Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, November 18, 2008

Kepada MB N9 dan Ahli Parlimen Rembau

Rasanya dah lama aku dengar Projek Rangkaian Paip Pembentungan Seremban, Negeri Sembilan yang bernilai RM98.88 juta ni dikendalikan oleh Satriadesa Corporation. Tak silap aku sejak 2006 lagi projek ni dah berjalan tapi masik tak setel-setel lagi. Bayangkan depan rumah di kawasan taman perumahan digali macam nak buat terowong. Kemudian air mula bertakung macam kolam ternakan nyamuk. Ada penduduk yang pernah mendakwa ternampak ular berlingkar dalam salah satu lubang tapak projek tu. Beberapa projek yang dah siap ditinggalkan begitu saja keadaan jalan yang rosak teruk tanpa dibaiki. Kawasan padang dah jadi macam tempat kerbau berkubang dan kawasan sekitar jadi berdebu bila cuaca panas. Bila hujan pula, jalan jadi berlopak dan berlumpur disebabkan lubang yang ditinggalkan. Sekarang projek ni kelihatan seperti terbengkalai dan amat menyusahkan penduduk sekitar taman perumahan di sekitar Senawang. Kebanyakan kawasan yang terlibat dalam projek ni terletak di DUN Paroi yang juga di bawah parlimen Rembau. Ketua Bahagian UMNO Rembau adalah Menteri Besar NSDK dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Rembau adalah Ahli Parlimen Rembau. Masa berkempen di Senawang dulu, MBNS dan MP Rembau tak nampak ke projek terbengkalai ni? Takkan nak tunggu PRU 13 baru nak ambil tindakan. Macamana nak menangi hati orang Paroi semula? Buat semak je...kasi setel la!














sumber amkns

7 comments:

  1. la kesiannya penduduk kat sini kenapa tak de tindakan dari yang berkenaan kena adu tv3 ni..baru la jalan....

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Sabar je la jang apo nak di kato, pilihanraya lambat lagi, so projek tu mungkin untuk gertak pembangunan pilihanraya, begitulah kita yang marhain ni selalu saja jadi mangsa keadaan, payah-payah jang ambil je sebiji dua buat meriam kabad dekat raya haji nih !

    ReplyDelete
  3. peratikan juga kawasan gedong lalang & taman tok wan, ampangan. Kontraktor pun samo tu..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Lamo tak lalu senawang.. harap-harap pelebaran jambatan ko soromban pun tak tobongkalai.. ketuo bahagian MB, ketuo pemudo MP Rombau, patut eh buleh maju laie kawasan rombau ni..

    ReplyDelete
  5. cik pezal org tibi tigo negori kono kaber citor nih.

    ReplyDelete
  6. APA HAL BLOG NI ..DI REMBAU JUGA HANG CARI ,PULUN BETUL AMIK GAMBAR .. KAWASAN LAIN YANG MISKIN ,PROJEK TERBENGKALAI BANYAK LAGI DI SELURUH NEGARA ,PERGI LA AMIK GAMBAR ..

    DI JERLUN BANYAK LAGI ORANG SUSAH PERLU DIBELA ,HUJUANG MINGGU TURUN LA PADANG P TENGOK ,JGN DOK SIBUK MELOBI JE ...

    ReplyDelete
  7. kalau xleh setel jgn start ler dulu. kalau dh start dlm keadaan aper jua kene setel. faham ker haram jadah.

    ReplyDelete

Blog Archive