Isu yoga ini telah mengesahkan artikel saya dalam lebel rencana sebelum ini berkenaan ulama' larut ilmu dan tidak larut ilmu. Ramai betul yang ingin mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa. Tidak kiralah di pihak kerajaan atau pembangkang, yang pasti kebanyakan kenyataan mereka adalah senada. Tapi yang lebih menyedihkan ialah 'kekalutan' yang ditunjukkan oleh orang Islam di negara ini mengenai isu yoga turut mengundang kritikan penganut agama lain. Buktinya Pertubuhan Hindu Sangam telah mengambil kesempatan untuk mempertikaikan Majlis Fatwa dan pemimpin Islam tidak pula mempertahankannya. Islam agama Persekutuan Malaysia, tapi penganut lain pun sudah tidak hormatkannya.
Kenapa kebanyakan kita mempunyai pelbagai pendapat yang bercanggah dalam isu berkaitan agama? Mengambil contoh isu rokok, ada ulama' yang mengatakan haram, namun ada pula yang mengatakan makruh dan tidak ketinggalan juga yang mengatakan harus. Pada hemah saya, perkara seperti ini berlaku kerana pengajian kita yang terlalu mengkhusus kepada satu bidang atau kemahiran yang boleh diumpamakan seperti sistem piramid. Senario yang sering berlaku hari ini ialah, mereka yang belajar pengajian hadis boleh mengeluarkan hukum ekonomi dan mereka yang berlatar belakang usul fiqh pula boleh mengeluarkan hukum syariah. Yang lagi best apabila orang yang bukan dalam bidang agama pun boleh bercakap bab hukum di Malaysia. Secara analogi, apa agaknya yang akan berlaku apabila lawyer bercakap perihal perubatan?
Hukum Islam di Malaysia bahkan di dunia sekalipun menjadi carca marba kerana orang yang bukan ahli bercakap mengenai perkara yang bukan kemahirannya. Ulama' hari ini bukannya seperti ulama' zaman Shafie, Hambali, Ibn Khaldun etc. yang menguasai semua cabang ilmu. Ulama' hari ini terikat dengan bidang yang dipelajari dan tidak berkembang serta menyeluruh penguasaannya. Kerana itulah apabila bercakap mengenai hukum maka akan berlaku percanggahan pendapat. Jika anda mendengar ceramah di masjid, saya boleh jamin bahawa apa yang disampaikan oleh penceramah dalam bidang syariah adalah berbeza dengan penceramah dalam bidang usulludin; walaupun tajuknya adalah sama iaitu hudud.
Ilmuan atau ulama’ bukanlah mereka yang belajar bahasa Arab atau beberapa cabang ilmu agama, yang kemudiannya memperolehi ijazah sama ada di universiti tempatan atau timur tengah dan kemudiannya pulang sebagai penceramah bebas ataupun berdaftar dengan persatuan ulama’. Ilmuan atau ulama’ ialah mereka yang sentiasa tidak senang duduk jika timbul apa-apa persoalan yang belum terjawab. Maka seseorang ilmuan atau ulama’ itu akan berusaha dan bergelumang dalam lautan ilmunya dengan mentelaah, mengkaji, berbincang serta berdebat sehingga jawapan dan kebenaran kepada persoalan tersebut berjaya ditemui. Ringkasnya, jika anda bukan ahli agama maka janganlah sesuka hati berbicara mengenai hukum, apatah lagi nak keluarkan hukum sendiri. Namun pada pendapat saya, berlakunya perkembangan ilmu kerana sifat manusia yang sentiasa menyoal, mencari dan mengkaji fenomena yang wujud di alam semesta yang luas ini. Mereka yang tanpa jemu berusaha untuk menjawab segala persoalan yang timbul barulah layak digelar ilmuan atau dalam bahasa Arab dipanggil ulama’.

Betulah kalau nak komen bab agama perlu ilmu yang luas. Tapi bab yoga fizikal ni soal kecil saja. Senaman; angkat tangan,berdiri sebelah kaki, lipat lutut dll. Boleh jejas akidah ke?
ReplyDeleteKalau setakat senaman tentulah tidak menjejaskan akidah. Soalan tersebut Senyumsempoi pun tahu jawapannya. Tetapi soalan spt ini dan jawapan spt saya ni lah yang memperkecohkan Fatwa kukum Yoga diperingkat Media. Sebenarnya hapak pun tak ada. Dah haram, haeramlah. Apanak bincang sangat. Kita ikut jangan banyak membantah. Ini soal agama. Dulu semasa kecil, emak kata sembahyang, tanpa membantah saya turun ke perigi mengambil wuduk dan mengerjakan solat yang hukumnya wajib itu tanpa banyak soal. Kecuali ketika menunut ilmu.
ReplyDeleteYang byknya haram dipandang kerana
seluar wanita yoga itu ketat-ketat nak menampakkan sesuatu yang mengairahkan kaum lelaki.
paneh miang....
ReplyDeletekalau lawyer cakap pasal perubatan, kita siapkan sajalah sidang bacaan talkinnya sekali...
betul kata semua di atas. isu yoga ni kecil je. apahal pulak smua org nak besar2kan. polik la pulak.
ReplyDeleteIni lah masalahnya apabila tak amalkan syura dalam membuat keputusan. Majlis fatwa kata lain....sesetengah mufti2 pulak kata lain....
ReplyDelete