Baru-baru ni aku merayau-rayau kat kedai buku yang agak popular di Jaya Jusco Seremban. Menyirap darah kat muka bila terbaca beberapa buah buku yang seolah-olah menyanjung perjuangan PKM (Parti Komunis Malaya). Memanglah penulis buku tersebut berbangsa Cina dan pekerja di kedai tersebut rata-ratanya berbangsa Cina tapi bila buku-buku sampah seperti ini dijual secara terbuka, secara logiknya tidakkah ada pemantauan daripada pihak yang berkuasa?
Seandainya buku-buku ini dibaca oleh mereka yang tidak mengetahui intipati perjuangan sebenar Komunis berkemungkinan akan terpengaruh dengan ideologi pengkhianat-pengkhianat ini. Untuk itu, di bawah ini aku sertakan sekali artikel dari Utusan Malaysia dan diharapkan ianya dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Lu fikirla sendiri.....
Pembinaan memorial memperingati perjuangan komunis di tanah perkuburan Cina di Sarawak dan di Nilai, Negeri Sembilan yang dibina untuk memperingati pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira atau hero tidak boleh dibiarkan kerana sensitiviti dan sentimen umum terhadap komunis di Malaysia tidak diambil kira.
Isu pembinaan memorial tersebut telah bermula sejak 2004 lagi, seperti yang telah dinyatakan oleh Putera Gunung Tahan dalam ruangan ini bertarikh 1 Disember 2004.
Sememangnya perkara seperti ini akan memutarbelitkan dan menjadi satu fakta yang mengelirukan dalam lipatan sejarah tanah air kita yang tercinta ini. Ini secara tidak langsung akan memberikan beberapa kesan seperti berikut, antaranya:
1. Perasaan kecewa Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain pasukan keselamatan yang anggotanya ramai terbunuh dan tercedera dalam pertempuran memburu pengganas komunis di hutan belantara.
2. Perasaan marah keluarga yang anggota mereka menjadi mangsa keganasan PKM.
Berdasarkan buku Wira Tak Didendang, tulisan Zainuddin Maidin, komunisme di Malaysia adalah hasil penerapan langsung virus komunis ke dalam kelompok kecil masyarakat Cina di Malaysia yang dikendalikan oleh agensi Parti Komunis China yang terletak di bawah arahan Biro Timur Jauh Komunis Antarabangsa (Comintern) yang dikuasai oleh Politbiro Parti Komunis Soviet Union sehinggalah membawa kepada penubuhan Tentera Rakyat Anti-Jepun Malaya (MPAJA).
MPAJA ini ditubuhkan bukan bertujuan untuk mempertahankan Malaya sebagai tanah air tetapi kerana sentimen anti-Jepun oleh kaum Cina yang berakar umbi sejak konflik China-Jepun dan kerana layanan buruk tentera Jepun kepada kaum Cina. Ini adalah lanjutan daripada penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutama di Nanjing dalam apa yang dipanggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi tentera Jepun.
MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuh, diurus dan dibiayai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin MPAJA terdiri daripada pemimpin atau ahli PKM sendiri. PKM ditubuhkan pada 1927 (30 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan) tetapi berfungsi sebagai pertubuhan kongsi gelap dan keseluruhan anggota asalnya adalah orang Cina.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membolehkan PKM mencapai dua objektif. Pertama, menentang musuh tradisional (Jepun) dan kedua, menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Pada masa inilah, pemimpin tentera British di Malaya mendekati PKM untuk saling membantu bagi mengalahkan Jepun dengan janji bahawa selepas Jepun kalah, mereka akan meletakkan senjata.
Kekosongan yang wujud antara kekalahan Jepun pada Ogos 1945 dan kedatangan semula British di Tanah Melayu menyebabkan komunis (yang juga ahli MPAJA) bermaharajalela.
Pemimpin mereka yang berharapan tinggi untuk menguasai Tanah Melayu selepas perang, mula menunjukkan sikap bengis dan zalim yang tidak berbeza dengan ketika Jepun memerintah.
Saya sama sekali tidak bermaksud hendak menafikan sumbangan orang Cina terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara. Ini kerana penglibatan dan sumbangan orang Cina seperti Tun Tan Cheng Lock yang menyertai rombongan menuntut kemerdekaan daripada British yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman tidak boleh diperkecilkan.
Oleh yang demikian, PKM tidak layak mendapat pengiktirafan itu apatah lagi kerana gerakan yang dirancang telah menyebabkan lebih 10,000 anggota tentera, polis dan orang awam cedera atau terbunuh. PKM berjuang untuk merampas kuasa. Sebab itu mereka membunuh, merompak, membakar dan menganiaya rakyat.
Mereka bercita-cita untuk merampas kuasa menerusi keganasan untuk menakutkan rakyat. Jika benar PKM inginkan kemerdekaan, maka sejarah tidak membuktikan PKM yang merintis jalan kemerdekaan dengan British.
Saya juga amat bersetuju dengan Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia yang mengatakan bahawa tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, kewarganegaraan kepada orang asing diberikan secara mudah, kecuali apabila British memerintah Tanah Melayu.
British juga mensyaratkan kepada orang Melayu supaya berkongsi kuasa dengan kaum asing jika mahukan kemerdekaan. Orang Melayu menerima syarat itu.
Inilah sikap akomodasi orang Melayu yang jarang dijumpai pada orang lain. Jika tidak ada kompromi ini, saya fikir orang Cina tidak seperti seadanya pada hari ini. Tetapi dalam konteks sumbangan MPAJA, tidaklah sampai ke tahap membina tugu khas untuk mengenang jasa mereka.
Cubalah kita bayangkan bagaimana agaknya suasana dan keadaan negara kita yang kita cintai ini seandainya diperintah oleh komunis?
Tidak mustahil kita tidak dapat menikmati kemerdekaan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Lihat sahaja kepada keruntuhan kerajaan yang dikuasai oleh parti komunis seperti kesalinan Soviet Union, Jerman Timur, Poland dan sebagainya yang mana telah menimbulkan suasana yang huru-hara dan pertumpahan darah di kalangan rakyatnya yang bukan sedikit jumlahnya.
Wajarkah kita mengiktiraf MPAJA yang berjuang berdasarkan ideologi dan bukannya bermotifkan perjuangan untuk mempertahankan bumi bertuah ini? Janganlah seperti kata pepatah ‘lembu punya susu tapi sapi yang mendapat nama’.
P/S: Gambar Chin Peng itu adalah sekadar hiasan sahaja....

Setuju dengan Puaka Desa...KDN kena ambil perhatian serius mengenai perkara ini
ReplyDeletemcm buku memoir abdullah c.d ngan shamsiah fakeh pun dpt kelulusan gak.adakah diorang ini komunis?
ReplyDeleteish awat pi jenjalan tak habaq den hik hik hik.. leh gak kita lepak samo lain kali kasi halo la nak jenjalan hik hik hik
ReplyDeletesebenarnya banyak lagi buku2 sejarah yg terjual telah memutar belitkan fakta dan secara halus menyelitkan dalam tulisan mereka bahawa komunislah yang sebenarnya memperjuangkan tanah melayu. begitu juga fakta2 yang diputar belitkan kononnya kaum india telah berkorban memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu, sedangkan john thivy menubuhkan mic semata2 adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan negara india. hanya slps vt sambanthan menjadi presiden ke-5 mic barulah ada usaha serius utk bekerjasama dgn org melayu.
ReplyDeletesetuju dgn pencak_silat, KDN kena buat kerja xtra skit.
cubo tanyo orang batu kikir semaso darurat dulu, maso dio orang turun dari mosojid lonek dan mengamuk kek batu kikir.sobab eh satu jo, dah hilang sobar dek kekejaman kominih. walaupun atok ni dah tuo, somangat pendekar yang lamo-lamo dulu tu masih bosiso lagi dalam dado ni.petualang negaro tu yang nak disanjung. pantang datuk nenek den. KDN!!! jangan membosakan tolo kau dalam bilik ekon tu jo. buek kojo.
ReplyDeletep/s jangan ditanyo bebudak lopeh spm, apo name yang dio orang tau. cubo tanyo atuk2 ko, uwan-uwan ko.
yang bestnya, ramai tak tahu tentang kejahatan komunis ni...lagi nak bersekongkol dengan pewaris2 komunis lagi ade...siap sanggup korabnkan bangsa sendiri, agama tercinta demi berjuang bersama komunis...tapi pada masa yang sama claim diri mereka perjuangkan ISLAM...
ReplyDelete