Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, November 23, 2008

Keperihatinan PAS terhadap UMNO

PAS Pahang telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk menyiasat isu yang dikatakan berlakunya pengedaran nombor ekor semasa mesyuarat UMNO Bahagian Termerloh pada 9 November lalu. Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata “Kita tidak suka menjaga tepi kain UMNO tetapi ini bukan setakat itu tetapi membabitkan isu moral pemimpin masa depan. UMNO sebagai sebuah parti tulang belakang kerajaan dan sering mendakwa sebagai memperjuangkan nasib orang Melayu, jika tidak ditegur akan terus merosakkan bangsa dan negara secara tidak langsung.”

Nampaknya orang PAS masih percaya bahawa hanya orang UMNO sahajalah yang layak menjadi pemimpin masa depan. Keperihatinan PAS terhadap perkara yang berlaku di dalam UMNO membuktikan bahawa ahli-ahli PAS diperingkat akar umbi pun tidak yakin bahawa pemimpin tertinggi daripada parti PAS mampu untuk menerajui negara ini. Sebelum ini PAS sentiasa bertegas bahawa mereka adalah sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam tanpa mengira ras keturunan. Namun kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang mengenai bangsa Melayu telah meyakinkan kita bahawa PAS juga sebenarnya adalah sebuah parti perkauman sebagaimana yang pernah ditegaskan Che Det sebelum ini. Secara tidak langsung akar umbi PAS juga turut mengakui bahawa hanya UMNO parti yang relevan untuk memperjuangkan negara dan bangsa Melayu dan sudah tentunya menurut perlembagaan Melayu itu semestinya Islam.

1 comment:

  1. Kalau tengok sejarah, mereka memang sayangkan UMNO pun. Dan mereka tahu, hanya pemimpin2 UMNO yang boleh bantu perjuangkan nasib mereka samada dalam bidang pendidikan, sosial hatta politik. Kalau takde orang2 UMNO yang berjuang macam nak mati ni, tak mungkinnya anak2 mereka dapat pergi sekolah tinggi2, dapat bantuan lagi, dapat biasiswa, dapat tempat dalam sektor awam, macam2 la dapat...kalau harapkan pemimpin2 mereka dpat apa? Masuk angin keluar asap la jawabnya....

    Tapi oleh kerana politik, seperti biasalah, mereka akan terus tinggal dalam penafian dan mengeji orang yang dah selama ni membantu mereka mendapat sesuap nasi...

    Namun, teguran itu sewajarnya diambil positif oleh orang2 UMNO jika mereka masih mahu kekal relevan dalam senario politik negara...Kerana suka atau tidak, memang banyak pemimpin2 UMNO sekarang yang berada di bawah pimpinan DOLAH dan KHAIRY adlah korup...

    ReplyDelete

Blog Archive