Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, November 6, 2008

Sumpah tak buat...

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan satu garis panduan sumpah menurut hukum Islam tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan serta pendapat yang berbeza di kalangan ilmuan Islam megenai perkara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama."Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita.

Lepas ni adakah semakin ramai orang akan bersumpah terutamanya pemimpin yang kerap dituduh? Atau orang seperti Brader Anwar Bin Ibrahim semakin takut untuk bersumpah. Perlukah setiap mereka yang dituduh dibenarkan untuk menggunakan pembelaan berdasarkan garis panduan sumpah yang akan dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Adakah selepas ini individu seperti Saiful dan Anwar boleh dipaksa untuk bersumpah oleh mahkamah berdasarkan garis panduan tersebut? Sewajarnya selepas ini, akuan bersumpah orang Islam di mahkamah perlu dibuat berdasarkan garis panduan yang akan dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

1 comment:

  1. Pd saya ini merupakan satu langkah yang patut kita semua alu2kan. Kerana banyak pendapat yang berbeza telah diberikan sebelum ini tentang kedudukan dan cara sumpah dilakukan.

    Didalam undang2 sabit islam (islamic evidence), keterangan bersumpah merupakan satu bentuk keterangan yang sangat kuat kesannya terhadap pembuktian sesuatu kes terutama kes2 jenayah. Semoga garis panduan ini dapat menjelaskan banyak kekeliruan dan mengelakkan sesetengah pihak daripada menyalahgunakan sumpah untuk kepentingan peribadi.

    Sesungguhnya yang benar akan tetap benar dan Allah pasti akan bersama orang2 yang benar.

    ReplyDelete

Blog Archive