelah. Ke Paklah ada 'hidden agenda'?

Teringat dulu masa Che Det umum letak semua jawatan dalam parti dan kabinet berkuatkuasa serta merta semasa Perhimpunan Agong UMNO. Takde pun beliau minta tangguh beberapa hari. Cuma ahli UMNO je minta dia tangguh ke bulan Oktober.

1 comment:

  1. musykil btul la dgn paklah ni. nak bersara pun banyak songeh lagi. beberapa hari tu dia nak buat apa? silap2 tak jadi jugak pm si najib tu.

    ReplyDelete

Blog Archive