Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, November 2, 2008

Perjanjian Pangkor 2?

Antara syarat-syarat yang dikatakan dipersetujui di dalam Perjanjian Pangkor 2 ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak adalah dari DAP.

Nizar Jamaluddin telahpun membuat penafian wujudnya perjanjian ini. Seandainya perjanjian ini benar-benar wujud tidakkah ini adalah salah satu contoh ciri kepimpinan seorang pemimpin Melayu yang sangat dayus? Sanggup menurut sahaja untuk memastikan dirinya berkuasa. Patutlah pemilikan kampung baru kepada orang-orang Cina di Perak diberikan selama 999 tahun. Lu fikirlah sendiri.......

6 comments:

  1. tu pun masih yor laie org pas nak pertahankan cino harbi ni. pemangku pengurus pkns pun bagi yor kek cino. agak eh orang melayu dalam pas ni nak bonar malaysia jadi cam singapore bilo melayu jadi tunggul yor kek situ. yang salah totap salah. spados.

    ReplyDelete
  2. Saudara,

    Saya rasa YAB MB perak sudah membuat penjelasan mengenai isu ini dan beliau menafikannya. Ada apa2 yg saya tertinggal?

    ReplyDelete
  3. Apapun, tahniahlah kepada rakyat Perak. Anda telah membuat pilihan, apa nak dikata lagi!

    Baru saja senyap kes 'sedekah perempuan' dah timbul cerita lain pula. Tengok cara Kok Ham dengan Mohamad Nizar pada hari MB angkat sumpah dulu pun dah orang tahu apa peranan DAP dalam kerajaan Perak.

    ReplyDelete
  4. saudara nobisha, penjelasan memang senang nak dibuat...tapi hakikatnya masih tidak berubah...nizar hanyalah tunggul di situ...dapat jadi MB pun kerana kuasa sultan perak yang mahukan MB nya orang ISLAM...kalau tidak jangan haraplah...

    kalau benar dia tu memperjuangkan ISLAM yang dimomokkan oleh PAS, kenapa mesti berbeza pula pendapat dan caranya? Sejak bila pula ISLAM ni hadir dalam pelbagai bentuk...kalau ISLAM itu pelbagai, maknanya ISLAM yang PAS bawa bukan lah ISLAM yang diajar oleh Rasulullah...

    ReplyDelete
  5. sdr sojuk,

    komen saya terdahulu hanya sekadar menyebut bahawa mb perak menafikan wujudnya perjanjian pangkor 2. itu saja. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Sdr Nobisha,
    Saudara tidak ketinggalan apa2 pun.Saya cuma menulis syarat-syarat yang dikatakan terdapat di dalam perjanjian Pangkor 2 kerana ada sahabat yang ingin tahu syarat-syarat di dalam perjanjian tersebut.Terima Kasih.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive